Baru-baru ni saya ada baca satu artikel tentang 10 Kesilapan Dalam Perniagaan Ebiz Dari Saudara Radzuan... Bagus untuk Newbie-newbie diluar sana macam saya ni untuk merenung diri. Berinformasi artikelnya. Selepas saya baca artikel saudara Radzuan, terus memberi idea kepada saya untuk menulis post kali ni... MIND SET.
Sebelum kita memulakan sesuatu biz atau melakukan sesuatu perkara, amatlah perlu untuk kita setkan dahulu minda kita. Set bagaimana? Contoh dalam perniagaan internet ni, perlulah kita setkan dahulu minda kita tujuan apa kita buat sesuatu tu, macam saya, saya buat blog untuk mendapatkan income sampingan disamping berblog. Apa yang saya setkan adalah blog saya mampu untuk memberi sedikit pendapatan kepada saya walau sedikit disamping berkongsi dan belajar sesuatu yang baru. Tetapi jangan lah salah paham disini, bukannya kita buat sesuatu hari ni akan terus menampakkan hasilnya, Set hari ni, terus tercapai esoknya. Buat blog hari ni terus dapat duit esok. Tidak. Sebelum kita mencapai apa yang telah disetkan di minda, kita perlulah melakukan sesuatu untuk mencapainya. Memang betul saya setkan minda saya untuk mendapatkan pendapatan dari blog ni, tapi jika saya tidak update blog saya, tidak membuat artikel-artikel baru, tidak berusaha uhntuk mendapatkan pelawat, sampai bila-bila pon blog saya tak kan menyumbangkan pendapatan kepada saya, walaupon siang malam saya setkan minda saya tu. Macam ladang lah, kalau kita tak berkebun, tak menjaganya, bagaimana kita nak mendapatkan hasil.
Maksud saya disini Mind Set ini adalah perlu untuk guard kita supaya apa yang kita buat itu tidak lari dari matlamat sebenar. Jika kita tidak setkan minda kita, maka huru hara lah jadinya, sehinggakan kita sendiri tidak tahu apa yang kita buat. Selepasa kita setkan minda, fikirlah pula bagaimana untuk mencapai apa yang telah disetkan, apa yang perlu dilakukan. Jangan lari dari apa yang telah disetkan.
Perjalanan saya masih jauh untuk mencapai apa yang saya setkan, maklumlah newbie, banyak yang perlu belajar. Buat masa ni saya sedang berusaha untuk menghampiri apa yang telah saya setkan.
Mudah untuk kita setkan minda, tapi mudah atau sukar untuk mencapainya bergantung padadiri masing-masing.
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
0 comments:
Post a Comment