Home » , » Pembantu Rumah Indonesia Kembali Berkhidmat

Pembantu Rumah Indonesia Kembali Berkhidmat

Republik Indonesia Menarik Kembali Pembekuan Kemasukan Pembantu Rumah Indonesia


Presiden PAPA, Jeffrey Foo bersama kumpulan pertama pembantu rumah yang dibawa masuk ke Malaysia
Setelah pembekuan kemasukan pembantu rumah indonesia 2 tahun lepas diatas kes penderaan pembantu rumah, Republik Indonesia menarik kembali pembekuan kemasukan pembantu rumah dari republik tersebut pada Disember lalu. Kumpulan pertama pembantu rumah dari Jawa Timur telah dibawa masuk oleh Persatuan Agensi Pekerja Asing Malaysia (PAPA)

Kedua-dua pemimpin negara Malaysia dan Indonesia telah mencapai kata sepakat untuk menarik kembali pembekuan kemasukan pembantu rumah Indonesia setelah membuat pertemuan pada Oktober dan November tahun lalu.

Kemasukan kumpulan pertama pembantu rumah Indonesia yang berjumlah 29 orang itu adalah mengikut memorandom persefahaman (MoU) yang dipersetujui kedua-dua negara sebelum ini. Memorandum tersebut diwujudkan untuk menjamin kebajikan pembantu rumah dari negara tersebut dimana majikan diwajibkan untuk membuka satu akaun khusus untuk membolehkan gaji pembantu rumah tersebut disalurkan secara terus ke akaun tersebut. Akaun tersebut dinamakan atas nama pekerja tersebut yang mana akaun tersebut akan dikawal selia dari masa ke semasa untuk memastikan tidak ada unsur manipulasi.

Syarat Perjanjian Pengambilan Pembantu Rumah Indonesia Didalam Memorandum Persefahaman

Passport disimpan oleh pembantu rumah itu sendiri
(Atas tujuan keselematan, majikan boleh menyimpan passport tersebut)
Membuka akaun khas untuk pembantu rumah atas nama pembantu rumah tersebut.
Gaji disalurkan secara terus ke dalam akaun tersebut.
Pemantauan akaun dari masa ke semasa untuk mengelakkan manipulasi.
Menetapkan gaji sebanyak RM700 sebulan.
(RM700 sebulan tanpa kerja lebih masa, sehari RM27 jika kerja lebih masa)
Diberi cuti sehari seminggu.
(Majikan berhak memilih hari cuti yang ingin diberikan)
Pembayaran sebanyak RM4,511 untuk pengambian seorang pembantu rumah.

Skop Kerja Pembantu Rumah

Pembantu rumah ini hanya diberi latihan didalam menjalankan kerja-kerja rumah seperti mengemas, membasuh dan memasak. Mereka tidak diberi latihan didalam penjagaan bayi atau kanak-kanak serta orang tua. Presiden PAPA, Jeffrey Foo menegaskan bahawa majikan boleh meminta mereka menjaga anak kecil atau orang tua tetapi jangan salahkan mereka jika mereka tidak dapat menjalankan tugas tersebut dengan betul.

--------------------------------------------------------------

Pada pandangan aku, dari segi pembayaran gaji ok kot. Sebab ada pemantauan akaun bank kan. Tapi aku rasa yang selalu kita dengar bukan masalah pembayaran gaji tetapi penganiayaan. Kadang kita dengar pembantu rumah didera, anak majikan didera. Memorandum perjanjian (MoU) ni macam tak skop bahagian ni aku tengok. Aku rasa ada baiknya jika agensi pembantu rumah tu sendiri membuat pemantau dari masa ke semasa terhadap pembantu rumah ni. Mungkin agensi tersebut boleh meminta pembantu rumah tersebut melaporkan diri mereka ke agensi dari masa ke semasa untuk mengelakkan dari berlakunya penderaan terhadap pembantu rumah tersebut. Kalau bab penderaan kanak-kanak oleh pembantu rumah, majikan boleh juga mengadu kepada agensi untuk diambil tindakan. Agensi atau agen perlu memainkan peranan penting untuk mengelakkan dari sebarang perkara yang tidak diingini seperti penderaan atau penipuan. Kadang pembantu rumah ni tak tahu nak laporkan kepada siapa jika mereka didera. Yang si majikan ni pula kalau pembantu rumah tu buat kerja dengan betul tak perlulah sampai mendera. Sekali sekala buat pemantau prestasi kerja diorang. Agak-agak ada yang tak kena, tanya lah pembantu rumah tu kenapa kenapa kenapa. Kalau tak lapor terus kepada agen.

Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Karam Sing walia melaporkan..Eh.... maksudnya jangan terlalu percaya atau terlalu baik pada pembantu rumah. Buat pemantaun. Takut-takut diorang buat hal di belakang disebalik kesungguhan diorang berkerja. Tak dinafikan ada pembantu rumah ni songlap duit majikan. Tapi ada juga yang ikhlas bekerja untuk mencari rezeki untuk keluarga diorang kat sana. Tapi jangan lah buat jahat sampai simbah air panas, buat cop mohor iiron baju atas badan diorang. Pembantu rumah juga manusia.....

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment