Home » » Pelakon Suriati Baharom Disamun

Pelakon Suriati Baharom Disamun

Pelakon Suriati Baharom Disamun Di Stesen Minyak

pelakon suriati baharom disamun

Seorang pelakon, Suriati Baharom, 41 tahun telah disamun di stesen minyak di Daerah Sentul jam 7 pagi semalam. Kejadian berlaku sewaktu Suriati berhenti di sebuah stesen minyak untuk membeli minuman.

Menceritakan kembali detik pelakon tersebut disamun, Suriati berkata selepas dia membeli air minuman dia melihat empat motosikal dinaiki remaja berusia 20-an mengelilingi keretanya sebelum salah seorang daripada mereka memecahkan cermin kereta di sebelah penumpang dan mengambil Samsung Galaxy Tab Miliknya.

Melihat kejadian itu, Suriati berlari ke arah kereta dan merayu supaya dikasihani sebaliknya diketawakan serta diugut untuk merampas beg galasnya.

Suriati yang ketakutan berlari semula ke kaunter stesen minyak untuk meminta bantuan tetapi jurukaunter itu juga ketakutan dan tergamam tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Dia bernasib baik apabila sebuah teksi berhenti di stesen minyak tersebut menyebabkan penjenayah terbabit melarikan diri dan menyebabkan kerugian lebih daripada RM1500.

Dengan bantuan pemandu teksi dan beberapa pemuda yang datang ke stesen minyak tersebut membawa pelakon tersebut membuat laporan polis.

---------------------------------------------------------------------------------
Sumber Pelakon Suriati Baharom Disamun - HMetro.

p/s - Sebelum meninggalkan kenderaan, sila pastikan tiada barangan berharga didalam kenderaan anda atau sorokkan sedikit daripada penglihatan orang luar. Beringat sebelum terkena. Baik lelaki mahupun perempuan.


Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment