Tips Dan Panduan Menghadiri Temuduga Atau Interview
Temuduga atau interview merupakan prosedur wajib sebelum seseorang itu diterima bekerja secara rasmi.
Selain kelayakan serta pengalaman bekerja yang dimiliki yang bakal diambil kira sebelum seseorang itu diterima bekerja, penonjolan diri didalam menghadiri satu-satu temuduga itu sendiri memainkan peranan penting didalam menentukan seseorang itu diterima bekerja atau tidak.
Apakah tips, panduan atau petua untuk lulus temuduga?
Persediaan sebelum menghadiri temuduga
Kebiasaannya, seseorang itu akan dihubungi 3 4 hari lebih awal atau seminggu awal sebelum seseorang itu diminta untuk hadir temuduga. Persiapkan diri dengan meneliti serba sedikit latar belakang syarikat yang bakal anda hadir temuduga. Kenal pasti 'job scope' berkaitan jawatan yang dipohon. Pastikan kesemua dokumen atau sijil telah tersedia ada untuk dibawa sewaktu menghadiri temuduga
Persediaan Sewaktu Menghadiri Temuduga
Hadir lebih awal daripada waktu temuduga yang ditetapkan. Pastikan penampilan diri kemas serta sopan sewaktu menghadiri temuduga. Sewaktu menjawab soalan yang diajukan, jawab dengan tenang, ringkas tetapi padat. Pastikan bibir senantiasa tersenyum menandakan anda senang dengan soalan yang diajukan. 'Eye Contact', beri tumpuan sepenuhnya kepada penemuduga sewaktu mereka mengajukan soalan kepada anda.
Tindakan Selepas Menghadiri Temuduga
Selepas menghadiri temuduga, pastikan anda membuat follow-up terhadap syarikat atau pihak yang berkenaan. Ini penting untuk menunjukkan kepada mereka bahawa anda benar-benar berminat dengan jawatan yang dipohon.
'Soalan Maut' Penemuduga
Pastikan anda sudah mempunyai jawapan kepada soalan-soalan dibawah
"Mengapa anda ingin kami melantik anda sebagai pekerja kami?"
"Apakah yang akan anda berikan kepada kami sekiranya kami mengambil anda bekerja?"
"Sekiranya terdapat peluang pekerjaan yang lain, adakah anda akan meninggalkan jawatan ini sekiranya kami menerima anda bekerja"
Perkara Yang Perlu Dielakkan Sewaktu Menemuduga
Penampilan diri tidak kemas atau berpakaian tidak formal. Terlupa membawa dokumen yang diminta. Lewat hadir temuduga. Terlalu gugup sehingga menampakkan anda tidak ada keyakinan diri. Elakkan perasaan terlalu yakin seolah-olah anda sememangnya akan diterima bekerja. Elakkan menampakkan anda sedang diburu waktu seoah-olah ada perkara yang lebih penting yang perlu anda lakukan selain menghadiri temuduga tersebut. Sekiranya tidak mempunyai pengalaman, elakkan 'demand' gaji yang terlalu tinggi.
Akhir kata, good luck kepada yang bakal menghadiri temuduga.
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
TU HARI AKU ADA MINTA KERJA LAIN KAT SPA.. DAH AMIK UJIAN KECERGASAN;, LULUS KATANYA.. SEKARANG HANYA MENANTI UNTUK DITEMUDUGA.. HARAP2LAH ADA PANGGILAN..
ReplyDelete