Belajar Bina Laman Web

Belajar Bina Laman Web Dan Sistem Autoresponder

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah anda seorang yang ingin memiliki laman web tetapi tidak tahu caranya. Atau anda mempunyai perniagaan dan ingin memasarkan perniagaan anda di internet tetapi tidak tahu caranya.

Tahniah, jika itu keinginan anda, anda telah mengorak satu langkah ke hadapan untuk menempa kejayaan didalam dunia internet. JIka anda tanya kepada internet-internet marketer, untuk berjaya didalam perniagaan internet, laman web serta sistem autoresponder adalah suatu KEMESTIAN.

Mengapa Perlunya Laman Web

Ini kerana laman web bertindak sebagai sebuah kedai atau banggunan perniagaan anda didalam dunai maya atau dunia internet tersebut. Sama seperti jika anda membuka pernaiagaan di dunia realiti ini dimana anda memerlukan sebuah banggunan untuk anda meletakkan produk-produk anda atau menceritakan perkhidmatan yang anda tawarkan. Tanpa banggunan perniagaan tersebut agak sukar untuk anda jalankan pernaiagaan anda tadi tetapi ianya tidak mustahil. Begitu juga jika anda ingin menjalankan perniagaan di internet dimana laman web akan bertindak sebagai banggunan perniagaan anda.


Apakah Sistem Autoresponder

Setelah anda mempunyai laman web, anda memerlukan sebuah sistem autoresponder. Sistem autoresponder adalah sebuah sistem yang akan bekerja untuk anda 24 jam sehari 7 hari seminggu secara berterusan. Jika anda mempunyai banggunan perniagaan, semestinya anda memerlukan pekerja untuk pekerja tersebut melayan pelanggan-pelanggan anda, untuk pekerja tersebut menceritakan produk-produk yang terdapat didalam premis anda, untuk pekerja tersebut memujuk pelanggan tersebut untuk mendapatkan produk daripada perniagaan anda tadi. Sama lah konsepnya dengan sistem autoresponder. Sistem autoresponder ini akan bertindak sebagai seorang jurujual atau pekerja didalam laman web anda yang akan mendekati pelanggan-pelanggan anda seterusnya mendapatkan produk anda.

Kos Yang Diperlukan Untuk Membina Laman Web Serta Sistem Autoresponder

Bergantung kepada kualiti servis yang disediakan oleh penyedia laman web atau sistem autoresponder yang anda pilih. Ada yang mahal ada yang murah, dan anda perlu membayar kos laman web serta sistem autoresponder tersebut per bulan selama laman web serta sistem autoresponder anda itu aktif.

Mudah Ker Nak Bina Laman Web

Teramat mudah! Tetapi jika anda tidak belajar atau mengetahui asasnya, ianya akan menjadi susah :)
Saya juga dahulu tidak tahu bagaimana untuk membina laman web. Saya juga dahulu tidak tahu apa itu sistem autoresponder, tetapi atas minat serta menyedari kepentingan memiliki laman web, saya belajar sedikit demi sedikit. Alhamdulillah kini saya mampu menghasilkan laman web saya sendiri tanpa bantuan sesiapa.


1 comments:

  1. MASA BELAJAU KAT "U" DULU, ADA BELAJAR JUGA BUAT LAMAN WEB.. TAPI SEKARANG DAH LUPA, PASAL KERJA LAIN DARI APA YANG DIBELAJAR;.. :)

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks