Home » , » Kilang Pengeluar Keluli Di Pasir Gudang Terbakar

Kilang Pengeluar Keluli Di Pasir Gudang Terbakar

Kilang Pengeluar Keluli, Kiswire Cord Sdn. Bhd. Di Pasir Gudang Terbakar

PASIR GUDANG – Sebuah kilang membuat produk berasaskan keluli di Jalan Nibong, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat di sini terbakar semalam mengakibatkan operasi pengeluarannya terhenti.
Kebakaran di kilang Kiswire Cord Sdn. Bhd. (Malaysia) yang membuat antara lain kawat tepi tayar, kawat keluli dan kawat hos dipercayai bermula dari sebuah mesin bahagian pengeluaran pukul 6.30 petang.
Api kemudian menjilat sebahagian daripada siling bangunan pengeluaran yang diperbuat daripada bahan fiber.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Jamaludin Mohd. memberitahu pemberita pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.32 petang sebelum mengejarkan dua jentera bersama 30 anggota ke tempat kejadian.
“Pasukan bomba yang tiba pukul 6.46 petang berjaya mengawal kebakaran kira-kira setengah jam kemudian dan keseluruhan api dipadamkan pada pukul 7.45 malam,” katanya.
Kerja memadam kebakaran dibantu oleh dua jentera dari balai Bomba Johor Baharu dan sebuah dari Johor Jaya selain 20 anggota pasukan keselamatan kebakaran kilang tersebut.
Jamaludin berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.
Kiswire Cord Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 2004 adalah anak syarikat Kiswire Ltd, sebuah syarikat Korea Selatan yang beribu pejabat di Sooyoung-ku, Busan.— BERNAMA
------------------------------------------------------------------------------
Antara risiko bekerja dengan pihak swasta/kilang. Musibah seperti ni pasti akan memberi kesan kepada pekerja-pekerja kilang tersebut.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment