Home » , » CUEPACS Cadang Cuti Tanpa Rekod

CUEPACS Cadang Cuti Tanpa Rekod

CUEPACS Cadang Cuti Tanpa Rekod Untuk Tunai Umrah
CEUPACS Cadang Cuti Tanpa Rekod Untuk Tunai Umrah 
Kongress Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sedang membuat usul rasmi kepada kerajaan berhubung pemberian cuti tanpa rekod kepada penjawat awam yang ingin menunaikan umrah.

"Bermula Januari 2009, cuti rehat penjawat awam dikurangkan dari 30 hingga 35 hari kepada 17 hingga 25 hari. Penjawat awam hanya dibenar mengambil cuti tanpa rekod untuk aktiviti-aktiviti melibatkan negara atau negeri sahaja dan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menunaikan umrah.
Ramai penjawat awam yang menunaikan umrah terpaksa mengambi cuti rehat atau cuti tanpa gaji. Jadi kita minta kerajaan mempertimbangkan semula cuti tanpa rekod untuk penjawat awam menunaikan umrah" Kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman kepada pemberita.

Pemberian gaji tanpa rekod untuk menunaikan Umrah kepada penjawat awam dicadang memandangkan ramai penjawat awam, terutama wanita terpaksa mengambil cuti rehat atau cuti tanpa gaji untuk menguruskan pelbagai perkara.

CUEPACS juga mengusulkan pemberian cuti tanpa rekod kepada penjawat awam bukan Islam sekiranya mereka ingin melancong sambil belajar tetapi dengan syarat perlu pergi secara berkumpulan.

Omar berkata CEUPACS akan membawa usul itu menerusi permohonan penambah baik kebajikan penjawat awam selaras dengan usaha kerajaan menambah baik perkhidmatan awam menerusi Penubuhan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam

Sumber CUEPACS Cadang Cuti Tanpa Rekod - Sinar Harian

-----------------------------------------------

Cadangan yang baik. Kalau aku penjawat awam aku pun suka.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment