Home » , , » Umur Persaraan 2013 Dilanjutkan

Umur Persaraan 2013 Dilanjutkan

Umur Bersara Dilanjutkan Kepada 60 Tahun Pada 2013

Undang-Undang Persaraan Minimum pekerja swasta dibentang di Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR: Umur persaraan minimum pekerja swasta dilanjutkan sehingga 60 tahun berkuat kuasa Januari tahun depan berbanding 55 tahun sekarang.



Mengikut Rang Undang-Undang Persaraan Minimum 2012 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam, majikan tidak boleh memaksa pekerja bersara sebelum mencapai umur 60 tahun dan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 jika berbuat demikian.


Bagaimanapun, pekerja boleh membuat pilihan untuk bersara lebih awal menerusi persetujuan dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif (CA) dengan majikan.


Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, ketika membentangkan rang undang-undang itu juga berkata, apabila berkuat kuasa kelak, semua kontrak perkhidmatan umur persaraan kurang daripada 60 tahun akan terbatal.



"Umur persaraan dalam kontrak yang dibuat sebelum, pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa akta ini yang lebih rendah daripada umur persaraan minimum 60 tahun, terbatal dan digantikan dengan umur persaraan baru. Mana-mana terma dalam kontrak perkhidmatan berhubung umur persaraan juga terbatal jika bercanggah dengan akta itu,” katanya.



Akta itu juga membenarkan pekerja yang dibersarakan lebih awal mengadu secara bertulis kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja dalam tempoh 60 hari daripada tarikh persaraan.



Jika Ketua Pengarah berpuas hati aduan itu berasas, arahan boleh dikeluarkan kepada majikan untuk mengembalikan pekerja pada pekerjaan asal dan membayar semula tunggakan gaji bermula tarikh dibersarakan sehingga tarikh pengembalian semula. 
Sebagai pilihan, Ketua Pengarah boleh mengarahkan majikan membayar pampasan kepada pekerja itu tidak lebih daripada jumlah keseluruhan gaji yang sepatutnya diterima dari tarikh dibersarakan sehingga tarikh pekerja mencapai umur persaraan wajib.



Sementara itu, rang undang-undang itu tidak terpakai bagi pekerja yang diambil secara tetap, sementara atau kontrak dan menerima emolumen kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan.



Ia juga tidak terpakai bagi pekerja dalam tempoh percubaan, bukan warga Malaysia, perkhidmatan domestik, pekerja yang tempoh kerjanya kurang daripada 70 peratus waktu bekerja biasa pekerja sepenuh masa dan pelajar yang bekerja secara kontrak untuk tempoh sementara.



Pekerja yang bersara pada umur 55 tahun atau lebih sebelum penguatkuasaan rang undang-undang ini dan kembali bekerja selepas itu juga tidak tertakluk kepada akta itu.

Sumber Umur Persaraan 2013 Dilanjutkan - BHarian Online

---------------------------------------------------------------------

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment