Home » , , » Persiapkan Diri Anda

Persiapkan Diri Anda

Idea idea idea....arghhhh....aduh..nak tulis artikel, idea pula tak da. Kali ni saya bukan nak menulis apa-apa berkenaan Hyprobulks ni. Tetapi menjurus juga kepada perniagaan. Motivasi la kot. Hohoho...


Perniagaan atau bisness. Pada saya satu kerjaya yang amat menarik.Bukan menarik bila dapat imbuhannya. Tetapi menarik dari segi cabarannya. Cabaran itu akan membuatkan seseorang itu tercabar dan sekaligus menguji kemampuan seseorang itu. Kepuasan akan dirasai saat perniagaan atau bisness yang diceburi itu memberikan hasil yang diimpikan. Kepuasaan itu akan dirasai saat kejayaan itu dikecapi. Waktu itu, segala pahit maung sewaktu menghadapi kesusahan sebelum mencapai kejayaan adalah kenangan yang paling indah, yang mampu membuatkan seseorang itu mengukir senyuman. Kenapa? Kerana kejayaan itu adalah dari hasil usahanya sendiri. Dari kesabaran kegigihan dan kesungguhan. Saya faham akan perasaan ini kerana saya dari kecil sudah disemai dengan perasaan ini. Saya dari keluarga susah dan ayah saya menjalankan perniagaan kecil-kecillan sejak saya masih kecil sehinggalah sekarang.

Namun begitu ramai diantara kita yang gagal didalam perniagaan atau bisness ini. Tanpa hati yang cekal dan komitmen yang tinggi, pastinya sukar untuk mengecapi sesuatu kejayaan itu, tidak kira lah apa yang sedang dilakukan. Dengan berlatar belakangkan kehidupan saya sendiri, ramai saya lihat yang kecundang didalam cabang perniagaan ini. Kenapa? 1 sahaja alasan yang kukuh. TIDAK SANGGUP MENGHARUNGI KESUSAHAN DIDALAM PERNIAGAAN ITU.
"Susah la bang...customer tak der", "susah la bang...modal besar", "susah la bang...tak balik modal". Pada saya itu semua adalah lumrah didalam perniagaan. Dan dari kesusahan dan kegagalan itu lah kita dapat belajar sesuatu dan pelajaran itu tak kan ada didalam mana-mana buku. Saya suka akan ungkapan ini "Sesuatu kejayaan itu didatangkan berpasangan dan pasangannya adalah kegagalan. Jadi janganlah takut kepada kegagalan kerana kegagalan itu adalah guru yang terbaik. Anggaplah kegagalan itu tangga untuk kita sampai ke puncak kejayaan.

Senangnya cakap. Buat tengok... Boleh tempuh ke tak. Ya. Saya sudah pun berada dalam dunia perniagaan. Bagaimana untuk bertahan didalam perniagaan?
1) Buatlah sesuatu perniagaan itu dengan ikhlas.
" Mak, saya ingat nak buka biz lah... cari kerja merata dah ni. Tak dapat-dapat. Fade-up lah
saya"
Don't Be Like This!! Jangan ceburkan diri anda dalam perniagaan jika ianya adalah pilihan
terakhir. Jika anda fade-up mencari kerja, tidak mustahil anda fade-up jika perniagaan anda
tidak mencapai apa yang anda mahukan.
2) Perlu disertakan dengan minat yang mendalam.
Tanpa minat, sukar untuk anda kekal didalam bidang ini. Tak percaya? Anda minat bidang
sastera, tetapi dipaksa mengambil bidang sains. Boleh kah anda berjaya dalam bidang tu?
Boleh....tapi kebarangkaliannya sangat sedikit...mungkin 10%. Kerana minat boleh dipupuk :)
3) Setkan matlamat anda.
Sebelum menceburkan diri dalam bidang ini, cermin diri terlebih dahulu. Adakah anda
melakukannya sekadar suka-suka atau untuk mengubah hidup atau ingin berdikari. Kalau
sekadar suka-suka tu tak payah lah. Buang masa, buang tenaga, buang duit.
4) Jangan sekadar mengikut orang.
"Wow!!! Brader tu berjaya beb buat biz. Cawangan burger dia ada 10. Aku ingat nak jual
burger jugaklah" My advice.... DON'T!! YOU WILL FAIL!! Betul untuk berjaya dengan
jejak orang yang berjaya, tetapi perlu diingat... sekadar mengikut jejak...belum cukup syarat.

Dengan termetrinya kesemua elemen ini dalam diri anda, saya percaya, rintangan yang bakal mendatang mampu anda tepis dengan "senyuman" dan rintangan itu diibaratkan seperti
barang mainan yang menggembirakan.

Huhuhu...tak der idea? Boleh tahan juga panjang artikel ni...hehehe

Sekian.


Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment