Hafiz AF Disaman Bekas Pengurus

Hafiz AF Disaman RM200K Oleh Bekas Pengurus


Hafiz AF Disaman Bekas Pengurus 

Hafiz AF Disaman RM200,000 Cederakan Bekas Pengurus



Pusat Tuisyen Johor Hina Sahabat Nabi

Pusat Tuisyen Johor Hina Sahabat Nabi 
Pusat Tuisyen Johor Hina Sahabat Nabi 
Sebuah pusat tuisyen di Tangkak Johor mencetuskan kontroversi apabila menggunakan karikatur nota ringkas menghina sahabat nabi dalam mata pelajaran sejarah tingkatan 4 bab Kerajaan Islam Di Madinah.

Didalam nota ringkas yang mempunyai karikatur menghina sahabat nabi itu, terdapat 16 gambaran sahabat nabi yang dilukis mencerminkan perwatakan tidak baik yang dilukis oleh tenaga pengajar pusat tuisyen tersebut, Mr. Fu. Antara bentuk karikatur yang jelas menghina sahabat nabi adalah lukisan sahabat nabi yang menyerupai wajah khinzir.

Nota ringkas yang menghina sahabat nabi ini pada mulanya dijumpai oleh seorang pelajar di tepi longkang sebuah sekolah menengah di Tangkak pada 4 Julai lalu sebelum menyerahkannya kepada guru agama sekolah tersebut dan guru agama tersebut menyerahkanya kepada Pejabat Agama Daerah Ledang (PADL)

PADL telah pun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ledang pada 26 Julai lalu.

Kadi PADL, Sulaiman Maidin berharap pusat tuisyen yang menghina sahabat nabi itu ditutup dan diberi amaran serta tenaga pengajarnya yang lain meminta maaf secara terbuka diatas insiden yang berlaku.

"Kami bimbang tindakan individu tidak bertanggungjawab mempermainkan agama islam ini akan menjadi bertambah serius. Ini yang kami, yang kami tidak jumpa mungkin lebih  teruk"

"Tindakan menghina sahabat nabi samalah seperti menghina Rasulullah SAW. Mereka adalah pejuang islam" 

Sumber Pusat Tuisyen Johor Hina Sahabat Nabi - SinarHarian, Kosmo 

Petua Merawat Penyakit Kencing Manis

Petua Tradisional Merawat Penyakit Kencing Manis

Penyakit kencing manis atau diabetes merupakan penyakit dimana kandungan gula atau glukosa yang terlalu tinggi didalam saluran darah badan.

Secara umum penyakit kencing manis atau diabetes ini dikategorikan kepada 2 iaitu :
Diabetes Jenis Pertama
Diabetes Jenis Kedua

Selain rawatan moden, penyakit kencing manis juga dapat dirawat melalui rawatan atau petua tradisional. Terdapat banyak kaedah atau petua tradisional yang dapat digunakan didalam merawat penyakit kencing manis ini, antaranya pengambilan daun pegaga yang sememangnya mengandungi banyak khasiat didalamnya.

Terdapat dua cara yang boleh diamakan untuk merawat penyakit kencing manis ini menggunakan daun pegaga
Petua Merawat Penyakit Kencing Manis
Daun Pegaga
1. Dijadikan sebagai ulaman - Ambil beberapa helai daun pucuk daun pegaga dan cuci sehingga bersih. Jadikan ia sebagai ulaman sewaktu menjamu selera diwaktu pagi, tengah hari atau malam. Pucuk daun pegaga ini mampu mengurangkan kandungan gula dalam darah.



2. Dijadikan sebagai rebusan - Ambil kira-kira 30 helai daun pegaga dan rebus bersama kira-kira 400ml air putih. Tunggu sehingga air rebusan tadi sejuk secara semula jadi dan minum. Amalkan 2 kali sehari setiap hari sehingga kandungan paras gula dalam badan kembali normal.

Semoga dengan petua ini dapat membantu mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau diabetes ini.
Jangan lupa juga untuk membuat pemeriksaan berkala di klinik-klinik atau hospital yang berdekatan

Tips Dan Panduan Hadir Temuduga

Tips Dan Panduan Menghadiri Temuduga Atau Interview
Tips Serta Panduan Hadir Temuduga 
Temuduga atau interview merupakan prosedur wajib sebelum seseorang itu diterima bekerja secara rasmi.
Selain kelayakan serta pengalaman bekerja yang dimiliki yang bakal diambil kira sebelum seseorang itu diterima bekerja, penonjolan diri didalam menghadiri satu-satu temuduga itu sendiri memainkan peranan penting didalam menentukan seseorang itu diterima bekerja atau tidak.

Apakah tips, panduan atau petua untuk lulus temuduga?



Persediaan sebelum menghadiri temuduga
Kebiasaannya, seseorang itu akan dihubungi 3 4 hari lebih awal atau seminggu awal sebelum seseorang itu diminta untuk hadir temuduga. Persiapkan diri dengan meneliti serba sedikit latar belakang syarikat yang bakal anda hadir temuduga. Kenal pasti 'job scope' berkaitan jawatan yang dipohon. Pastikan kesemua dokumen atau sijil telah tersedia ada untuk dibawa sewaktu menghadiri temuduga


Persediaan Sewaktu Menghadiri Temuduga
Hadir lebih awal daripada waktu temuduga yang ditetapkan. Pastikan penampilan diri kemas serta sopan sewaktu menghadiri temuduga. Sewaktu menjawab soalan yang diajukan, jawab dengan tenang, ringkas tetapi padat. Pastikan bibir senantiasa tersenyum menandakan anda senang dengan soalan yang diajukan. 'Eye Contact', beri tumpuan sepenuhnya kepada penemuduga sewaktu mereka mengajukan soalan kepada anda.

Tindakan Selepas Menghadiri Temuduga
Selepas menghadiri temuduga, pastikan anda membuat follow-up terhadap syarikat atau pihak yang berkenaan. Ini penting untuk menunjukkan kepada mereka bahawa anda benar-benar berminat dengan jawatan yang dipohon.


'Soalan Maut' Penemuduga
Pastikan anda sudah mempunyai jawapan kepada soalan-soalan dibawah
"Mengapa anda ingin kami melantik anda sebagai pekerja kami?"
"Apakah yang akan anda berikan kepada kami sekiranya kami mengambil anda bekerja?"
"Sekiranya terdapat peluang pekerjaan yang lain, adakah anda akan meninggalkan jawatan ini sekiranya kami menerima anda bekerja"

Perkara Yang Perlu Dielakkan Sewaktu Menemuduga
Penampilan diri tidak kemas atau berpakaian tidak formal. Terlupa membawa dokumen yang diminta. Lewat hadir temuduga. Terlalu gugup sehingga menampakkan anda tidak ada keyakinan diri. Elakkan perasaan terlalu yakin seolah-olah anda sememangnya akan diterima bekerja. Elakkan menampakkan anda sedang diburu waktu seoah-olah ada perkara yang lebih penting yang perlu anda lakukan selain menghadiri temuduga tersebut. Sekiranya tidak mempunyai pengalaman, elakkan 'demand' gaji yang terlalu tinggi.

Akhir kata, good luck kepada yang bakal menghadiri temuduga.

Bonus Raya 2012 Untuk Penjawat Awam Dan Pesara

Bonus Raya Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam Dan RM500 Untuk Pesara Sempena Raya 2012
Bonus Raya 2012 Untuk Penjawat Awam 
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kesemua 1.27 juta penjawat awam persekutuan.

Selain itu, Datuk Seri Najib turut bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan kepada 657,000 pesara kerajaan.

Pemberian bonus ini adalah  bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi dan juga merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan didalam melaksanakan program pembanggunan negara.

Bayaran bonus tersebut akan dibuat pada 9 Ogos ini.

Najib berkata, pemberian bonus setengah bulan gaji dan Bayaran Khas Kewangan sebanyak 2.2 bilion ini dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Najib berharap dengan pemberian bonus ini dapat membantu mereka didalam membuat persediaan menyambut bulan perayaan tidak lama lagi.

-------------------------------------------------------------

Tumpang gembira sebab ayah den penjawat awam...... :)

Kadar Zakat Fitrah 2012 Seluruh Negeri

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri 2012

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri 2012,Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor 2012,Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah 2012,Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka 2012,Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan 2012,Kadar Zakat Fitrah Negeri Sembilan 2012,Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang 2012,Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor 2012,Kadar Zakat Fitrah Negeri Terengganu 2012,Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah 2012,Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis 2012,Kadar Zakat Fitrah Pulau Pinang 2012,Kadar Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012,Kadar Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan Putrajaya 2012,Kadar Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan Labuan 2012,Kadar Zakat Fitrah Negeri Sarawak 2012,Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak 2012

Ibnu Umar meriwayatkan : "Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan kepada setiap orang muslim, samada dia merdeka atau hamba, lelaki mahupun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah Pada Bulan Ramadhan

Wajib - Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
Paling Afdhal - Sebelum solat sunat hari raya Aidilfitri
Sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh - Selepas solat sunat hari raya Aidilfitri sehingga terbenam matahari 1 Syawal
Haram - Selepas terbenam matahari 1 Syawal

Kadar Zakat Fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu bersamaan 2.3 kilogram atau sesuatu yang sama nilai dengannya.

Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadhan dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadhan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Seluruh Malaysia Tahun 2012M / 1433H

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Melaka

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Johor

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Perak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Sarawak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Sabah

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Terengganu

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Kelantan

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Selangor

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Pahang

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Wilayah Persekutuan

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Perlis

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Kedah

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Sembilan

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Pulau Pinang

------------------------------------------------------------------
Selamat menunaikan ibadah puasa daripada Amry's Blog

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 2012

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 2012

Tarikh bagi melihat anak bulan bagi bulan Ramadhan 2012 ditetapkan pada khamis ini iaitu 19 Julai 2012.

Pejabat Penyimpan Besar Mohor Besar Raja-Raja telah menetapkan 30 lokasi melihat anak bulan Ramadhan tahun 2012.

30 Tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan Tahun 2012

1. Pontian Kecil Johor
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor
5. Pulau Angsa, Kuala Selangor
6. Bukit Jugra, Banting Selangor
7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak
9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang
10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah
11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
12. Menara Alor Star, Alor Star, Kedah
13. Bukit Besar Kuala Terengganu
14. Bukit Geliga Kemaman
15. Pulau Perhentian, Besut
16. Balai Cerap Kolej UgamaSultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu
17. Bukit Peraksi Pasir Putih, Kelantan
18. Kampung Bukit Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan
19. Menara Banggunan SEDC, Kota Baharu Kelantan
20. Tanjung Lubang Miri, Sarawak
21. Teluk Bandung, Kuching Sarawak
22. Tanjung Batu, Bintulu Sarawak
23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah
24. Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang
25. Gunung Berinchang Cameron Highland
26. Bukit Pelindong, Kuantan Pahang
27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
28. Menara Kuala Lumpur
29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
30.Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis

Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukhyah dan Hisab

Perhimpunan Oren 14 Julai 2012

Perhimpunan Oren | Gerakan Selamatkan Felda (GSF)

Himpunan Oren 14 Julai 2012 


Dianggarkan lebih 5,000 peserta menyertai perhimpunan Oren yang diadakan pada 14 Julai 2012 dengan berarak dari pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju Istana Negara.

Perhimpunan Oren diadakan bertujuan membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) ke Bursa Malaysia pada 14 Julai 2012 dengan menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang Di-Pertuan Agong

3 perkara utama yang terkandung didalam memorandum bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad adalah :

  • Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) didakwa menyebabkan pemilikan dan pengasaan peneroka ke atas tanah Felda dan aset yang leian berpindah kepada pelabur bukan peneroka.
  • Pemajakan tanah Felda kepada syarikat swasta didakwa menyalahi Akta Penempatan Berkelompok (Group Settlement Act) 1960
  • Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad didakwa hilang integriti apabila dijatuhkan hukuman bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana didakwa terlibat dengan rasuah.

Gambar Sekitar Himpunan Oren 14 Julai 2012


Gambar Himpunan Oren 1

Gambar Himpunan Oren 2

Gambar Himpunan Oren 3

Gambar Himpunan Oren 4

Kalau ada orang nak ambil harta aku, tak mengamuk aku :)

Cadangan Catu Air Di KL, Hulu Langat, Klang

Cadangan Catuan Air Di KL, Hulu Langat, Klang

Cadangan Catuan Air Di KL, Hulu Langat, Klang 

Harga Rokok 2012 Naik

Harga Rokok Dijangka Naik

Harga Rokok 2012 Naik 




Harga rokok naik lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............................
Menaikkan harga rokok supaya perokok berhenti merokok....
Pst.. Dalam pasaran banyak rokok seludup yang murah bang... Nak yang bukan seludup tapi murah, belasah jer rokok daun.... :P

Ketagihan atau tabiat merokok ni hanya dapat dihentikan jika seseorang perokok itu menginginkannya... Nekad dari hati. Kalau suka-suka atau cuba-cuba nak berhenti, bohong jer. Setuju tak abang-abang perokok sekalian?

Apa pendapat saudara Fairus?

Penghantar Suspek Amuk JPM Dikenal Pasti

Individu Penghantar Khalil Afandi Di Kenal Pasti


Dalang Kes Amuk Di JPM Dikenal Pasti 

Antara mereka yang dikatakan ada kaitan dengan kes amukan di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.
'Dikatakan'..... Mungkin betul, mungkin tidak betul

Siapa Dalang Sebenar Kes Amuk Di JPM 

Semakin berbelit..............

Kes Amuk Di Jabatan Perdana Menteri

Konspirasi Kes Amuk Di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya 

Gambar Kejadian Amuk Di Jabatan Perdana Menteri 
2 3 hari yang lalu heboh kes blogger lelaki mengamuk di perkarang Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya membabitkan seorang lelaki dan seorang perempuan menggunakan sebilah pedang samurai.

Kes Amuk Di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya

Berbagai-bagai berita yang dikeluarkan mengenai lelaki yang mengamuk di JPM ni. Ada yang mengatakan suspek pengikut ajaran sesat. Ada pula yang mengatakan suspek mengalami ganguan mental kerana terlalu taksub dengan ajaran sesat yang diikuti dan bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan cara pemerintahan kerajaan yang tidak mengikut landasan Islam.

Supek Amuk Pengikut Ajaran Sesat, Ektremis

Kes Amuk Di Jabatan Perdana Menteri JPM Berunsur Politik?

Usha video dibawah


Yang upload video mungkin Pro Umno yang mengatakan blogger Milosuam, Hambali Idris (Pro pembangkang) ada kaitan dengan suspek amuk.
Tetapi blog suspek amuk yang telah ditembak mati sangat menguja Tun Mahathir dan tidak suka kepada Tuan Guru Nik Aziz
Suspek Amuk Ada Kaitan Dengan Blogger Miloais
Tapi................
Suspek Amuk Pro Pembangkang?


Terlalu banyak persoalan yang timbul.. Terbelit-belit.
Apa hubungan Khalil Afandi, suspek amuk dengan Hambali, blogger pro pembangkang?
Facebook peribadi Khalil Afandi cuma ada 4 rakan??? Aktiviti paling awal dikesan 3 Mac 2012?????
Facebook JayaNegara cuma ada 16 rakan??? Tu pun tah mana-mana bangsa tah.. Pelik-pelik jer namanya... Aktiviti paling awal dikesan 23 May 2012........
Siapa yang block blog Jayanegara???
SIAPAKAH SEBENARNYA KHALIL AFANDI DAN MUHDALINA????
DAN MENGAPA SECARA TIBA-TIBA HAMBALI IDRIS MENJADI SASARAN????
Zashhhhhhhh.....!!!!

Terlepas Entry Menarik

Keterbatasan Waktu 

Bagi aku mengeluh kejap....Ahhhhh....
Keterbatasan waktu menyebabkan aku terpaksa meninggalkan kejap blog aku yang buruk ni :(
Keterbatasan waktu menyebabkan aku terlepas entry-entry menarik yang sepatutnya menjadi rentetan daripada entry-entry aku yang sebelum ni.

Aiseh. Bermadah pula..... Aduhai....Makan minggu juga blog aku aku ni tak terusik. Banyak entry-entry yang sepatutnya aku tulis, aku tak tulis. Antaranya kes Uncle Seekers kena tahan kerana menghina Sultan Johor dan positif dadah. Lagi satu aku terlepas majlis perkahwinan Ratu Rock Malaysia, Ella dengan suaminya Azhar Ghazali.... Yang terbaru aku terlepas kes blogger mengamuk di Jabatan Perdana Menteri.

Arghhhhh....... Sayangnya..... Entry-entry tu kalau ditulis sedap juga menyumbang traffik kat blog aku yang buruk ni :( Nak tulis, rasa macam dah alang-alang... Semua orang dah tahu kes Uncle Seekers kena tahan dan positif dadah. Semua peminat hiburan tempatan dah tahu Ella dah kahwin.. Erhh..

----------------------

Entry perasan.. Macam la blog aku ni traffik meriban. Haha.... Huish.. Jangan cakap oooo.... Memang la tak meriban.... Tapi...... Bukan sekadar cari traffik niiii... Hehe...

Ok. Just Kidding.

Sekian entry merapu meraban dari aku. Enry pemanasan jari jemari :P

Gambar Bakal Suami Ella

Wajah Bakal Suami Ella

Gambar Bakal Suami Ella 

Setelah ada ura-ura menyatakan Ratu Rock Malaysia, Ella atau nama sebenar Norzila Aminuddin, 46 bakal berkahwin pada 7 Julai 2012, ramai yang tercari-cari wajah atau identiti si sang suami Ella ni. Maklumlah bakal suami Ratu Rock Malaysia ni bukan dari golongan artis mahupun dibalik layar yang sering identiti mereka muncul di kaca TV.

Jejaka yang bertuah yang telah berjaya membuka pintu hati Ratu Rock Malaysia ini untuk menamatkan zaman bujangnya jauh lebih muda daripada Ella. Haanya berusia 30 tahun berbanding Ella 46 tahun. Bekerjaya sebagai seorang juruterbang di syarikat Firefly. Azhar Ghazali nama diberi. Seorang yang tinggi lampai, tegap, berkulit hitam manis.

Menurut Ella, Azhar adalah seorang lelaki yang menerima dan memahami kariernya sebagai seorang vokalis. Ini dibuktikan dengan pemberian jambangan bunga di setiap hari-hari penting kerjaya Ella. Bagi Ella, sikap bakal suaminya itu menunjukkan dia menyokong kariernya sebagai seorang penyanyi dan seorang yang romantis. Mungkin itu salah satu faktor yang membuatkan Ella menerima Azhar sebagai peneman hidup.

Setelah sekian lama dihinggapi soalan-soalan yang sememangnya lazim ditanya kepada mereka yang telah mencapai usia seperti Ella tetapi masih belum mendirikan rumah tangga, kini soalan itu sudah dapat dijawab oleh Ella Dengan tepat. Tanggal 7 Julai 2012, Ella dan bakal suami bakal disatukan di dalam majlis tertutup di rumah keluarga Ela di Klang disusui dengan resepsi yang akan diadakan pada 1 Disember 2012.

Selama 9 tahun berhubunga secara jauh, jodoh Ella dan bakal suami seolah-olah telah direstui apabila mereka bertemu di konsert Fenomena 30 tahun Search yang berlangsung di Pusat Konvensyen Mine pada 17 Disember 2011 yang akhirnya pihak lelaki menghantar rombongan merisik pada 17 Jun lalu.

"Kesederhanaan yang ada pada Ella itu buat gua suka. Keserasian dalam kita berkata-kata serta keyakinan gua dan Ella pada kuasa Yang Maha Esa juga merupakan faktor gua sukakan dia" Itulah antara kata-kata Azhar yang bakal memperisterikan Ratu Rock Malaysia yang selesa menggunakan 'lu' 'gua' dalam berkata-kata. Jelas menunjukkan jiwa rock yang ada dalam diri Azhar serasi dengan jiwa Ella walaupun bergelar Pilot.

Sumber Siapa Bakal Suami Ella - Kosmo!
------------------------------

Pilot yang mempunyai IQ tinggi pun guna 'lu' 'gua' beb! Lu jangan main-main. Hehe...

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks