Apa Rasanya Andai Kita Cacat

Bagaimanakah Perasaan Kita Andai Kita Cacat?

2 Hari idea ni terlintas baru sekarang aku nak tulis. Cacat ada 2. Cacat sejak lahir dan cacat akibat satu-satu kemalangan yang asalnya sempurna sifat.

Bagaimana perasaan kita andainya kita yang asalnya sempurna mata tangan kaki telinga jari semua pancaindera tiba-tiba................................. Salah satu daripada anggota badan kita mengalami kecacatan. Dapatkah korang bayangkan perasaan tersebut? Lihat anggota badan korang sekarang. Sempurna? Cuba bayangkan jari korang yang cukup 10 itu kehilangan 1 jari. Atau kehilangan sebelah tangan yang sekarang ini anda cukup selesa dengan kedua-dua tangan itu. Atau kaki korang yang sekarang boleh berlari tiba-tiba korang kehilangan sebelah kaki dan korang terpaksa menggunakan tongkat atau kerusi roda untuk berjalan. Bagaimana rasanya nya?

Pernah tengok tv, bila pelakon tu cacat, bagaimana keadaan dia? Seperti orang yang sudah hilang semangat untuk hidup. Moral down. Rasa hidup ni seperti tidak ada maknanya lagi. Sebelum ni kalau aku tengok lakonan-lakonan macam tu macam tak ada kesan kat hati aku. Sekarang.......

Wait... Bukan aku yang cacat.... Baru-baru ni salah seorang rakan kilang aku mengalami kemalangan di tempat kerja. 1 kilang dengan aku juga, cuma lain bahagian. Nasib kurang baik, jari dia tersepit pada pintu sewaktu pinti tu tertutup (Pintu tertutup dengan kuat disebabkan perbezaaan tekanan udara diantara dua medium) Akibatnya........................
Jari dia putus!! Separas kuku jari... Aku agak terkejut dengan kejadian tu sebab aku tak ada ditempat kejadian. Tapi aku ada tengok gambar jari di ayang putus tu, kawan aku ada ambil gambar jari tu. Tiba-tiba aku tersedar.... Kalau perkara tu jadi kat aku........................... Dapatkah aku terima?? Walupun separas kuku, ia tetap memberi kesan kepada seseorang itu yang menganggap dia sudah cacat. Kalau jadi kat aku tentu aku sedih juga. Kawan aku tu seorang yang ceria. Lepas kejadian tu aku tak tahu macam mana keadaan dia. Tak sempat lawat dia lagi....

Moral of the story.
Nikmatilah kesempurnaan yang telah dikurniakan kepada kita.
Moga kawan aku tu cepat sembuh dan semangat dia kembali pulih seperti sedia kala.




0 comments:

Post a Comment

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks