Apakah Sebenarnya Perniagaan Ini?

Salam sejahtera kepada semua pembaca Blog Jana Wang Infiniti. Pada post saya kali ini saya ingin menceritakan apakah sebenarnya perniagaan yang dijalankan oleh Hypernet Resources ini.

Sebelum ini saya telah pon menceritakan Latar Belakang Syarikat, Produk, dan Pelan Pemasaran perniagaan ini. Tetapi apakah sebenarnya perniagaan yang dijalankan oleh syarikat ini? MLM? Direct Selling? Investment? Hypernet Resources ini sebenarnya sebuah syarikat yang menjalankkan perniagaan Affiliate. Affiliate? Kepada mereka yang telah lama menceburkan diri dalam dunia perniagaan Online, Affiliate bukanlah suatu perkataan yang baru bagi mereka, malah perkataan tersebut telah acap kali didengar dan ramai para IM diluar sana yang menjana pendapatan mereka yang lumayan dari program perniagaan Affiliate seperti ini dan tidak kurang juga menjadikan program Affiliate ini sebagai sumber pendapatan utama mereka. Affiliate boleh lah diertikan sebagai bergabung atau kerjasama. Di dalam perniagaan Affiliate lebih menjurus kepada gabungan atau kerjasama yang membawa keuntungan.

Affiliate ini sebenarnya adalah suatu program yang mana kita akan memperoleh pendapatan atau komisyen apabila kita berjaya memperkenalkan ahli baru atau membuat jualan baru kepada sesuatu syarikat terhadap produk mereka. Jika kita melihat perkembangan perniagaan di internet pada hari ini, terdapat banyak program-program Affiliate ini yang telah dijalankan. Ada yang dari Luar Negara dan tidak kurang juga di Malaysia. Ada yang percuma dan ada juga yang berbayar yakni untuk menjadi Affilater kepada sesuatu produk mereka, pihak syarikat terlebih dahulu meletakkan syarat dimana individu itu perlu mendapatkan dahulu produk mereka dan barulah individu itu akan menjadi ahli atau Affiliater mereka.

Apa yang menarik dengan perniagaan berkonsepkan Affiliate ini berbanding dengan perniagaan lain adalah kita tidak perlu memikirkan apa produk yang perlu kita perkenalkan. Ini kerana dengan menjadi Affiliater kita hanya perlu memperkenalkan sahaja produk daripada syarikat Affiliate tersebut iaitu dengan memperkenalkan Referral URL atau link kita kepada mereka dan apabila berlakunya penjualan, maka kita akan mendapat Komisyen yang telah ditetapkan oleh syarikat. Contoh yang paling mudah, anda diminta untuk menjualkan nasi lemak yang dibuat oleh ibu anda yang berharga RM1. 1 nasi lemak yang terjual anda akan diberikan 20 sen sebagai upah oleh ibu anda. Didalam program Affiliate, 20sen adalah komisyen anda dan anda menyertai program Affiliate yang percuma dengan menjualkan nasi lemak ibu anda tanpa sebarang modal.

Sekarang kita berbalik kepada Hyprobulksms. Anda sudah faham apakah yang dimaksudkan dengan Affiliate dan bagaimana perniagaan ini dijalankan. Seperti yang saya terangkan tadi, Hypernet Resources ini merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan Affiliate. Bukan MLM atau pelaburan atau Skim Cepat Kaya. Saya juga ada menerangkan yang mana program Affiliate ini ada yang percuma dan ada juga yang berbayar. Jadi disini kita dapat melihat bahawa Hyprobulksms ini adalah program Affiliate yang berbayar dimana kita perlu terlebih dahulu menjadi ahli kepada syarikat Hypernet Resouces ini dan Sistem penghantaran SMS adalah produknya. Manakala upah atau Komisyennya pula dari 40% sehingga 100%.

Diharap dengan keterangan ini akan membantu anda memahami apakah perniagaan yang dijalankan oleh Hypernet Resources ini khasnya dan apakah yang dimaksudkan dengan Affiliate amnya.

Sekian dahulu dari saya. Bertemu lagi pada post saya yang akan datang.



Kejayaan Syarikat

Selain mendapat kelulusan daripada kerajaan, Hypernet Resources juga mendapat kerjasama daripada RTM1 dimana pernah dijemput di dalam program wawancara Selamat Pagi Malaysia pada 3 Feb 2010 dan juga Biz Malaysia pada 28 Mei 2010 baru-baru ini. Ini jelas menunjukkan bahawa Hypernet Resources telah mendapat tempat dimalaysia didalam program keusahawanannya.


Selamat Pagi Malaysia 3 Feb 2010


Biz Malaysia 28 Mei 2010

Tidak cukup dengan itu, Hypernet Resources juga bakal menempa nama di Malaysia apabila menjadi Penaja Rasmi Bersama Misi de Everest - Tibet pada 24 April 2010 yang akan dilancarkan pada 2011 nanti.

En.

Mohd Faizal Bin Zainal - Pengarah Urusan Hypernet Resources Sdn Bhd Menerima Sijil Penghargaan Dari Dato Sabri Chik dan Dato Khalid Yunus Sebagai Penaja Bersama "Misi de Everest - Tibet 2011"


Misi de Everest -Tibet 2011



Syarikat dah tau, Modal rendah, Pelan mantap, Produk Hebat. Untuk memilih sesuatu perniagaan bukanlah semata-mata melihat kepada tinggi rendah modalnya, Pelan Pemasarannya, atau Produk. Tetapi lihat lah juga sejauh mana syarikat itu mampu pergi...



Latar Belakang Syarikat

Sistem penghantaran SMS secara pukal atau Bulks atau HyprobulkSMS ini telah pun diperkenalkan oleh Syarikat 100% bumiputera iaitu Hypernet Resources. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 12 Jun 2008 di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dengan no. pendaftaran 001773825-M. Syarikat ini beralamat di :
No. 9-2,
Jalan PJU 8/5A,
Bandar Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya,
Selangor.

Telefon : 03-77101330
Fax : 03-77102330
eMail01 : hyprobulksms@gmail.com
eMail02 : ehypercash@gmail.com
Jenis pendaftaran yang didaftarkan adalah :
1. Perniagaan Jual Beli Teknologi Maklumat dan Komunikasi
2. Pengiklanan Laman Web
3. Kursus dan Latihan
4. Pembanggunan Sistem Teknologi Maklumat

Syarikat ini ditubuhkan oleh 3 orang pengarah muda yang berasal daripada Perlis. Mereka terdiri daripada :

1. En. Mohd Faizal Bin Zainal - Pengarah Urusan Dan Kewangan
HP : 016-6050354
Email 01: faizalz7@gmail.com
YM: faizalz7

2. En. Hairul Nizam Bin Hashim - Pengarah Pemasaran
HP: 016-2631453
Email 01: tuksidang@gmail.com
Email 02: tuksidang@yahoo.com
YM: tuksidang

3. En. Mohd Fareez Bin Zainal - Pengarah Pentadbiran
HP: 018-3885839
Email01: mfareezz@yahoo.com
YM: mfareezz

1. En. Mohd Faizal Bin Zainal - Pengarah Urusan dan Kewangan
Mempunyai pengalaman yang luas didalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi selain Pengurusan, Pentadbiran dan Kewangan. Pernah berkhidmat selama 8 tahun di Petronas. Menyandang jawatan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat kepada beberapa syarikat swasta. Juga merupakan salah seorang pelopor di dalam sistem eUMNOSMS kepada UMNO di PWTC.
Pengarah Syarikat Grand Gravity Sdn Bhd dan Strand Resources Sdn Bhd. Beliau adalah 'programmer' atau 'the brain' kepada kebanyakkan syarikat-syarikat dinyatakan tadi.

2. En. Hairul Nizam Bin Hashim - Pengarah Pemasaran
Beliau adalah Pengarah Syarikat di bahagian pemasaran dan mempunyai pengalaman luas di bidang rangkaian "networking" dan Afiliate selama lebih dari 8 tahun dan Pengarah Syarikat Grand Gravity Sdn Bhd dan Strand Resources Sdn Bhd. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan dari Universiti Putra Malaysia. Beliau telah mendambakan diri di dalam bidang rangkaian dan Afiliate semenjak dari universiti sehingga sekarang.

3. En. Mohd Fareez Bin Zainal - Pengarah Pentadbiran
Pengarah Syarikat di bahagian pentadbiran. Mempunyai 5 tahun pengalaman di bidang Multimedia selain pentadbiran. Beliau berkelulusan Diploma Pengaturcaraan Multimedia dari Cosmopoint dan pernah berkhidmat di syarikat Panglima Aces Sdn Bhd di bahagian pentadbiran, pernah berkhidmat di syarikat swasta berhubungkait teknologi maklumat telekomunikasi, pernah berkhimat di syarikat yang mengendalikan eUMNOSMS kepada UMNO di PWTC dan Pengarah Syarikat Grand Gravity Sdn Bhd serta Strand Resources Sdn Bhd.

Itu lah serba sedikit tentang latar belakang syarikat Hypernet Resources ni. Sesetengah dari kita, dengar sahaja ada biz baru, modal rendah, terus join tanpa periksa latar belakang sesutu syarikat tu. Siapa pengarah? Tak tau. Mana syarikat? Tak tau. Sah ke tak? Tak tau. Ada lesen? Tak tau..... Akhirnya modal kemana, angan-angan kemana, syarikat kemana.

Dengan keterangan yang serba ringkas ni diharap dapat lah membantu kita mengenal syarikat dan seterusnya membuat keputusan.....



Pelan Pemasaran Hyprobulksms








Kali ni saya ingin menerangkan pula tentang Pelan Pemasaran atau bagaimana komisyen didalam Hyprobulksms ini di bayar. Seperti yang telah diketahui sebelum ini, Syarikat akan membayar komisyen kepada ahli dari 40-100% keuntungan kepada kita. Tetapi tak ramai yang tahu bagaimana keuntungan tersebut dibahagikan atau diberikan.
Disini saya akan terangkan.

Didalam biz ini terdapat 4 jenis bonus yang telah disediakan untuk ahli-ahli. Bonus-bonus tersebut adalah :
1. Hyper Referral Income (HRI)
2. Hyper Loyalty Income (HLI)
3. Hyper Withdrawal Income (HWI)
4. Hyper Teknokrat Income




















1. Hyper Referral Income (HRI)

Hyper Royalty Income adalah bonus yang dibayar kepada anda apabila anda berjaya menaja ahli di bawah anda sendiri, Direct Sponsor. Untuk 2 orang ahli pertama dibawah anda, syarikat akan membayar 50% keuntungan kepada anda.
Contoh:
A mengambil pakej Extreme250 yang berjumlah RM250, jadi anda akan mendapat komisyen RM125 iaitu 50% keuntungan. Begitu juga pembahagian komisyen apabila A mengambil pakej Extreme500 atau Extreme1000. Anda akan mendapat 50% keuntungan daripada nilai pakej tersebut. Seterusnya 60-100% keuntungan akan anda perolehi apabila anda menaja ahli ketiga dan seterusnya. Keuntungan akan diberikan mengikut pakej telah anda sertai. Ahli-ahli direct dibawah anda ini juga dipanggil Power Line




















2. Pakej Loyalty Income (HLI)

Pakej ini pula adalah bonus yang akan anda perolehi apabila ahli-ahli dibawah anda (Power Line) menaja ahli baru dibawah mereka. Apabila Power Line anda membuat 2 penajaan yang terawal, anda layak menerima komisyen 40% daripada syarikat. Contoh :
A menaja seorang ahli baru iaitu A1 dengan pakej Extreme1000 bernilai RM1000, jadi anda layak menerima 4
0% daripada keuntungan A iaitu RM400. Begitulah juga sebaliknya jika A1 mengambil pakej Extreme250 atau Extreme500. 40% akan anda perolehi. Hanya untuk 2 ahli terawal dari A, ahli ketiga dari A, anda sudah tidak layak. Tetapi anda tidak perlu risau, kerana apabila A1 pula membuat penajaan baru, anda layak mendapat 40% lagi, juga dari 2 ahli terawal A1. Begitulah seterusnya sehingga infiniti. Perkara yang sama akan berlaku apabila ahli ke-4 anda dan seterusnya membuat penajaan baru. Jadi anda akan mendapat keuntungan dari RM100 ker RM400 dari setiap penajaan baru di bawah rangkaian anda.

3. Hyper Withdrawal Income (HWI)

Hyper Withdrawal Income adalah bonus yang akan anda perolehi apabila ahli-ahli anda yang pertama dan kebawah membuat transfer income dari E-Wallet ke akaun bank mereka, anda akan mendapat RM4 dari setiap pemindahan atau transfer tersebut dengan syarat Ahli A dan B anda membuat penajaan. Terhad sehingga 10 level.























4. Hyper Teknokrat Income

Bonus ini hanyalah layak untuk mereka yang menjadi teknokrat atau stokis sahaja. Teknokrat atau stokis ini adalah orang yang diberikan kuasa untuk mengaktifkan ahli-ahli baru didalam kumpulannya. Potensi pendapatan dari bonus ini adalah RM50-RM100 bagi setiap ahli baru yang didaftarkan. Syarat untuk menjadi ahli teknokrat ini adalah :
1. Perlu mengambil pakej Extreme500 atau Extreme1000
2. Membayar maintenance selama setahun RM900 (RM75 sebulan)
3. Membeli 5 stok AP Wallet (RM2500)

Itulah bonus-bonus yang telah disediakan oleh syarikat kepada ahli-ahli. Pada saya sangat lah berbaloi sekiranya anda meyertai biz ini. Tiada lagi syarikat yang memberikan komisyen sehingga 100%.

Modal hanya sekali, Pendapatan berkali-kali.....

Sertai sekarang!!

Pakej HyprobulkSMS

Seperti biz-biz lain yang menawarkan pakej, biz ini juga ada menawarkan pakej dan tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa pakej yang diperkenalkan adalah rendah jika dilihat dari segi pulangan komisyennya. Didalam perniagaan ini terdapat 3 pakej yang disediakan oleh syarikat iaitu :
1. Extreme250
Pakej ini memerlukan anda mengeluarkan modal sebanyak RM250. Potensi komisyen yang akan diterima adalah dari 40-60% keuntungan.
2. Extreme500
Pakej ini pula bernilai RM500. Potensi keuntungan adalah dari 40-100%.
3. Extreme1000
Pakej yang tertinggi yang ditawarkan oleh syarikat iaitu bernilai RM1000. Potensi keuntungan adalah dari 40-100% keuntungan.

Apa yang membezakan pakej-pakej ini adalah dari segi keuntungan juga bekalan mesej daripada syarikat apabila anda dikenakan auto maintain sebanyak RM75 sebulan. Auto maintain ini akan dikenakan kepada anda setiap kali anda membuat transfer wang dari E-Wallet ke akaun bank anda.

Untuk pakej Extreme250, dengan auto maintain sebanyak RM75 sebulan, anda akan dibekalkan dengan kuantiti mesej sebanyak 375 mesej sebulan.
Bagi pakej Extreme500 pula anda akan dibekalkan dengan mesej sebanyak 500 mesej. Juga pada jumlah RM75 sebulan.
Manakala Extreme1000, anda akan dibekalkan dengan 750 mesej sebulan dengan jumlah auto maintain yang sama.

Disini anda sudah lihat perbezaan setiap pakej? Lihat table dibawah :











Apa Sebenarnya Produk Hyprobulksms Ni?

Ramai yang telah pun tahu apakah sebenarnya produk Hyprobulksms ini. Tetapi tidak kurang juga yang masih blur-blur atau masih tidak faham dengan jelas apakah sebenarnya produk ini. Disini saya akan terangkan serba ringkas apakah sebenarnya produk Hyprobulksms ini.

Hyprobulksms ini merupakan suatu produk maya iaitu sistem penghantaran SMS secara pukal. Jadi produk Hyprobulksms ini bukanlah produk fizikal seperti minuman-minuman kesihatan, perfume, atau apa-apa sahaja yang boleh dilihat dengan mata kasar. Sistem ini diguna pakai untuk tujuan penghantaran SMS secara pukal ke seluruh negara dan rangkaian dengan kos serendah RM0.09sen/sms. Berbanding tanpa sistem ini, kita perlu menghantar sms secara manual dan menelan kos yang tinggi serta mengikut rangkaian. Dengan sistem ini, dengan hanya satu klik dari komputer, anda mampu menghantar sms ke beratus malah beribu pengguna handphone seluruh dunia.

Untuk mendapatkan sistem ini anda perlu lah terlebih dahulu menjadi ahli di dalam syarikat ini dimana apabila anda telah menjadi ahli anda akan diberikan satu username dan password untuk anda Log-In ke laman web syarikat dan seterusnya menggunakan sistem ini.

Namun begitu kuantiti sms yang boleh anda hantar bergantung kepada pakej yang anda ambil. Terdapat 5 pakej yang disediakan oleh syarikat iaitu :
1. Pakej A : RM75 = 500SMS (RM0.15/SMS)
2. Pakej B : RM120 = 1000SMS (RM0.12/SMS)
3. Pakej C : RM220 = 2000SMS (RM0.11/SMS)
4. Pakej D : RM300 = 3000SMS (RM0.10/SMS)
5. Pakej E : RM360 = 4000SMS (RM0.09/SMS)

Untuk mendapatkan atau membeli kredit SMS ini pula, anda perlulah berurusan dengan pihak syarikat iaitu dengan membuat pembayaran kepada Pengarah Syarikat, Hairul Nizam Hashim a.k.a Tuk Sidang.

Ramai yang berkata kepada saya bahawa produk ini seperti tidak mempunyai kepentingan kepada mereka dan tidak perlu mendapatkannya. Betul, tetapi penting kah untuk anda menjana pendapatan dengan pay-out sehingga 100%? Ini kerana sistem ini merupakan sistem Affiliate.

Akan saya ceritakan kepentingan produk ini dan bagaimana anda mampu menjana pendapatan yang lumayan dari perniagaan ini pada masa akan datang. Hyprobulksms best!!!

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks