Etika Blogging

Bercakap pasal etika didalam blogging ni banyak juga etikanye. Entry aku ni aku sentuh satu jer. Spamming!!!!
Panas la aku yang suka suki letak link biz dalam entry-entry aku ni.. Lari topik plak tu.... Alo... Aku pun ada gak buat biz kat internet ni, TAPI AKU TAK DER LA NAK MAIN SPAM-SPAM PAKAI BEDAL JER LETAK LINK AKU DALAM BLOG ORANG LAIN. ETIKA LA SIKIT!! Kalau yer pun mintak izin la dulu. Ini suka hati kau jer nak letak!! Mintak mahap la kalau komen yang macam tu memang aku remove laaaaa..... Kalau ko mintak izin kot aku fikir juga nak kasi tak kasi letak link biz ko tu...

Ini jenis masuk rumah orang tak kasi salam terus suh orang beli barang ape hal! Marah betul aku.

Nak spam sangat kan. Nah aku kasi peluang, siap aku tolong promote lagi tapi tak bagi link la... Mintak mahap banyak-banyak.

"Promosi Pakej Trading Forex Automatik dan Manual 2012 Salam Sejahtera dan terima kasih kerana sudi membaca artikel yang ditulis dan dihantarkan oleh saya ini. Kini kami sedang membuat Promosi terhebat di tahun 2012 untuk Pakej Trading Forex Automatik dan Manual kami. Kini Trading Forex Anda Lebih Mudah, Dan pastinya newbie lebih mudah mempelajari dan memahami forex dengan Pakej Trading Forex Saya ini. pakej ini bukan sahaja mempunyai pelbagai panduan dan ebook, pakej ini juga di lengkapi dengan software sebagai tambahan untuk anda memudahkan lagi trading anda. Apa yang Disediakan? Kami menyediakan beberapa software sebagai tambahan@Extra ke dalam Pakej ini dalam memudahkan trading anda dengan System yang disediakan Iaitu WellFX Forex System Templates V2 dan juga WellFX Forex System Autotrader V2 untuk mengetahui kelebihan kedua-dua software ini anda boleh melayari laman web yang tertera. Kini peluang anda cerah untuk mula jana pendapatan forex yang lumayan Maklumat Lanjut dan membuat tempahan Boleh Layari laman saya di ------Censored!!-----"

Bukan main panjang lagi komen erk. Aku cerita pasal jerebu ko cerita pasal forex. Bila masanya aku main forex? Grrr.....

p/s :- Sila hormati owner blog!

1 comments:

  1. BLOGGERS MEMANG KENA ADA ETIKA, JANGAN MAIN BEDAL JE..

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks