Home » , » Petua Menurunkan Berat Badan

Petua Menurunkan Berat Badan

Tips Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat
Tips Dan Petua Menurunkan Berat Badan 
1. Kunyah makanan dengan lebih lama. Ini akan mempercepatkan proses penghadaman dan membuatkan anda cepat berasa kenyang.

2. Kurangkan pengambian makanan yang kurang sihat seperti makan yang mengandungi banyak lemak, mengandngi paras gula yang tinggi, bergas, dan makanan ringan.

3. Kurangkan pengambilan nasi. Sekiranya berasa lapar, makan lah buah-buahan atau sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. (Jangan diet sehingga menjejaskan kesihatan)

4. Jangan makan pada lewat malam atau jangan mengambil makanan 3 jam sebelum anda masuk tidur.


5. Sekiranya anda terjaga dari tidur pada waktu malam kerana lapar atau anda bekerja pada waktu malam, perbanyakkan minum air kosong serta buah, jangan mengambil makanan yang berat seperti nasi.

6. Jangan melepaskan atau melewatkan waktu makan seperti waktu makan tengah hari. Ini kerana anda hanya menurunkan metabolisme badan semata-mata. Langkah terbaik adalah mengambil makanan sederhana 5-7 hidangan sehari.

7. Kawal nafsu makan anda kerana kegagalan mengawal nafsu makan akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya.

8. Jika masih gagal mengawal nafsu makan anda, anda boleh gunakan 'protein shakes' dan makan 2 kali sehari diantara hidangan. Contoh antara sarapan dan makan tenag hari sekali dan antara makan tengah hari dan makan malam sekali.

9. Anda boeh mengambil pil diet tetapi ianya hanya akan sia-sia sekiranya cara pemakanan anda tidak betul dan sihat.

10. Perbanyakkan aktiviti fizikal seperti berjalan 400m sehari atau menaiki tangga. Ini dapat mempercepatkan pembakaran kalori didalam tubuh.

11. Lakukan senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur di waktu pagi dan puang kerja di waktu petang. Lakukan 20 kali setiap set dan tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' sedikit demi sedikit sehingga mencapai 100 kali setiap set. Dengan cara ini anda bukan sahaja mampu menurunkan berat badan malah mendapat body shape yang cantik terutama lelaki.

Sumber Petua Menurunkan Berat Badan :- Eksaiklopedia Petua Melayu Lama

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment