Satu lagi kemalangan ngeri melibatkan bas ekspress yang berlaku di KM15 Simpang Pulai-Cameron Highland pada jam 1140 pagi 20 Dis. Kejadian yang telah meragut nyawa seramai 27 orang yang kebanyakan mereka adalah pelancong dari Thailand. Antara yang terkorban adalah pemandu bas, Omar Shahidan 48 tahun dan pemandu pelancong keturunan siam, Soonton Kian 38 tahun. Kemalangan berlaku sewaktu bas tersebut dalam perjalanan turun dari Cameron Highland menuju ke Simpang Pulai.
Seorang saksi kejadian, Monat, memberitahu sebelum kejadian berlaku, bas tersebut dilihat dipandu laju dan keadaan body bas yang senget dan hampir terbalik sewaktu mengambil selekoh.
Petikan dari Utusan Online 21 Dis |
Seorang lagi saksi kejadian, Shafwan Mohd Nan, 17 tahun yang melihat beberapa mangsa tercampak keluar keatas jalan dan diseret oleh bas.
Petikan dari HMetro Online 21 Dis |
Aku tak tahu lah nak cakap apa dengan kejadian yang berlaku ni. Geram, marah, sedih bercampur aduk. Kejadian ni bukan yang kali pertama melibatkan penumpang bas. Geram dan marah kerana pemandu-pemandu bas masih tak ambil iktibar daripada kejadian-kejadian sebelum ni. Sedih dengan apa yang berlaku keatas mangsa nahas. Mereka semua tidak bersalah.
Pemandu-pemandu bas ni sepatutnya lebih berhati-hatilah sewaktu memandu. Mereka perlu ingat bahawa mereka sedang membawa berpuluh nyawa dan nyawa mereka berada ditangan pemandu itu. Aku sendiri kalau bawa family aku naik kereta, tak berani nak bawa laju. Kalau lah jadi apa-apa, menyesal tak kesudah. Beringat sebelum kena. Kemalangan boleh berlaku dimana-mana. Tak perlu lah nak kejar sangat "duit trip" tu.
Kalau lah kejadian ni berlaku ke atas aku, tak tahulah nak cakap apa. Kadang takut aku nak naik bas. Pernah aku naik bas henti-henti waktu aku masih belajar dulu. Bas yang aku naik tu memang laju, jalan pulang bengkak bengkok dan sempit. Memang takut sangat waktu tu. aku tengok penumpang waktu tu semua diam tak berani nak cakap sambil masing-masing pegang tempat duduk masing-masing. Terasa juga aku waktu tu tayar belakang bas menggelongsor sewaktu ambil selekoh. Waktu perasaan takut dan marah bercampur. Mana taknya, aku tengok muka pemandu bas tu selamber jer bawa laju. Rasa nak sound jer pemandu bas tu. Memang kecut perut aku waktu tu. Mujur tak ada apa-apa.
Harap selepas ni tak berlaku lagi kejadian macam ni. Kepada pemandu bas, tolonglah, nyawa penumpang berada didalam genggaman korang. Bayangkan kalau perkara ni berlaku keatas keluarga korang sendiri. Nyawa itu amat berharga.
P/S: Takziah kepada keluarga mangsa.
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
ermmm... tak tau nak cakap apa... bas 2 tingkat lalu kwassan tinggi, memang susah nak balancekan... takziah kepada keluarga mangsa...
ReplyDeleteLebuh Raya Ipoh tu.
ReplyDeleteBas ipoh selalu lalu
kat situ.
Tengok tu ada saksi kata
ReplyDeletepemandu bas pandu
dengan laju.
Tahziah kepada keluarga mangsa........
ReplyDeleteaku penah nek bus dr ipoh ke cameron...jln xyah ckp ah..bahaya..tp yg aku nek 2 setingkat je...2 pn x tenang aku duk kt dlm bus 2.. ni 2 tingkat... xleh bayang...gerunnya...
ReplyDeleteintankuterpilih :itu la. macam mana nak balance kan? corner lak bahaya. ish...
ReplyDeleteali ridha :banyak nyer ko komen ali. hehe. uik. lebuhraya ker tu bro? aku tak tau. tak nah naik. tapi member aku selalu convoi kat situ. superbike. main cornering.. bukan main laju diorang bawa.
azana :aku dah lama tak naik bas... tapi kalau bas tu laju, memang aku cuak. terasa bas tu membuai-buai
Hey, I am checking this blog using the phone and this appears to be kind of odd. Thought you'd wish to know. This is a great write-up nevertheless, did not mess that up.
ReplyDelete- David