21 Pelatih PLKN Kuala Nerang Dijangkiti H1N1

21 Pelatih PLKN Kem Dusun Resort Kampung Pisang Kuala Nerang Terkena Jangkitan H1N1

Seramai 21 pelatih PLKN Kem Dusun Resort Kampung Pisang di Kuala Nerang dimasukkan ke Hospital Kuala Nerang (HKN) akibat dijangkiti wabak infuenza A (H1N1) 3 hari lalu.

Sehingga kini, 6 pelatih telah dibenarkan pulang manakala 15 lagi masih ditahan di HKN.

Sebelum itu, seramai 70 pelatih daripada keseluruhan 300 orang pelatih dikejarkan ke HKN untuk menjalani pemeriksaan kerana mengalami batuk, demam dan selesema. Namun hanya 21 pelatih sahaja yang disahkan terkena jangkitan influenza A H1N1.

Pemantauan rapi sedang dijalankan bagi memastikan kesemua peatih mendapat rawatan sewajarnya. Kata pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat.

Beliau juga memberitahu kesemua 15 pelatih yang masih ditahan di HKN kini berada dalam keadaan stabildan akan pulih dalam beberapa hari lagi.

Makumat daripada beberapa pelatih di kem tersebut tersebut terdapat 10 pelatih yang dikuarantin di kem tersebut.

Sumber 21 Pelatih PLKN Kuala Nerang Dijangkiti H1N1 - Berita Harian Online

Walaupun terdapat kes influenza A H1N1 di Kem tersebut, tiada arahan untuk menutup kem tersebut tetapi ianya diletakkan dibawah pengawasan Jabatan Kesihatan Negeri. Sehubungan itu, kesemua pelatih dan kakitangan PLKN di Kem tersebut diwajibkan memakai topeng muut dan hidung .

0 comments:

Post a Comment

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks