Home » , » Bendera PAS, PKR Bagan Serai Dikoyak

Bendera PAS, PKR Bagan Serai Dikoyak

Bendera PAS, PKR Bahagian Bagan Serai Kena Koyak

Bendera PAS, PKR Bagan Serai Kena Koyak
Pemuda PKR Bagan Serai Menunjukkan bendera PR yang dikoyak
 


BAGAN SERAI - PKR Cabang Bagan Serai kesal tindakan pihak bertindak mengoyakkan empat bendera Pas dan satu bendera PKR di sepanjang jalan ke Kampung Parit Haji Ismail, dekat sini.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR Parlimen Bagan Serai, Jamaluddin Masri berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dua hari lalu apabila seorang ahli PKR melihat beberapa bendera Pas dan PKR ditemui di atas jalan raya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) rugi hampir RM600 dan pihaknya kini menyerahkan tindakan selanjutnya kepada Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak.

“Susulan insiden itu, saya bersama lebih 50 ahli pemuda PKR cabang Bagan Serai memprotes pihak yang sengaja mengoyakkan bendera kami.

“Tindakan itu seolah-olah menunjukkan ada unsur provokasi yang cuba melagalagakan kami dengan Barisan Nasional (BN) dan saya tidak menolak kemungkinan untuk membuat laporan polis sekiranya mendapat restu MPN PKR Perak,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Menurutnya, kejadian itu bukan yang pertama berlaku dalam Parlimen Bagan Serai kerana banyak poster dan bendera PR yang dipasang, dikoyak atau ditampal dengan poster parti lawan sebelum ini.

“Kami enggan membuat dakwaan melulu, tetapi saya harap pihak terbabit menghentikan perbuatan tidak bermoral itu. Jagalah kesucian demokrasi negara ini,” katanya.


Sumber Bendera PAS, PKR Bagan Serai Dikoyak - SinarHarian

-----------------------------------------------------------

Tempat aku niiiiiiiiiiiiiiiiiiiii................... Aduhaiiiiii

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment