Home » , » Beri Anak Dalam Kandungan-HMetro

Beri Anak Dalam Kandungan-HMetro

Sumber :Harian Metro


 “Maafkan ayah nak...walaupun hati ayah berat untuk membuat keputusan ini, namun demi kebaikan masa depanmu, ayah terpaksa,” rintih seorang lelaki yang mahu menyerahkan anak dalam kandungan isterinya kepada keluarga lain atas alasan tidak mampu menampung kehidupannya sekeluarga. 


Itulah rintihan suara seorang bapa, Shahrul Rahman 33 tahun yang disuarakan terhadap anak di dalam kandungan isterinya, Aishah Ismail 26 tahun pada 2006. Artikel yang menjadi tajuk utama Harian Metro 28 Dis 2010. Shahrul Rahman, seorang pengawal keselematan yang terpaksa mengambil keputusan tersebut rentetan dari kesempitan hidup yang dialami. Kisah hidup mereka bermula apabila perniagaan Shahrul sebagai pengendali makanan dikantin sekolah mengalami kemerosotan.


Kesempitan hidup mereka menjadi lebih tidak tertanggung apabila Shahrul terpaksa menanggung hutang ceti haram yang dipinjamnya. Selain daripada pernah mencuba untuk membunuh diri, Shahrul juga hampir menukar agama kerana terpengaruh dengan rakannya yang hidup senang selepas menukar agama. 


Shahrul yang hanya berpendatan RM780 sebulan hanya mampu menumpang bilik dirumah rakannya di Kota Damansara. Pernah satu ketika mereka hanya mampu makan ubi kayu yang ditanam dibelakang kantin selain anak kedua dan ketiga pasangan itu tidak pernah diberikan susu sebaliknya hanya air sejuk.


Anak keempat pasangan itu telah pon diserahkan kepada seorang penjawat awam setelah menerima wang "sagu hati" berjumlah RM2K. Kini isterinya disahkan mengandung lagi pada bulan lalu dan rungsing memikirkan kandungan yang bakal lahir itu dan berhasrat menyerahkan bayi yang bakal dilahirkan itu kepada keluarga lain


-----


Itulah antara kesukaran hidup yang dialami oleh Shahrul Rahman setelah perniagaannya menemui kegagalan. Sedih juga la aku dengan nasib diorang tu. Macam mana la kalau aku ditempat dia kan. Tapi rasanya bab serah anak tu aku rasa mungkin ada jalan lain. Dipahamkan Shahrul ni tinggal di Kota Damansara. Aku tak pernah g Kota-kota ni, tapi kaau dah kota, sara hidup pasti tinggi kan. Why not dia pindah ke satu tempat yang tidak memerlukan sara hidup yang tinggi. Sekurang-kurangnya kurang sikit kos sara hidup.


Lagi satu bab anak dalam kandungan tu, ish, kalau dah tahu keluarga tak mampu, kenapa tak rancang keluarga kan. Untuk apa menerima "ahli keluarga baru" jika hanya sekadar untuk menyerahkan ahli keluarga baru tu kepada orang lain.


Umpama menyempitkan lagi bilik yang sudah sempit yang telah sedia ada sempit. Along!!!. Rasanya kalau Sedara Shahrul tu tak buat pinjaman Along tu, mungkin dia masih mampu memperbetulkan keadaan kan.


Dah ada pengalaman berniaga. Bukalah perniagaan lain, tak kisah la perniagaan kecil sekali pon, buka kedai goreng pisang, jual nasi lemak atau apa-apa perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar. Lama-lama keadaan ni pasti dapat diperbaiki. 9/10 rezeki adalah dari perniagaan.


Itulah antara pendapat aku. Kalau sekarang kecoh pasal Piala Suzuki AFF. Perkara macam ni perlu dikecohkan juga.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

12 comments:

  1. Rasa simpati musibah yang menimpa. :-(

    ReplyDelete
  2. itulah kan. macam mana laaaa kalau aku yang ada kat tempat Shahrul tu..Haish...sedih laaa

    ReplyDelete
  3. humm...mungkin diorg xtau cr mrncg keluarga....maybe ade pihak yg leh ajar cra2 kurgkan jumlah ahli keluarga??
    :P

    ReplyDelete
  4. kesian pon ada... kesian pada anak2 tu... betulla kata ko, kalau dah tau tak berapa nak mampu, buatlah perancangan keluarga. sekarang, isteri dah mengandung, nak tanggung kos melahirkan lagi... kesian...
    lg 1, isterinya masih muda, masih ada kudrat untuk bekerja, apalah salahnya bekerja utk membantu suami... kesilapan yg dah berlaku tu, biarlah berlalu, tak boleh nak patah balik dah, tp untuk yang akan datang ni, perlu buat sesuatu untuk hidup yang lebih baik, jgn hanya nak mengharap bantuan org lain, sampai bila? umur masih muda, kudrat masih ada.

    ReplyDelete
  5. miserama :Hm...tah la Misrerama.Tak salah kalau nak tambah zuriat kan. Tapi tengok juga ekonomi keluarga. No meaning la kalau dapat anak tapi anak tu diserahkan kepada orang lain. Harap keluarga Shahrul akan cepat berubah kearah yang lebih selesa.

    intankuterpilih :Betul tu intan. sebab tu aku kata boleh berniaga diorang tu, kecil-kecillan pon tak per.Suami dia ada kerja. duit tu boleh buat modal pusingan. Aku kesian kat keluarga tu terutama anak-anak lah. Harap pas ni diorang tahu bagaimana cara merancang keluarga.

    ReplyDelete
  6. hurm...crita yg mnarik...srta komn yg mmbina...sgla usha ats usha kta...rzki Allah ada dmna2..juz kte yg kne cri..rzki xkn dtg brgolek...bnyk usha kta..bnyk ler hsilnye..klau skit usha kte..skitla hsilnya...

    ReplyDelete
  7. iman :betul tu iman. Janngan terlalu mengharap belas kasihan dari orang :)

    ReplyDelete
  8. aish... kna rancang keluarga la t.. tp kalo rezki tuhan bagi nk wt cam ner...huhu..
    cian kt die terpaksa bg anak kt org len sbb kesmpitan idup..

    ReplyDelete
  9. dalam setuasi macam ni, banyak perkara negatif boleh terjadi, kalau masyarakat sekeliling tak ambil peduli memang gelap masa depan keluarga ni

    ReplyDelete
  10. Azana :Betul rezeki zana. tapi kena tengok keadaan juga. Klau dah jadi macam ni, susah juga. Anak tu amanah Allah, tapi kalau amanah tu tak dapat disempurnakan macam mana plak.

    dnoBiz :Betul bro. Dalam keadaan macam ni baru betul guna ungkapan "jaga tepi kain orang". Bukan dengan ngumpat sana ngumpat sini.

    ReplyDelete
  11. selalu sangat dh tengok org camnih.. bukan nak mengata or ape.. memang anak tuh rezeki Allah swt, tapi kalau dah xmampu macam tuh, nape x buat family planning?..

    ReplyDelete
  12. Burp :Aku pon bukan nak mengata bro. Takut gak aku kalau orang salah anggap kat aku pulak. Aku just nak bagi pendapat aku tentang situasi diorang ni. Macam ko cakap la. Bukan nak menolak rezeki, tapi tengok keadaan juga.

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment