Home » , » Mudah Ker Online Marketing?

Mudah Ker Online Marketing?

Sebagai seorang yang masih baru dalam dunia online ni masih banyak yang perlu saya belajar. Hampir keseluruhan waktu yang saya ada saya peruntukan untuk belajar selok belok dunia online ni, khususnya perniagaan online, bukan mudah sebenarnya untuk berjaya didalam perniagaan online ni, memerlukan kesungguhan yang jitu untuk berjaya.


Amat bertuahlah kepada mereka yang sememangnya mempunyai banyak pengetahuan didalam dunia online ini kerana sudah pastinya ianya amat membantu mereka untuk terus berjaya. Tetapi walaupon mereka banyak pengetahuan didalam dunia online ini dan ada yang telah menjana wang darinya, mereka tidak akan lari dari merasai kesusahan. Tidak ada satu perkara pon didunia ini yang mudah.

Jika dilihat hari ini, terlalu banyak peluang-peluang perniagaan yang tumbuh bagaikan cendawan, dan banyak juga yang menggunakan ungkapan "Hanya bekerja 3-4 jam sehari, mampu jana ribuan ringgit" (Kata-kata saya mungkin lebih menjurus kepada MLM atau Affiliate). Setujukah anda jika saya katakan ungkapan sebegitu hanyalah gimik. Ungkapan itu hanya layak digunakan oleh mereka yang telah lama berkecimpung didalam dunia online marketing ini dan telah melalui banyak kesukaran sehingga mendapat gelaran "otai". Tetapi bagi mereka yang baru berkecimpung didalam dunia ini seperti saya, memerlukan satu usaha yang berterusan sebelum layak menggunakan gelaran tersebut.

Ramai diantara kita yang terkeliru dan terlalu taksub dengan ungkapan tersebut yang terlalu inginkan income yang pantas sebegitu terutama sekali pada mereka yang baru mengenal dunia online atau perniagaan sebegini. Tetapi harus diingat, sekali anda melibatkan diri didalam dunia ini, ianya menuntut kesabaran dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya. Bukan sekadar berangan-angan. Saya berani memberi pendapat sebegini kerana saya sendiri pernah melaluinya dimana saya sendiri telah tersungkur. Impian hanya tinggal impian. Tetapi itu semua saya anggap sebagai pengalaman dan kegagalan itu mendekatkan kita kepada kejayaan... Belajarlah dari kegagalan itu kerana kegagalan itu adalah guru terbaik.

Tidak kiralah apa jua perniagaan online yang anda jalankan, samaada menjual produk sendiri atau produk orang lain, kesabaran dan kesungguhan ini perlu menjadi bekalan diri. 2 perkara ini amat-amat diperlukan untuk menuntut ilmu didalam dunia ini. Terlalu banyak rintangan yang perlu ditempuh sebelum anda berjaya. Tanpa 2 perkara ini dalam diri, pasti akan tewas.

Saya pasti ramai diantara kita yang menginginkan perdapatan cara mudah ini yang pastinya dapat memberi kebebasan wang dan waktu, yang dapat memenuhi impian, tetapi perlu diingat, ukur baju biarlah pada badan sendiri. Sebelum menceburkan diri didalam dunia ini, ukur dahulu kemampuan diri, ilmu perlu disertakan, Jika tidak, anda tidak akan kemana-mana. Namun ilmu tanpa amal, tidak akan berjaya juga.

Mudah bukanlah beerti senang... Saya sendiri terpaksa mengorbankan banyak waktu dan wang ringgit untuk mencapai apa yang saya inginkan dan masih banyak yang perlu dipelajari.




Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment