Home » » Larangan Menjual Pakaian Ketat Di Aceh

Larangan Menjual Pakaian Ketat Di Aceh

Aceh Haramkan Penjualan Pakaian Ketat

Aceh Haramkan Penjualan Pakaian Ketat 




BANDA ACEH 8 Jun - Premis-premis perniagaan di wilayah Aceh, tidak lama lagi akan diharamkan menjual pakaian yang ketat.

Pengumuman itu dibuat selepas polis Syariah di Banda Aceh menahan dan menegur lebih 50 wanita dan tiga lelaki kerana melanggar kod berpakaian secara Islam, termasuk memakai pakaian ketat dan pendek.

Ketua penguatkuasa agensi yang memantau pelaksanaan undang- undang Syariah di Aceh, Samsuddin berkata, pejabatnya akan mengeluarkan satu pekeliling yang akan mengharamkan premis-premis perniagaan menjual pakaian ketat.

''Gabenor Aceh yang baru dipilih juga menyokong pelaksanaan undang-undang Islam itu," kata Samsuddin.
Polis Syariah di Aceh sering melakukan rondaan untuk menguatkuasakan undang-undang Islam dan mengharamkan kelakuan tidak wajar antara pasangan yang belum berkahwin.

Pegawai akan merekodkan butiran peribadi mereka yang ditahan melakukan kesalahan, menasihati mereka dan memaklumkan bahawa mereka mungkin akan dipenjara atau dirotan jika ditahan sekali lagi.

Menurut Samsuddin, agensinya telah menahan kira-kira 300 wanita yang melanggar kod berpakaian secara Islam dalam tempoh dua bulan lalu. - DPA

Sumber Larangan Menjual Pakaian Ketat Di Aceh - Utusan Online

-------------------------------------------------------------

Aku sokong. Kenapa aturan ni tak buat kat Malaysia yer? Ada daaa... Mencegah lebih baik dari merawat. Eh.. Maksudnya daripada benda tu dah jadi bagus kita kawal dari punca dia... Cara pemakaian salah satu sebab berlakunya perkara-perkara yang tak elok tu. Kat Malaysia bukan setakat ketat.... Terjojoi dah mak cakapppp... Ala you ni.... :P

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment