Nasihat Berlandaskan Pengalaman

Kepada rakan-rakan lama yang mengenali saya tahu lah satu sikap buruk yang tidak terkutuk saya ni. huhuhu... Iaitu suka melompat. Bukan melompat macam arnab tetapi melompat kejap join biz tu, kejap join biz ni...Hm... Tapi itu dulu lah....

Kali ni dalam blog saya saya nak kasi nasihat sikit le (Nak pakai, pakai, tak nak pakai tak kisah pon). Kepada anda-anda diluar sana tu, yang baru mengenal dunia perniagaan tak kira lah online ker offline ke, MLM ke, Affiliate ke, Direct Selling ke, Skim Cepat Kaya (ker), jangan terlalu taksub dengan janji-janji manis pendapatan yang akan ditunjukkan. Periksa dahulu syarikat, produk atau apa-apa lagi (dah diterangkan pada artikel sebelum ni). Apa yang penting, periksa dahulu kemampuan diri masing-masing. "Boleh ker tak aku buat biz ni". Jangan join hantam koromo terus dek cek-cek yang ditunjukkan. Ingat itu bukan cek anda, tetapi cek orang-orang yang dah berjaya.

Apa akan jadi kalau terus join? Salah ke kalau saya terus join? Tak salah pon... Saya pun sekadar bagi nasihat. Cumanya kalau terus join...daripada anda ingin menambah pendapatan..akan jadi sebaliknya, anda hanyalah menambah pendapatan orang lain atau pon satu-satu syarikat tu. Ye la...join biz ni, lebur RM300, join biz tu pulak, lebur RM1000... Akhirnya duit keluar lebih banyak dari duit masuk. Siapa rugi? (Tak tau lah pulak saya kalau ada hobi yang macam tu). Jadi...Fikir dulu. Online....kena pandai buat promosi. Offline....kena pandai bercakap untuk meyakinkan seseorang, kena jaga penampilan diri.

Nasihat Berlandaskan Pengalaman. Inilah pengalaman saya yang ingin saya kongsikan.
1) Pertama kali mengenal dunia networking, perniagaan A*. Gagal. Sebab offline semata-mata. Tak pandai, malu, tergagap-gagap nak bercakap dengan orang... Burn RM520.
2) Berkenalan pula dengan Skim Cepat Kaya (Time budak-budak, tak fikir panjang, ingat duit je) Bermodalkan RM3K, tiap-tiap bulan dapat RM1K, tak yah cari orang, tak yah jual produk. (Inilah Skim Cepat Kaya kalau adik-adik nak tahu) Burn RM3K, sampai sekarang menanggung personal loan (padan muka aku).
3) Diperkenalkan pula dengan direct selling. Syarikat dah ok.. Tapi diri ini yang tak mampu. Kehulu kehilir bawa barang jual kat kedai-kedai, berhutang pula dari stokis. Stop sebab ada persaingan, siap ada sebotaj lagi. Burn RM(tak ingat).
4) Jatuh cinta pandang pertama pula kepada perniagaan Online. Syarikat Power, Produk mantap, Pelan...boleh laaa, Sistem powerfull, Auto downline. MEMANG BEST LAH. Tapi stop juga setelah 3 bulan menahan pressure. Tiap-tiap bulan kena bayar maintenance, komisyen tak dapat-dapat pon. Tak tahannn. Burn RM1K++

P/S : Nama syarikat tidak dapat dinyatakan untuk menjaga imej.

Kalau anda-anda ada pengalaman macam saya, jangan salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri. Kesilapan berpunca dari diri sendiri. Kalau ada yang cop (meluat) dengan perniagaan seperti ini, biarkan sahaja, jangan jadikan ianya pelentur semangat. Yang nak buat anda, bukan mereka. Dan yang akan berjaya tu juga anda, bukan mereka. Mereka ada sebab mengapa berfikiran begitu. Itu hak mereka.

Sekarang alhamdulillah saya dah belajar dari kesilapan dan pengalaman dan menemui biz yang sesuai dengan saya, tiada pressure, boleh dijalankan secara online dan juga offline. HyprobulkSMS. Sesuai untuk orang macam saya.. Kurang berkemampuan (modal sekali seumur hidup), mudah (tiada pressure langsung). Tapi tak lari dari ungkapan ini ye "Duduk Diam Dapat Duit". InsyaAllah saya akan berusaha bersama biz ini.

Kenapa saya buat artikel ni? Sekadar berkongsi pengalaman. Jadikan pengalaman saya sebagai pelajaran anda. Sharing Is Caring...

Takut nak join saya dalam biz ni? Kerana latar belakang saya. It's ok. Saya ada banyak teknik yang telah saya susun hasil pengalaman saya. Kalau nak join, terima kasih terlebih dahulu saya ucapkan. Segala ilmu akan dicurahkan.

Success One VS Experience One ;)

Salam Maju Jaya.

Persiapkan Diri Anda

Idea idea idea....arghhhh....aduh..nak tulis artikel, idea pula tak da. Kali ni saya bukan nak menulis apa-apa berkenaan Hyprobulks ni. Tetapi menjurus juga kepada perniagaan. Motivasi la kot. Hohoho...

Perniagaan atau bisness. Pada saya satu kerjaya yang amat menarik.Bukan menarik bila dapat imbuhannya. Tetapi menarik dari segi cabarannya. Cabaran itu akan membuatkan seseorang itu tercabar dan sekaligus menguji kemampuan seseorang itu. Kepuasan akan dirasai saat perniagaan atau bisness yang diceburi itu memberikan hasil yang diimpikan. Kepuasaan itu akan dirasai saat kejayaan itu dikecapi. Waktu itu, segala pahit maung sewaktu menghadapi kesusahan sebelum mencapai kejayaan adalah kenangan yang paling indah, yang mampu membuatkan seseorang itu mengukir senyuman. Kenapa? Kerana kejayaan itu adalah dari hasil usahanya sendiri. Dari kesabaran kegigihan dan kesungguhan. Saya faham akan perasaan ini kerana saya dari kecil sudah disemai dengan perasaan ini. Saya dari keluarga susah dan ayah saya menjalankan perniagaan kecil-kecillan sejak saya masih kecil sehinggalah sekarang.

Namun begitu ramai diantara kita yang gagal didalam perniagaan atau bisness ini. Tanpa hati yang cekal dan komitmen yang tinggi, pastinya sukar untuk mengecapi sesuatu kejayaan itu, tidak kira lah apa yang sedang dilakukan. Dengan berlatar belakangkan kehidupan saya sendiri, ramai saya lihat yang kecundang didalam cabang perniagaan ini. Kenapa? 1 sahaja alasan yang kukuh. TIDAK SANGGUP MENGHARUNGI KESUSAHAN DIDALAM PERNIAGAAN ITU.
"Susah la bang...customer tak der", "susah la bang...modal besar", "susah la bang...tak balik modal". Pada saya itu semua adalah lumrah didalam perniagaan. Dan dari kesusahan dan kegagalan itu lah kita dapat belajar sesuatu dan pelajaran itu tak kan ada didalam mana-mana buku. Saya suka akan ungkapan ini "Sesuatu kejayaan itu didatangkan berpasangan dan pasangannya adalah kegagalan. Jadi janganlah takut kepada kegagalan kerana kegagalan itu adalah guru yang terbaik. Anggaplah kegagalan itu tangga untuk kita sampai ke puncak kejayaan.

Senangnya cakap. Buat tengok... Boleh tempuh ke tak. Ya. Saya sudah pun berada dalam dunia perniagaan. Bagaimana untuk bertahan didalam perniagaan?
1) Buatlah sesuatu perniagaan itu dengan ikhlas.
" Mak, saya ingat nak buka biz lah... cari kerja merata dah ni. Tak dapat-dapat. Fade-up lah
saya"
Don't Be Like This!! Jangan ceburkan diri anda dalam perniagaan jika ianya adalah pilihan
terakhir. Jika anda fade-up mencari kerja, tidak mustahil anda fade-up jika perniagaan anda
tidak mencapai apa yang anda mahukan.
2) Perlu disertakan dengan minat yang mendalam.
Tanpa minat, sukar untuk anda kekal didalam bidang ini. Tak percaya? Anda minat bidang
sastera, tetapi dipaksa mengambil bidang sains. Boleh kah anda berjaya dalam bidang tu?
Boleh....tapi kebarangkaliannya sangat sedikit...mungkin 10%. Kerana minat boleh dipupuk :)
3) Setkan matlamat anda.
Sebelum menceburkan diri dalam bidang ini, cermin diri terlebih dahulu. Adakah anda
melakukannya sekadar suka-suka atau untuk mengubah hidup atau ingin berdikari. Kalau
sekadar suka-suka tu tak payah lah. Buang masa, buang tenaga, buang duit.
4) Jangan sekadar mengikut orang.
"Wow!!! Brader tu berjaya beb buat biz. Cawangan burger dia ada 10. Aku ingat nak jual
burger jugaklah" My advice.... DON'T!! YOU WILL FAIL!! Betul untuk berjaya dengan
jejak orang yang berjaya, tetapi perlu diingat... sekadar mengikut jejak...belum cukup syarat.

Dengan termetrinya kesemua elemen ini dalam diri anda, saya percaya, rintangan yang bakal mendatang mampu anda tepis dengan "senyuman" dan rintangan itu diibaratkan seperti
barang mainan yang menggembirakan.

Huhuhu...tak der idea? Boleh tahan juga panjang artikel ni...hehehe

Sekian.


Penting Ker Produk HyprobulkSMS ni?


Dari pengalaman saya, dan hasil penelitian saya, sebelum seseorang itu setuju untuk membeli atau mendapatkan sesuatu khidmat atau menyertai sesuatu perniagaan, 3 perkara utama yang ingin mereka tahu terlebih dahulu. Dan 3 perkara ini juga menjadi kemestian sebelum anda menyertai mana-mana perniagaan.

3 perkara utama tersebut adalah :
1) Syarikat
Nak kena cek samaada syarikat ni sah ke tidak. Betul ke wujud? Berdaftar ke tak dengan
kerajaan.
2) Pelan Pemasaran
Bab ni kebiasaannya akan ditanya jika syarikat tersebut menawarkan peluang perniagaan.
Macam HyprobulkSMS ni. Pelan tu boleh menguntungkan atau tidak?
3) Produk
Tidak kira apa juga perniagaan, mesti ada produk. Tak der produk tu yang kena cap "Skim
Cepat Kaya" tu.

Syarikat dan Pelan Pemasaran telah pon saya terangkan pada artikel-artikel sebelum ini. Kali ni saya akan menerangkan pula bab produk. Jika dilihat pada company-company lain, ada yang menawarkan produk minuman kesihatan, makanan kesihatan, barangan-barangan kecantikan dan macam-macam lagi. Produk-produk ni sememangnya kita tahu akan kepentingannya iaitu untuk kesihatan dan juga kecantikan. Tetapi bagaimana pula dengan produk bulks SMS ni? Apa kepentingannya?

Saya melihat produk bulks SMS ini bukan sekadar dari segi peribadi, bukan sekadar menghantar jemputan, menghantar informasi tetapi lebih daripada itu. Saya melihat produk ini dari segi perniagaan. Didalam perniagaan ini sendiri, ianya amatlah bermanfaat. Sebagai contoh, saya mempunyai prospek yang ramai dan saya ingin memaklumkan mereka yang saya mempunyai tawaran untuk mereka. Dengan sekali klik sahaja, maklumat yang ingin saya sampaikan akan sampai kepada mereka. Tambahan pula ianya melibatkan tawaran. Tidak kah dari produk ini dapat membantu perniagaan saya? Informasi yang ingin saya sampaikan pula adalah 99% akan sampai kepada targeted receiver berbanding jika saya menghantar menggunakan email dan ianya menjimatkan masa. (Rasanya zaman sekarang ni budak-budak pon dah pandai pakai handphone kan :) )

Mengapa promosi menggunakan SMS?
1) Cepat dan pantas
2) Menjimatkan kos
3) 99% maklumat akan sampai
4) Medium promosi yang effektif

Sekarang anda sudah nampak akan kepentingan produk ini? Produk ini bukan sahaja berguna untuk biz ini, malah apa juga perniagaan yang sedang anda jalankan.

Perniagaan Berkembang, Side Income bertambah.
Boostkan perniagaan dan pendapatan anda dengan produk HyprobulkSMS ini.

Tawaran Terhad Untuk 10 Terawal

Rasanya dah ramai yang tahu dan kenal biz HyprobulkSMS ni. Saya juga ada menerangkan berkenaan syarikat, produk dan pelan pemasaran pada artikel-artikel saya yang lalu.

Telah sedia maklum dengan menyertai HyprobulkSMS ini, anda akan diberikan sebuah laman web replika seperti ini www.hyprobulks.com/faridul dari group (ada group yang tidak@belum menyediakan laman web ini untuk ahli, depends) Dengan laman web ini akan memudahkan anda membuat promosi secara online.

Samalah juga sekiranya anda menyertai saya, anda juga akan dibekalkan dengan laman web syarikat daripada group saya iaitu group Extreme Team. Tetapi ada satu kelebihan sekiranya anda mendaftar direct dibawah saya, anda akan saya berikan sebuah Landing Page dan juga Sistem Autoresponder percuma. Dengan adanta Landing Page ini ianya akan lebih membantu anda untuk menjalankan biz ini dimana perniagaan anda seolah-olah di autopilotkan. Rasanya tak perlu saya bercerita panjang bab Landing Page dan Sistem Autoresponder ini kerana semuanya telah saya ceritakan didalam laporan percuma "Rahsia Menjana Wang Dengan HyprobulkSMS" saya. Untuk mendapatkan laporan tersebut, klik sahaja banner dibawah.

Dengan menjadi ahli saya, Landing Page yang bakal diterima berbentuk sebegini www.bebaswang.ws/Hyprobulks.html dan ianya akan diupdate dari masa ke semasa.
Sistem Autoresponder pula akan saya setkan untuk anda dari A hingga Z dan ianya atas nama anda.

Untuk kedua-dua tool ini, kos yang perlu saya tanggung adalah RM103 sebulan dan ianya adalah percuma dengan menjadi ahli dibawah saya. Tawaran saya ini adalah terhad hanya untuk 10 ahli terawal sahaja. Apabila cukup kuota, tawaran ini akan ditutup serta merta. Tempah kedudukan anda sekarang sebelum terlambat.

Biz Terhangat Abad Ini

Hohohoho....Dah gempar gila la biz HyprobulkSMS sekarang ni... dah banyak blog-blog yang menulis tentang biz ni... Otai-otai pon dah ramai yang join. Terbuktilah Biz ni biz terhangat di abad ni. hehehe...

Mana tak hangatnya, comfirm boleh buat duit punya dengan biz ni. Modal dah la rendah, sekali seumur hidup pulak tu.... Income dia jangan cakaplah, berlipat lipat lipat ganda. Yang bestnya biz ni, tiada pairing, maintenance yang rendah dan komisyen yang paling tinggi, 100% dan ianya adalah syarikat bumiputra. Jarang ada syarikat bumiputra yang mampu mencapai tahap sebegini, selalunya syarikat-syarikat dari luar negara je. Maklumlah omputih ni memang otai bab-bab perniagaan ni.

Telah banyak bukti yang menunjukkan kejayaan syarikat ni dan ramai yang telah berjaya mengaut keuntungan berlipat-lipat ganda. Selain mendapat pengiktirafan daripada kerajaan, syarikat ini juga ,mendapat kerjasama daripada media-media cetak dan elektronik. Kepada yang masih ragu-ragu, saya tak nak cakap apa lah, itu hak anda.

Saya sendiri pada mulanya negatif pada biz ni. Yer lah kan macam tak logik je komisyen dia. 100% keuntungan, macam mana syarikat dapat untung? Silap-silap boleh gulung tikar. huhuhu.. Kalau syarikat tu gulung tikar tak kisah la, ini dengan duit-duit orang lain pon lebuh. fuh!! Tapi selepas mendengar penjelasan dari salah seorang ahli Hypro ni, baru lah saya faham bagaimana yang dimaksudkan dengan "100% komisyen" tu. Disokong pula dengan bukti-bukti kejayaan ahli-ahli Hypro ni. Tanpa berlengah lagi saya pon sains kontrak lah. huhuhuhu.

Kalau sebelum ini biz-biz yang telah saya sertai hanya boleh dijalankan secara offline (tak pandai nak bercakap), boleh dijalankan secara online (maintenance...mak aiii...tak tahannn..pressureee). Tetapi dengan Hypro ni, ianya boleh dijalankan secara online mahupun offline kerana ianya disertakan dengan laman web untuk tujuan promosi dan maintenancenya rendah jer beb...hehehe

Dengan berlatar belakang kan pengalaman-pengalaman yang lalu, pada saya inilah biz yang paling best dan sempoi yang pernah saya jumpa, produk pon sempoi, kepada yang tahu bagaimana mengaplikasikan produk biz ni, pasti akan meletup-letup perniagaan diorang kerana produk dia bukan sekadar untuk tujuan peribadi, tetapi lebih dari itu.

Kepada yang belum join boleh lah sertai saya... Ada tawaran menarik untuk anda...huhuhuhu

Hyprobulks besttttttt....

Tema Apa Nak Ditulis


Saya bukanlah seorang yang arif didalam dunia blog ni. Baru je setahun jagung. Masih banyak yang perlu dipelajari. Tapi sedikit sebanyak basic-basic tu adalah. Kalau sebelum ni saya ada menulis artikel "Ada Apa Dengan Blog", hari ni saya nak menulis pula berkenaan tip berblog.

Kepada anda yang baru sahaja mengenal dunia blog ni dan terasa ingin berblog, tentu tidak tahu berkenaan apa blog itu hendak ditulis bukan. Nak register senang, setting blog boleh la dikatakan senang juga. Tapi sampai bab nak menulis artikel, terkedu sekejap, tak tau nak tulis apa... Nak tulis 1 artikel pon susah, makan masa nak dapatkan 1 idea... Akibatnya blog hanya tinggal blog...tak der idea nak menulissss...

Hasil dari pengalaman saya yang ciput ni, sebelum create sesuatu blog, fikirkan dahulu apakah tema yang anda inginkan pada blog anda itu. Pilihlah tema yang mana tema tu nanti mampu memberikan anda idea yang mencurah-curah, pilihlah sesuatu tema yang anda fikirkan anda arif didalam tema itu. Apakah tema ni (suka hati je letak perkataan tema..hehehe) Maksud saya tema ni topik. Topik-topik yang akan anda cerita atau tulis didalam blog anda itu nanti. Contoh tema dunia hiburan, dunia selebriti, dunia sukan, dunia perniagaan, atau apa-apa sahaja yang anda rasakan sesuai. Tak kurang juga yang berblog yang menceritakan kehidupan dirinya sendiri. Jadi dengan menetapkan tema ini, anda seperti mempunyai satu guide untuk membantu anda menulis dan mencari idea.

"Jadilah diri anda sendiri". Eh, apa kena mengena pula ungkapan ni? hehehe... Masih berkisar tentang tajuk artikel ni juga. Maksud ungkapan saya tu adalah janganlah terpengaruh dengan satu-satu blog yang ramai pelawatnya kerana temanya. Kerana inginkan pelawat yang ramai, kita turut mengikut tema blog yang ramai pelawat tersebut yang kita sendiri tidak tahu apa-apa berkenaan tema tersebut. Akibatnya...... :)
Untuk berblog dan mendapatkan ramai pelawat, bukan semata-mata tema, tetapi teknik... Rasanya yang mana dah lama kenal dunia blog ni tahu maksud saya ni. Pada yang baru mengenali dunia blog ni, anda pasti akan faham satu hari nanti :)

Sekali lagi saya tekankan disini, saya bukanlah seorang yang arif didalam dunia blog, banyak yang perlu dipelajari. Artikel ni saya tulis sekadar ingin berkongsi.... Kalau ada salah betulkanlah ye... :) Saya juga budak baru belajar....

Masih Tak Percaya Dengan HyprobulkSMS?

Ramai yang dah kenal dengan biz HyprobulkSMS ni. Ramai juga yang masih belum kenal. Ramai yang percaya dengan HyprobulkSMS ni dan dah berjaya. Tapi tak kurang juga yang tak percaya dengan HyprobulkSMS ni. Seperti biz-biz lain juga, HyprobulkSMS ni kian menempah nama dan setanding dengan biz-biz yang lain. Sudah terdapat banyak bukti-bukti yang menunjukkan kejayaan HyprobulkSMS ni. Tak banyak yang ingin saya hujahkan disini kerana bukti-bukti yang akan ditunjukkan akan menceritakan segalanya dan anda nilailah sendiri.....

Majalah Nur Ogos 2010

Majalah Nur Julai 2010

Harian Metro 24 Jun 2010

New Sabah Times 20 Jun 2010

KOSMO! 8 Ogos 2010

Bukti telah jelas menunjukkan kejayaan HyprobulkSMS dan bukan sekadar menabur janji manis. Keputusan kini semuanya terletak ditangan anda. Tepuk dada, tanya selera. Kejayaan tidak akan datang bergolek di depan mata.




Boleh Berjaya Ke Dengan HyprobulkSMS Ni?

Jika anda tanyakan kepada saya kepada soalan diatas, rasanya saya tidak dapat menjawabnya dengan tepat. Bukan kerana saya tidak yakin dengan perniagaan HyprobulkSMS ini, tetapi ianya bergantung kepada diri anda sendiri. Apa sahaja yang anda lakukan adalah atas diri masing-masing. Semudah mana pon satu-satu perniagaan tu, tetap akan gagal sekiranya tidak disertakan dangan usaha dan sebaliknya. Itu jawapan saya dari segi kemampuan.

Tetapi jika anda bertanya kepada saya "Boleh berjaya ke kalau saya buat HyprobulkSMS ini?". Jawapan saya..... BOLEH. Untuk melakukan biz ini, anda tidak memerlukan banyak pengetahuan atau skill didalam IT. Buktinya....Makcik-makcik pon boleh berjaya dalam biz ni, apalagi kita yang muda ni yang telah lama diperkenalkan dengan teknologi ini.

Pada saya HyprobulkSMS ini adalah perniagaan yang paling mudah untuk diceburi, tiada tekanan. Tidak seperti perniagaan yang lain yang memerlukan anda membentuk rangkaian anda terlebih dahulu dan perlu maintain dengan jumlah yang besar baru dapat komisyen. Apatah lagi HyprobulkSMS ni hanya memerlukan anda mengeluarkan modal yang rendah dengan HANYA SEKALI SEUMUR HIDUP. Komisyennya pula sangat-sangatlah berbaloi. 100% KOMISYEN. Apa yang perlu dilakukan hanyalah promosi atau memperkenalkan perniagaan ini.

Tugas anda akan menjadi lebih mudah apabila menyertai saya kerana anda akan dibantu secara terus dari saya dimana anda akan diberikan sebuah Landing Page dan Sistem Autoresponder percuma selain web replika dari Team saya. Dengan kedua-dua tool ini prospek anda akan di follow-up secara terus dari Sistem Autoresponder saya dan ini amat memudahkan kerja anda.

Bagaimana 2 tool ini membantu anda? Apabila seseorang itu mencari peluang menambah pendapatan di internet, hanya 30% sahaja akan terus mendaftar, itu pon jika seseorang itu telah membuat kajian berkenaan sesuatu perniagan itu atau telah berfikir panjang. Disinilah gunanya Landing Page dan Sistem Autoresponder ini. Walaupon mereka tidak mendaftar, tetapi anda masih mampu mengikuti perkembangan prospek itu apabila mereka memberikan maklumat diri mereka pada Sistem Autoresponder anda. Sistem Autoresponder ini akan menghantar email secara berterusan kepada mereka dengan menceritakan berkenaan perniagaan ini dan ianya hanyalah percuma (Ramai diantara kita sukakan sesuatu yang percuma bukan. Percuma dan mudah)

Tahukah anda bahawa 2 tool ini merupakan salah satu kemestian untuk berjaya didalam perniagaan internet ini dan ianya merupakan kunci kejayaan kepada IM IM yang telah berjaya diluar sana....Dan 2 tool ini akan saya berikan percuma kepada anda. Tetapi hanyalah selepas anda menjadi ahli saya.

Namun begitu, saya tidak akan menjanjikan kejayan akan menjadi milik anda dan jangan salahkan saya sekiranya anda tidak berjaya. Ini kerana, walaupon tugas anda telah dipermudah, saya tetap memerlukan usaha anda. Ingat ye. HyprobulksSMS ni bukan skim 4D :)

Apa yang boleh saya lakukan adalah memudahkan kerja anda, tetapi tidak menjanjikan kejayaan anda. Kerana kunci kejayaan tidak ada pada saya tetapi pada anda.

Inilah apa yang akan anda terima apabila mendaftar dibawah saya. Klik sini

Mind Set

Baru-baru ni saya ada baca satu artikel tentang 10 Kesilapan Dalam Perniagaan Ebiz Dari Saudara Radzuan... Bagus untuk Newbie-newbie diluar sana macam saya ni untuk merenung diri. Berinformasi artikelnya. Selepas saya baca artikel saudara Radzuan, terus memberi idea kepada saya untuk menulis post kali ni... MIND SET.
Sebelum kita memulakan sesuatu biz atau melakukan sesuatu perkara, amatlah perlu untuk kita setkan dahulu minda kita. Set bagaimana? Contoh dalam perniagaan internet ni, perlulah kita setkan dahulu minda kita tujuan apa kita buat sesuatu tu, macam saya, saya buat blog untuk mendapatkan income sampingan disamping berblog. Apa yang saya setkan adalah blog saya mampu untuk memberi sedikit pendapatan kepada saya walau sedikit disamping berkongsi dan belajar sesuatu yang baru. Tetapi jangan lah salah paham disini, bukannya kita buat sesuatu hari ni akan terus menampakkan hasilnya, Set hari ni, terus tercapai esoknya. Buat blog hari ni terus dapat duit esok. Tidak. Sebelum kita mencapai apa yang telah disetkan di minda, kita perlulah melakukan sesuatu untuk mencapainya. Memang betul saya setkan minda saya untuk mendapatkan pendapatan dari blog ni, tapi jika saya tidak update blog saya, tidak membuat artikel-artikel baru, tidak berusaha uhntuk mendapatkan pelawat, sampai bila-bila pon blog saya tak kan menyumbangkan pendapatan kepada saya, walaupon siang malam saya setkan minda saya tu. Macam ladang lah, kalau kita tak berkebun, tak menjaganya, bagaimana kita nak mendapatkan hasil.


Maksud saya disini Mind Set ini adalah perlu untuk guard kita supaya apa yang kita buat itu tidak lari dari matlamat sebenar. Jika kita tidak setkan minda kita, maka huru hara lah jadinya, sehinggakan kita sendiri tidak tahu apa yang kita buat. Selepasa kita setkan minda, fikirlah pula bagaimana untuk mencapai apa yang telah disetkan, apa yang perlu dilakukan. Jangan lari dari apa yang telah disetkan.


Perjalanan saya masih jauh untuk mencapai apa yang saya setkan, maklumlah newbie, banyak yang perlu belajar. Buat masa ni saya sedang berusaha untuk menghampiri apa yang telah saya setkan.


Mudah untuk kita setkan minda, tapi mudah atau sukar untuk mencapainya bergantung padadiri masing-masing.


Mudah Ker Online Marketing?

Sebagai seorang yang masih baru dalam dunia online ni masih banyak yang perlu saya belajar. Hampir keseluruhan waktu yang saya ada saya peruntukan untuk belajar selok belok dunia online ni, khususnya perniagaan online, bukan mudah sebenarnya untuk berjaya didalam perniagaan online ni, memerlukan kesungguhan yang jitu untuk berjaya.

Amat bertuahlah kepada mereka yang sememangnya mempunyai banyak pengetahuan didalam dunia online ini kerana sudah pastinya ianya amat membantu mereka untuk terus berjaya. Tetapi walaupon mereka banyak pengetahuan didalam dunia online ini dan ada yang telah menjana wang darinya, mereka tidak akan lari dari merasai kesusahan. Tidak ada satu perkara pon didunia ini yang mudah.

Jika dilihat hari ini, terlalu banyak peluang-peluang perniagaan yang tumbuh bagaikan cendawan, dan banyak juga yang menggunakan ungkapan "Hanya bekerja 3-4 jam sehari, mampu jana ribuan ringgit" (Kata-kata saya mungkin lebih menjurus kepada MLM atau Affiliate). Setujukah anda jika saya katakan ungkapan sebegitu hanyalah gimik. Ungkapan itu hanya layak digunakan oleh mereka yang telah lama berkecimpung didalam dunia online marketing ini dan telah melalui banyak kesukaran sehingga mendapat gelaran "otai". Tetapi bagi mereka yang baru berkecimpung didalam dunia ini seperti saya, memerlukan satu usaha yang berterusan sebelum layak menggunakan gelaran tersebut.

Ramai diantara kita yang terkeliru dan terlalu taksub dengan ungkapan tersebut yang terlalu inginkan income yang pantas sebegitu terutama sekali pada mereka yang baru mengenal dunia online atau perniagaan sebegini. Tetapi harus diingat, sekali anda melibatkan diri didalam dunia ini, ianya menuntut kesabaran dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya. Bukan sekadar berangan-angan. Saya berani memberi pendapat sebegini kerana saya sendiri pernah melaluinya dimana saya sendiri telah tersungkur. Impian hanya tinggal impian. Tetapi itu semua saya anggap sebagai pengalaman dan kegagalan itu mendekatkan kita kepada kejayaan... Belajarlah dari kegagalan itu kerana kegagalan itu adalah guru terbaik.

Tidak kiralah apa jua perniagaan online yang anda jalankan, samaada menjual produk sendiri atau produk orang lain, kesabaran dan kesungguhan ini perlu menjadi bekalan diri. 2 perkara ini amat-amat diperlukan untuk menuntut ilmu didalam dunia ini. Terlalu banyak rintangan yang perlu ditempuh sebelum anda berjaya. Tanpa 2 perkara ini dalam diri, pasti akan tewas.

Saya pasti ramai diantara kita yang menginginkan perdapatan cara mudah ini yang pastinya dapat memberi kebebasan wang dan waktu, yang dapat memenuhi impian, tetapi perlu diingat, ukur baju biarlah pada badan sendiri. Sebelum menceburkan diri didalam dunia ini, ukur dahulu kemampuan diri, ilmu perlu disertakan, Jika tidak, anda tidak akan kemana-mana. Namun ilmu tanpa amal, tidak akan berjaya juga.

Mudah bukanlah beerti senang... Saya sendiri terpaksa mengorbankan banyak waktu dan wang ringgit untuk mencapai apa yang saya inginkan dan masih banyak yang perlu dipelajari.




Active Income VS Pasif Income

Saat saya menulis artikel ini, teringat saya pada satu blog saya yang dah pon berkubur. Bukan apa, pada blog saya yang lalu, pada tajuk artikel yang sama, saya pernah ditegur akan tulisan saya itu kerana tulisan saya itu seolah-olah seperti memandang rendah kepada mereka yang bekerja makan gaji dan saya akui akan kesilapan saya itu. Walaupon saya tidak tahu siapa yang memberi komen kepada saya, tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana jika dia tidak menegur saya, mungkin saya tidak sedar akan kesilapan saya.

Berbalik kepada tajuk artikel saya kali ini iaitu Active Income VS Pasif Income. Rasanya pembaca-pembaca blog pandai-pandai BI belaka. Tentu tau maksud Active Income dan Pasif Income tu kan... :) Tapi takper lah saya terangkan sedikit. Active Income ni adalah pendapatan dimana untuk mendapatkan sesuatu pendapatan itu, kita perlu bekerja terlebih dahulu dan pendapatannya adalah tidak berterusan. Maksudnya, ada kerja, adalah income, tiada kerja, tiada lah income.
Pasif Income pula adalah sesuatu pendapatan yang mana dengan melakukan sekali pekerjaan itu, kita akan mampu merasai pendapatannya secara terus. Maksudnya, usaha kita hanya perlu dilakukan pada awalnya sahaja, tetapi pendapatannya akan terus dirasai walau kita sudah tidak melakukan kerja itu lagi.
Jika diberi pilihan, yang mana satukah pilihan anda? Jika saya sudah pasti saya akan memilih Pasif Income.

Bagaimana caranya untuk mendapatkan Pasif Income itu? Banyak cara sebenarnya untuk mendapatkan Pasif Income ini. Sebagai contoh, perniagaan HyprobulkSMS ini sendiri. Dengan perniagaan ini atau apa-apa perniagaan sahaja (I more to online marketing), kita hanya perlu berusaha sedikit sahaja pada permulaannya, ini kerana apabila sesuatu perniagaan itu telah berkembang, kita akan berterusan merasai hasilnya walaupun kita sudah tidak melakukannya lagi dikemudian hari. Namun begitu, saya tidak lah berpendapat yang active income itu tidak penting. Ini kerana saya sendiri masih seorang makan gaji dan memperoleh pendapatan dari active income ini. Ini kerana sebelum kita merasai Pasif Income ini, active income inilah yang menjadi batu loncatan kepada kita dan secara jujur saya katakan active income ini adalah lebih terjamin sebenarnya. Setujukah anda? Namun begitu, tidak salah rasanya jika kita berusaha untuk mencari Pasif Income ini. Jangan tidak tahu ada segelintir dari kita diluar sana yang hidup dengan pendapatan ini. Contoh terdekat....Irfan Khairi....

Ada Apa Dengan Blog?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca blog ini..
Sedar tak sedar rasanya dah lama juga saya berkecimpung didalam dunia internet ni. Dari 0 knowledge hingga ada sedikit pengetahuan dalam dunia internet ni (Masih newbie lagi ni...dan dalam dunia internet ni kita sentiasa newbie kerana tak kan pernah habis ilmu internet ni kalau nak dituntut. Setuju?)

Ada apa dengan blog? Dulu waktu mula-mula kenal dunia internet ni, terbit juga soalan tu dari minda saya yang cetek ni. Kenapa ramai sangat yang tergila-gilakan blog? Namun hari ni, tanpa ada sesiapa yang memberikan jawapan kepada soalan saya itu, saya sendiri telah mengetahui jawapannya...Kalau setakat nak bercerita dalam blog, kan lebih selesa ajak rakan-rakan sebelah rumah duduk bercerita.. Kalau setakat nak menulis, dapat apa kalau setakat menulis....dapat duit ker?

Sungguh tak disangka, blog ini mempunyai satu kuasa, aura yang boleh membuatkan seseorang itu ketagih. Dulu saya fikir blog ini sekadar bercerita benda-benda mengarut, merepek. Tapi kini barulah saya sedar akan kepentingan blog. Bukan sekadar bercerita, menulis atau merepek melalut didalamnya tetapi ianya mempunyai satu tujuan yang mana para IM yang telah berjaya diluar sana tidak akan berjaya tanpa blog atau laman web mereka sendiri. Kini baru saya sedar akan kepentingan blog ini.

Mungkin setiap individu itu berbeza tujuannya terhadap blog mereka, tetapi percayalah setiap dari mereka mempunyai satu matlamat yang sama iaitu ribuan traffic mengunjungi blog mereka dan dari situ akan wujud satu kepuasan dalam diri setiap dari blogger itu.

Saya tidak meminta persetujuan dari sesiapa terhadap pendapat saya ini kerana saya tahu tidak semua berkecimpung didalam dunia internet ini, dan pendapat dari kita semua adalah berbeza.
Mungkin ada diantara kita berblog sekadar hobi, mengumpul rakan, berkongsi pendapat dan tidak kurang untuk menjana wang darinya. Dan pada hari ini, saya yang dulunya 0 didalam internet telah berada disini sehingga mampu mewujudkan blog (yang tak seberapa ni) adalah dari satu matlamat, iaitu menjana wang dari internet. Sedar tak sedar, sepanjang tempoh pembelajaran saya selama ini telah membawa saya sehingga tahap ini. Betullah pepatah ini, "Ilmu tak kan dapat kalau tak dicari" dan saya mungkin masih 0 sekiranya saya tidak belajar,
dan tanpa saya sedar sebenarnya saya telah pon mencedok ilmu dari internet ini.

Percayakah anda jika saya katakan dengan berblog anda akan memperoleh satu kepuasan. Kepuasan dimana segala ilmu anda akan terhasil di blog, kepuasan melihat penghasilan blog anda, kepuasan melihat blog anda dikunjungi ramai pelawat, kepuasan anda apabila hasil penulisan anda atau pendapat anda dapat dikongsi dengan pembaca-pembaca blog anda, kepuasan dimana anda dapat menjana wang dari blog anda. Saya katakan begini kerana bukan lah mudah untuk membina sesuatu blog yang berguna atau ramai pelawatnya. Ianya menuntut kesabaran yang tinggi terutama kepada newbie seperti saya.

Saya suka melihat blog sebagai satu premis atau buku. Jika premis itu mendapat ramai pelanggan, sudah pasti ianya dapat memberi kepuasan kepada pemiliknya. Begitulah juga jika buku itu mendapat permintaan yang tinggi di pasaran yang mana penghasilan premis atau buku itu memerlukan satu usaha untuk mencapai tahap itu. Begitulah juga dengan blog....

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks