Home » » Kaedah Baru Untuk Diet

Kaedah Baru Untuk Diet

Saintis Jepun Temui Kaedah Baru Untuk Mengawal Pengambilan Makanan
Kaedah baru mengawal pengambilan makanan 

TOKYO - Sekumpulan penyelidik Universiti Tokyo, Jepun berjaya mencipta gogal untuk digunakan semasa diet bagi tujuan untuk menguruskan badan.
Gogal tersebut akan menyebabkan si pemakainya mendapati sekeping biskut kecil yang dipegangnya mempunyai saiz lebih besar.
Terdapat kamera pada gogal itu yang menghantar imej biskut kecil tersebut kepada komputer.
Komputer tersebut kemudian akan membesarkan imej biskut yang kecil itu.
Dalam beberapa eksperimen yang diadakan, sejumlah sukarelawan didapati berjaya mengurangkan pengambilan biskut hampir 10 peratus.
Keadaan itu berlaku kerana biskut yang dimakan mereka kelihatan 50 peratus lebih besar.
Seorang penyelidik di universiti tersebut, Profesor Michitaka Hirose berkata, teknologi itu menunjukkan komputer boleh digunakan untuk memperdayakan minda manusia.
Namun, pasukan penyelidik tersebut masih belum memutuskan untuk mengkomersialkan ciptaan mereka itu. - Agensi
Sumber Kaedah Baru Untuk Diet - Kosmo! Online
------------------------------------------

Perut hanya memproses makanan yang dimakan untuk dihadam serta memberikan tenaga pada tubuh. Otak akan membuat tafsiran serta memberitahu perut bahawa makanan yang diambil telah mencukupi.

Diet secara sihat tanpa memudaratkan badan dengan menahan lapar serta pengambilan ubat-ubatan yang mempunyai bahan kimia.

Kalau dikomersialkan, berapa harganya ya agak-agak :)

p/s : Respect kat orang jepun sebab ilmu teknologi diorang hebat walaupun bahasa inggeris diorang hancur!


Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. BRO.. KAU MACAM TAU JE BADAN AKU TENGAH NAIK.. ADUHAI.. MANA MAU DAPAT BENDA TU.. NAK BELI NI.. :)

    ReplyDelete
  2. @fairusbadan ko naik?bahagian mana tu?perut ker?hehehe.....jogging ler bro...kasi fit balik..benda tu belum dijual derrr...

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment