Punca Sebenar Remaja OKU Di Kurung

Punca Sebenar Remaja OKU Di Kurung Hingga Kurus Kering


Punca Remaja OKU dikurung kurus kering

Selepas berita mengenai seorang remaja OKU yang dikurung sehingga kurus kering bagai mayat bernyawa tersebar luas di internet, ibu kepada remaja malang terbabit yang dikenali sebagai Lola, 40 tahun menjelaskan punca sebenar dia mengurung anaknya dan dibiar kurus kering.

"“Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami"

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,”

“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,”

Ibu kepada remaja malang terbabit yang telah pun berkahwin lain selepas bercerai dengan suami pertamanya mendakwa dia tidak mengurung atau meninggalkan anak nya itu sebaliknya setiap hari sebelum pergi ke tempat kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dia akan meninggalkan makanan dalam bekas polesterin.

Dakwanya lagi, kesibukan kerja membuatkannya tiada masa untuk mengurus anak sulungnya itu yang kini berusia 15 tahun selain ingin anaknya itu hidup berdikari.

“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,”

Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, dia telah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,”

Ibu Kepada Remaja OKU Yang Dikurung Kurus Kering Ditahan Reman 4 Hari

Ibu kepada remaja malang terbabit kini ditahan reman selama 4 hari sehingga Rabu ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 31 Akta Kanak Kanak 2001

Sumber Punca Sebenar Remaja OKU Di Kurung Kurus Kering : HMetro.

1 comments:

  1. SMOGA PERKARA SEBEGINI MENJADI PENGAJARAN KEPADA SEMUA..

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks