Osman Kering Meninggal Dunia

Osman Kering Meninggal Dunia
Osman Kering Meninggal Dunia 
Assalamualaikum rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung Amry's Blog. Entry ni aku tulis dengan penuh rasa sedih di hati.

Masih ingat berita berkenaan pelakon dan pelawak veteran Osman Kering telah meninggal dunia baru-baru ini? Jika berita kematian Osman Kering sebelum ini mungkin disebabkan sedikit kesilapan atau salah faham, kini... Pelakon dan pelawak Osman Kering telah pun pergi meninggalkan kita pada 29 Jun 2012 pada jam 3.45 petang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat batuk kering.

Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al Najihin, Bandar Seri Permaisuri dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang Petaling Jaya selepas Maghrib

-------------------------------------

Walaupun aku tak pernah jumpa arwah Osman Kering, tapi kehilangan dia tetap dirasa. Suatu masa dulu arwah pernah menghiburkan kita, kini dia telah kembali mengadap Pencipta kita. Kalau dulu tercuit hati dengan lakonan-lakonan arwah, kini semua tinggal kenangan....

Bagaimana orang yang meninggal itu orang yang dekat dengan kita?
Bagaimana pula jika kita yang pergi? Adakah saudara-saudara kita, rakan-rakan kita akan mengingati kita? :'(

Al-Fatihah untuk arwah Osman Kering. Semoga roh Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin

0 comments:

Post a Comment

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks