Video Gadis Peugeot Putih Mohon Maaf

Video Gadis Peugeot Putih Mohon Maaf Di Radio Era


Baru-baru ni kecoh pasal 1 Malaysia kerana kebiadaban seorang wanita yang yang dikenali sebagai kiki mengamuk setelah kereta Peugeotnya dilanggar oleh seorang uncle berbangsa cina (Uncle Sim) sehingga dicop sebagai 'Gadis Stereng Lock'

Perbuatan wanita tersebut telah mencetuskan kemarahan seluruh rakyat Malaysia.

Susulan daripada itu, Stesen Radio Era telah menjemput Kiki untuk ditemubual dan Kiki telah pun membuat permohonan maaf terhadap Uncle Sim dan Uncle Sim sememangnya telah memaafkan Kiki.


-------------------------------------------------

Masih ada yang mengkritik perbuatan Kiki dengan permohonan maaf yang dibuat. Tak perlu ditulis lah.

Dilihat pada senario 'gadis Peugeot' ni, ramai yang mengutuk Kiki. Tapi jika difikir balik, kalau video tu tak tersebar, orang ramai tak tahu, mungkin Kiki tak sedar kesalahan dia dan mungkin perbuatan tu akan berulang.... Umpama orang yang melakukan kesalahan tapi tak diendah oleh orang sekeliling, esok dia buat lagi. Tapi sekali kena tangkap, kena belasah... 10 kali dia fikir untuk melakukan kesalahan tu balik.

Kiki dah pun minta maaf, Uncle Sim pun dah maafkan Kiki. Settle lah. Yang fikir Kiki minta maaf sebab takut diancam atau sebab kerana video tersebut di internet, sudah-sudahlah.. Yang penting Kiki dah minta maaf. Kita semua ada buat silap ma... Cuma tak dimuat naik di internet.

0 comments:

Post a Comment

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks