Home » , » Bonus Raya 2012 Untuk Penjawat Awam Dan Pesara

Bonus Raya 2012 Untuk Penjawat Awam Dan Pesara

Bonus Raya Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam Dan RM500 Untuk Pesara Sempena Raya 2012
Bonus Raya 2012 Untuk Penjawat Awam 
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kesemua 1.27 juta penjawat awam persekutuan.

Selain itu, Datuk Seri Najib turut bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan kepada 657,000 pesara kerajaan.

Pemberian bonus ini adalah  bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi dan juga merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan didalam melaksanakan program pembanggunan negara.

Bayaran bonus tersebut akan dibuat pada 9 Ogos ini.

Najib berkata, pemberian bonus setengah bulan gaji dan Bayaran Khas Kewangan sebanyak 2.2 bilion ini dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Najib berharap dengan pemberian bonus ini dapat membantu mereka didalam membuat persediaan menyambut bulan perayaan tidak lama lagi.

-------------------------------------------------------------

Tumpang gembira sebab ayah den penjawat awam...... :)

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment