Semoga Terus Success

Butik Chenta Creative - Butik Pakaian Melaka

Butik Pakaian Muslimah Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Post kedua sebelum aku kembali menyepikan diri dari dunia blogging.

Selama aku menyepikan diri dari dunia blogging ni.. Aku tumpang bangga dengan satu pencapaian salah seorang rakan blogging aku ni yang mana rakan blogging aku ni dah pun merealisasikan impian beliau dan isteri beliau untuk memiliki perniagaan butik mereka sendiri.

Bukan mudah sebenarnya untuk mengorak langkah didalam dunia perniagaan ini... Tanpa kesungguhan, tanpa keberanian dan tanpa semangat yang cekal, impian untuk memiliki perniagaan hanya akan tinggal impian.

Bermula dengan hanya mempromosikan perniagaan butik mereka melalui rakan rakan sekerja dan penyampaian dari mulut ke mulut, mereka meluaskan pasaran mereka melalui medium online Facebook seterusnya membuka sebuah booth untuk perniagaan butik mereka yang ketika itu rasanya hanya mempromosikan tudung sebagai produk utama mereka. Kini perniagaan rakan blog aku ni semakin maju setelah berjaya membuka gerai butik mereka sendiri yang selain tudung, mereka turut menjual kain ela jenis English Cutton yang didatangkan dari Vietnam dan juga jubah muslimah. Syabas aku ucapkan. Semoga Butik Chenta Creative akan terus maju dan bertambah maju. Keep it up bro!!

Yang tinggal di area Melaka bolehlah singgah singgah di Butik Chenta Creative yang beroperasi di
19G, Pandan Square,
Kompleks Kesidang,
75300 Bachang,
Melaka.

Nak beli online layari

1 comments:

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks