Home » , » Milea Tidak Kisah Berpoligami

Milea Tidak Kisah Berpoligami

Milea Karipap Karipap Cinta Suka Lelaki Berusia Dan Tidak Kisah Berpoligami

Milea Karipap Karipap Cinta Tidak Kisah Bermadu

Siapa Milea ni? Korang kenal? Aku tak kenal. Hehe.. Milea atau nama sebenar dia Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19 tahun, seorang pelakon muda yang pernah berlakon dalam 'Karipap-Karipap Cinta' dan pernah juga mencetuskan kontroversi tentang video bogel. Akibat daripada kontroversi tersebut, Milea menyepikan diri untuk seketika.

Kali ini Milea muncul kembali dan membuat pengakuan yang dia cukup tertarik dengan lelaki yang berusia dan telah berumah tangga. Bukan itu sahaja, Milea juga mengaku bahawa dia sanggup berpoligami dan menyatakan tokoh politik, Khairy Jamaludin sebagai lelaki idamannya.

Milea berkata dia sanggup bermadu jika takdirnya telah tertulis sebegitu.
"Lagipun seronok hidup bermadu dan tinggal sebumbung. Saya percaya bahawa lelaki mempunyai perasaan cinta terhadap lebih daripada seorang wanita dan asalkan mereka adil dan masing-masing mempunyai persefahaman, tidak ada masalah"

Bagaimanapun ibu Milea sering menasihatinya supaya tidak mengganggu lelaki yang sudah berumah tangga.

"Ibu saya sering berpesan dan memberi amaran supaya saya tidak menggatal dengan orang, tidak kira duda, suami orang mahupun bujang. Malah saya sendiri cuba mengelak daripada menggoda lelaki yang dah berkahwin walaupun terdapat empat ke lima lelaki yang berstatus datuk cuba memikat saya" Tambah Milea.

---------------------------------------------------

p/s - Kalau dah namanya artis. Macam-macam ragam. Ko memang boleh terima, si isteri tua tu macam mana? huhuhu

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

  1. BAGUS KALAU RAMAI POMPUAN CAMNI.. BOLEH KAWIN BANYAK.. :))

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment