Semoga Terus Success

Butik Chenta Creative - Butik Pakaian Melaka

Butik Pakaian Muslimah Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Post kedua sebelum aku kembali menyepikan diri dari dunia blogging.

Selama aku menyepikan diri dari dunia blogging ni.. Aku tumpang bangga dengan satu pencapaian salah seorang rakan blogging aku ni yang mana rakan blogging aku ni dah pun merealisasikan impian beliau dan isteri beliau untuk memiliki perniagaan butik mereka sendiri.

Bukan mudah sebenarnya untuk mengorak langkah didalam dunia perniagaan ini... Tanpa kesungguhan, tanpa keberanian dan tanpa semangat yang cekal, impian untuk memiliki perniagaan hanya akan tinggal impian.

Bermula dengan hanya mempromosikan perniagaan butik mereka melalui rakan rakan sekerja dan penyampaian dari mulut ke mulut, mereka meluaskan pasaran mereka melalui medium online Facebook seterusnya membuka sebuah booth untuk perniagaan butik mereka yang ketika itu rasanya hanya mempromosikan tudung sebagai produk utama mereka. Kini perniagaan rakan blog aku ni semakin maju setelah berjaya membuka gerai butik mereka sendiri yang selain tudung, mereka turut menjual kain ela jenis English Cutton yang didatangkan dari Vietnam dan juga jubah muslimah. Syabas aku ucapkan. Semoga Butik Chenta Creative akan terus maju dan bertambah maju. Keep it up bro!!

Yang tinggal di area Melaka bolehlah singgah singgah di Butik Chenta Creative yang beroperasi di
19G, Pandan Square,
Kompleks Kesidang,
75300 Bachang,
Melaka.

Nak beli online layari

Blog Oh Blog

Dunia blogging

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca pembaca dan pengunjung pengunjung Amry's Blog... Apa khabar? Sihat sihat semua hendaknya disamping orang tersayang.

Lama betul tak update blog ni. Mau dekat 4 bulan. Dah usang macam Banglo Villa Nabilla dah.. Cuma tak berpuaka je. haha.. Bukan nak tinggalkan dunia blog atau malas nak update.. cuma tak berkesempatan.
Sekarang ni nak buka blog memang jarang sangat.. Nak update jauh sekali. Sebabnya... tak perlu kot aku kongsi kat sini. Cukup sekadar aku cakap ada benda yang lebih penting yang perlu aku fokus selain berblog. Kalau ikutkan hati memang hari-hari nak update blog... Ada satu kepuasan melihat ada pelawat yang masuk membaca post post yang di tulis.

Selepas post ni mungkin akan ada 1 atau 2 post lagi yang akan ditulis dan selepas tu tak tahu lah bila pula nak update blog ni.. Tunggu jer lah.. Hmm.. Yang pasti aku selalu merindui dunia blogging ini yang pernah berjasa kepada aku dengan memberikan sedikit duit poket ;)

Pst.. Sekarang kembali tinggal di rumah bujang... Komputer tak ada... Nak ke CC malas... That why ma... hehe

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks