Nissan Grand Livina Baru Diperkenal - Nissan Grand Livina Kit Impul
Grand Livina merupakan sebuah kenderaan MPV keluaran Nissan yang mana antara salah satu kenderaan MPV yang mendapat jualan terlaris di pasaran. Meneruskan kejayaan itu, Nissan telah menghasilkan satu lagi model baru Gran Livina yang mana kali ini mendapat kemasan daripada Impul - Grand Livina Tuned By Impul.
Berbanding dengan model Grand Livina yang dikeluarkan sebelum ini, Grand Livina Tuned By Impul ini diberi suntikan baru dengan sedikit kemasan pada bahagian bodykit serta kabin.
Diserlahkan dengan rekabentuk gril berwarna krom sepenuhnya ditambah dengan cermin sisi yang dilengkapi dengan lampu isyarat LED baru. Pada bahagian kabin, terdapat perubahan pada konsol meter kelajuan berlatarbelakangkan warna putih agar mudah dibaca pemandu. Selain itu, model baru Gran Livina ini juga dilengkapi dengan satu unit pemain audio bersama input auxiliary untuk kegunaan alat audio mudah alih.
Didalam memberikan sentuhan mewah pada model baru ini, Nissan menampilan kemasan kayu pada bahagian konsol tengah dan separuh pada bahagian atas stereng tetapi hanya terdapat pada model 1.8L sahaja.
Masih mengekalkan kuasa enjin MR18DE 1.8L yang dipadankan dengan transmisi 4 kelajuan auto. Mampu menghamburkan kuasa sehingga 126ps pada kelajuan 5200rpm dan kuasa kilas 174Nm pada 4800rpm.
Sesuai dengan suntikan kuasa yang diberikan, Nissan Grand Livina mampu memberikan pecutan tanpa perlu memaksa enjin.
Grand Livina model baru ini dijual pada harga RM98,815,30 termasuk insurans dan jaminan selam 3 tahun atau jarak pemanduan sejauh 100,000KM (yang mana dahulu)
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
DULU DAH NYARIS AKU PAKAI GRAND LIVINA..
ReplyDeletesalam singgah ikut kamu di blog....terasa ingin bertukar kenderaan tp tgh memikir yg mana satu .
ReplyDelete