Wajah Bakal Suami Ella
Setelah ada ura-ura menyatakan Ratu Rock Malaysia, Ella atau nama sebenar Norzila Aminuddin, 46 bakal berkahwin pada 7 Julai 2012, ramai yang tercari-cari wajah atau identiti si sang suami Ella ni. Maklumlah bakal suami Ratu Rock Malaysia ni bukan dari golongan artis mahupun dibalik layar yang sering identiti mereka muncul di kaca TV.
Jejaka yang bertuah yang telah berjaya membuka pintu hati Ratu Rock Malaysia ini untuk menamatkan zaman bujangnya jauh lebih muda daripada Ella. Haanya berusia 30 tahun berbanding Ella 46 tahun. Bekerjaya sebagai seorang juruterbang di syarikat Firefly. Azhar Ghazali nama diberi. Seorang yang tinggi lampai, tegap, berkulit hitam manis.
Menurut Ella, Azhar adalah seorang lelaki yang menerima dan memahami kariernya sebagai seorang vokalis. Ini dibuktikan dengan pemberian jambangan bunga di setiap hari-hari penting kerjaya Ella. Bagi Ella, sikap bakal suaminya itu menunjukkan dia menyokong kariernya sebagai seorang penyanyi dan seorang yang romantis. Mungkin itu salah satu faktor yang membuatkan Ella menerima Azhar sebagai peneman hidup.
Setelah sekian lama dihinggapi soalan-soalan yang sememangnya lazim ditanya kepada mereka yang telah mencapai usia seperti Ella tetapi masih belum mendirikan rumah tangga, kini soalan itu sudah dapat dijawab oleh Ella Dengan tepat. Tanggal 7 Julai 2012, Ella dan bakal suami bakal disatukan di dalam majlis tertutup di rumah keluarga Ela di Klang disusui dengan resepsi yang akan diadakan pada 1 Disember 2012.
Selama 9 tahun berhubunga secara jauh, jodoh Ella dan bakal suami seolah-olah telah direstui apabila mereka bertemu di konsert Fenomena 30 tahun Search yang berlangsung di Pusat Konvensyen Mine pada 17 Disember 2011 yang akhirnya pihak lelaki menghantar rombongan merisik pada 17 Jun lalu.
"Kesederhanaan yang ada pada Ella itu buat gua suka. Keserasian dalam kita berkata-kata serta keyakinan gua dan Ella pada kuasa Yang Maha Esa juga merupakan faktor gua sukakan dia" Itulah antara kata-kata Azhar yang bakal memperisterikan Ratu Rock Malaysia yang selesa menggunakan 'lu' 'gua' dalam berkata-kata. Jelas menunjukkan jiwa rock yang ada dalam diri Azhar serasi dengan jiwa Ella walaupun bergelar Pilot.
Sumber Siapa Bakal Suami Ella - Kosmo!
------------------------------
Pilot yang mempunyai IQ tinggi pun guna 'lu' 'gua' beb! Lu jangan main-main. Hehe...
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
MANA BRO GAMBARNYA.. TAKDEPUN.. NAK JUGAK TENGOK SIAPAKAH GERANGANNYA SI SUAMI ELLA TU..
ReplyDeletewah.. teringin lah jadi suaminya.. hot.. ^^
ReplyDelete