Home » , » Tema Apa Nak Ditulis

Tema Apa Nak Ditulis


Saya bukanlah seorang yang arif didalam dunia blog ni. Baru je setahun jagung. Masih banyak yang perlu dipelajari. Tapi sedikit sebanyak basic-basic tu adalah. Kalau sebelum ni saya ada menulis artikel "Ada Apa Dengan Blog", hari ni saya nak menulis pula berkenaan tip berblog.

Kepada anda yang baru sahaja mengenal dunia blog ni dan terasa ingin berblog, tentu tidak tahu berkenaan apa blog itu hendak ditulis bukan. Nak register senang, setting blog boleh la dikatakan senang juga. Tapi sampai bab nak menulis artikel, terkedu sekejap, tak tau nak tulis apa... Nak tulis 1 artikel pon susah, makan masa nak dapatkan 1 idea... Akibatnya blog hanya tinggal blog...tak der idea nak menulissss...

Hasil dari pengalaman saya yang ciput ni, sebelum create sesuatu blog, fikirkan dahulu apakah tema yang anda inginkan pada blog anda itu. Pilihlah tema yang mana tema tu nanti mampu memberikan anda idea yang mencurah-curah, pilihlah sesuatu tema yang anda fikirkan anda arif didalam tema itu. Apakah tema ni (suka hati je letak perkataan tema..hehehe) Maksud saya tema ni topik. Topik-topik yang akan anda cerita atau tulis didalam blog anda itu nanti. Contoh tema dunia hiburan, dunia selebriti, dunia sukan, dunia perniagaan, atau apa-apa sahaja yang anda rasakan sesuai. Tak kurang juga yang berblog yang menceritakan kehidupan dirinya sendiri. Jadi dengan menetapkan tema ini, anda seperti mempunyai satu guide untuk membantu anda menulis dan mencari idea.

"Jadilah diri anda sendiri". Eh, apa kena mengena pula ungkapan ni? hehehe... Masih berkisar tentang tajuk artikel ni juga. Maksud ungkapan saya tu adalah janganlah terpengaruh dengan satu-satu blog yang ramai pelawatnya kerana temanya. Kerana inginkan pelawat yang ramai, kita turut mengikut tema blog yang ramai pelawat tersebut yang kita sendiri tidak tahu apa-apa berkenaan tema tersebut. Akibatnya...... :)
Untuk berblog dan mendapatkan ramai pelawat, bukan semata-mata tema, tetapi teknik... Rasanya yang mana dah lama kenal dunia blog ni tahu maksud saya ni. Pada yang baru mengenali dunia blog ni, anda pasti akan faham satu hari nanti :)

Sekali lagi saya tekankan disini, saya bukanlah seorang yang arif didalam dunia blog, banyak yang perlu dipelajari. Artikel ni saya tulis sekadar ingin berkongsi.... Kalau ada salah betulkanlah ye... :) Saya juga budak baru belajar....

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment