YSLM disahkan SCAM

YSLM Disahkan SCAM

Pernah dengar YSLM? Atau pernah lihat papan iklan YSLM macam kat bawah?

papan iklan YSLM di pulau pinang diturunkan

Papan iklan YSLM di atas berlokasi di jambatan Pulau Pinang.

Kepada yang pernah dengar mengenai YSLM ni... Ok. Kepada yang tak pernah dengar atau tahu, YSLM ni dikatakan satu program yang dapat membuatkan seseorang menggandakan pendapatan dengan modal yang diletakkan dalam program YSLM ni. Tak tahulah apa maksud YSLM tu. Pernah kecoh juga pasal YSLM ni tak berapa lama hari tu dengan menunjukkan gambar orang menerima wang yang banyak.

Kalau tak silap ada juga pemberian kereta mewah secara percuma kepada ahli-ahli YSLM ni.

YSLM scam

Di Facebook pun dilihat ramai yang mempromsikan YSLM ni.

Kalau tak silap plan dia, labur modal minima RM300, dalam tempoh 3bulan, RM300 tadi akan digandakan kepada satu jumlah tertentu.

Ada rakan sekerja yang ajak join program ni. Sebelum diajak, saya dah tahu pasal program ni tapi ada kemusykilan yang sangat besar walaupun ada beberapa gambar 'tokey' YSLM' ni bergambar dengan para menteri

YSLM disahkan haram


1. YSLM ni jelas sangat ala-ala SKIM CEPAT KAYA
2. Tak tahu apa perniagaan yang dijalankan atau kemana wang yang dilaburkan oleh orang ramai digunakan
3. Hanya dalam tempoh 3 bulan, modal dapat digandakan.

Sangat pelik.

Hari dapat info yang papan iklan YSLM yang bertulis 'Bakal Orang Terkaya Di Dunia' (Hype betul) akan diturunkan kerana disahkan haram.

Sebenarnya lelaki yang bernama Zhang Jian ni adalah warganegara China dan perniagaannya berpusat di China.
Menurut laporan The Star, YSLM telah dilaporkan haram di negara tersebut dan Zhang pernah ditahan polis sebanyak 5 kali.

Ini kerana Zhang dipercayai terlibat dengan penipuan skim cepat kaya yang menyebabkan 10,000 orang mengalami kerugian RM20 juta

-------------------------------------------------------

Yang dah join, bersabar je lah.
Lepas ni kalau nak join biz atau nak buat duit, pastikan perniagaan tu betul-betul sah dan mempunyai produk atau servis yang jelas.
Papan iklan yang gedabak besar bukan jaminan perniagaan itu sah.

P/S : Pelik macam mana YSLM boleh masuk Malaysia? Siap dapat 'Red Carpet' lagi dari para menteri. Aduhaiiiii

Note : Saya bukan skeptikal dengan program buat duit ni sebab saya sendiri ada join biz-biz online ni. Nasihat saya, kalau nak join satu-satu biz tu, periksa dahulu latar belakang biz tersebut, jangan pakai rembat je.



1 comments:

  1. MEMANG SCAM LA MACAM NI.. PAPAER PON DAH KELUAR RASANYA.. KAT MELAKA PUN ADA SATU BANGUNAN, BESAR GAK BANNER DIA..

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks