Pengalaman Kena Denda Di Sekolah
Kalau cakap pasal pengalaman kena denda di sekolah, aku rasa ramai juga yang ada pengalaman kena denda di sekolah dulu kan. Tak kiralah sekolah rendah ker sekolah menengah ker. Biasalah zaman budak-budak, nakal nyer tu orang kata nakal-nakal manja, perasan dah jadi dewasa. hehe.. Antara kesalahan yang paling popular dulu sehingga tercetusnya pengalaman kena denda di sekolah dulu adalah buat bising, tak buat kerja sekolah, ponteng kelas dan masalah disiplin.
Aku yang pernah 'menjawat jawatan' pelajar sekolah suatu ketika dahulu juga tidak lari dari menimba pengalaman kena denda di sekolah yang kini menjadi pengalaman manis buat aku...manis ker kena denda....? haha. Aku dulu sewaktu menjawat jawatan sebagai pelajar sekolah, bukanlah seorang yang baik sangat, juga tidak lah nakal sangat. Suam-suam kuku la kot orang kata. Disebabkan 'tidak baik sangat' tu lah yang telah mengakibatkan aku didenda dan ianya merupakan pengalaman kena denda di sekolah yang paling tidak dapat aku lupakan.
Pengalaman kena denda di sekolah yang aku nak kongsikan ni berlaku sewaktu aku disekolah menengah. Sekolah rendah aku tak ingat pernah kena denda atau tak, rasa macam tak pernah. hehe... Aku pun tak ingatlah macam mana waktu tu aku boleh terbuat kesalahan tu. Dan semestinya aku tidak keseorangan, aku berdua dengan salah seorang rakan baik aku sebab aku ni jenis penakut sikit bab-bab buat salah ni. Rasa seram sejuk jer badan bila buat salah. Bila ada kawan tu, boleh share seram sejuk tu kan. miahahaha
Kesalahan yang aku maksudkan adalah...........Ponteng kelas!!!! Wallaweh!! Macam mana la aku leh ponteng kelas nii...?? Itulah pengalaman aku ponteng kelas yang pertama dan yang terakhir aku sepanjang menjawat jawatan pelajar sekolah. Huhuhu.... Jom rewinddddd.....
3 Mei 2000, jam 4 petang. Disebuah kelas yang hanya ada aku dan seorang kawan aku sahaja.
Aku : Malas pulak aku nak masuk makmal Sains ni... Member lain semua dah masuk dah. Hang nak masuk tak Lut?
Kawan aku : Aku pun macam malas jer ni. Ngantuk la...
Aku : Tak yah masuk lah. Kita tidoq ja dalam kelas ni....
Kawan aku : Orait...
(Berselang 10 minit kemudian...................................)
Aku : Wei Lut!!! Cikgu Wan Cikgu Wan!!!Nyorok-nyorok!!
(Umpama tikus yang cuba melarikan diri dari seekor kucing!!Aku dan kawan aku tu menyumbatkan diri menyorok dibawah meja guru. Cikgu Wan, seorang cikgu perempuan yang sememangnya digeruni di sekolah aku dek kerana kegarangannya!)
Kawan aku : Hang rasa cikgu Wan nampak kita tak?
Aku : Aku pun tak tahu, harap-harap dia tak nampak la... Shh...Diam-diam
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Tiba-tiba satu suara yang amat dikenali bergaung dalam satu bilik kelas tu!!Umpama halilintar daaaa
"Woi!!Hampa buat apa kat bawah meja tu!!!Keluaq sebelum aku hambat hampa sekoq sekoq!!!!!!"
Aisyeyyyyy..... Kantoi la plakkkk..... First time buat jahat, terus kantoi!!!huhuhu.....
Cikgu Wan : Hampa buat apa kat dalam kelas ni? Mana kawan-kawan lain? La ni waktu apa??
(Aku dan kawan aku menundukkan kepala sambil saling mengenyitkan mata dan memuncungkan mulut bagai nak bercium antara satu sama lain mencari helah untuk melepaskan diri)
Cikgu Wan : CAKAP!!!!!
Kawan aku : O mak kau terkejut!! Kawan-kawan lain pergi makmal Sains cikgu!!
Aku : Gulp!!! (Bunyi air liur tak lepas kat tekak :P )
Cikgu Sains : Oo....Waktu Sains la niiiii....... Awat hampa kat sini? Tak masuk makmal??!!!Ponteng!!!
Aku dan kawan aku : Errrr.....
Cikgu Wan : Ikut aku!!!
Aku dan kawan aku dibawa berjumpa dengan guru disiplin sesi petang, juga seorang guru Sains, kami panggil dia cikgu Mat Spring sebab rambut dia yang kerinting baik punya macam spring.. hehehe
Apalagi tanpa banyak soal......Kuarkan dompet masing-masing......letak atas meja, sambil menonggekkan sedikit punggung yang tak berisi.... PRIAPPPP!!!!!! Fuyyyoooooo........ Nikmat woooooo kena rotannnn...... Habis tegak semua bulu-bulu kat tubuh badan aku. hahahaha. Nasib baik tak berbirat....! Pas kena rotan tu, aku dan kawan aku terus diarah masuk makmal Sains yang hanya bersebelahan sahaja dengan bilik aku dirotan tadi... Dengan muka selamba babai yaro... Masuklah aku dan kawan aku tadi ke makmal Sains dengan muka selamba nyer....hehehe
Itulah antara pengalaman kena denda di sekolah yang tak dapat aku lupakan sampai sekarang. Ada lagi pengalaman kena denda di sekolah, tapi yang lain tu biasa-biasa jer lah.... Kena denda duk luar kelas...denda kena cubit...hohoho.... Sakit wo.....
Pengalaman kena denda di sekolah....pengalaman kena hukum di sekolah.... Aku macam terkompius plak..erk!
----------------------------------------------------------------------------------------------
Pengalaman kena denda di sekolah....pengalaman kena hukum di sekolah.... Aku macam terkompius plak..erk!
----------------------------------------------------------------------------------------------
Korang ada pengalaman kena denda di sekolah? Kalau ada.. jom la join contest pengalaman kena denda di sekolah yang dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Abrablog.com juga PanduanTNX.com
Update Penaja Pengalaman Kena Denda Di Sekolah
Azmanisma,contengconteng.com,lelakiacai.com,ohbuku
Update Penaja Pengalaman Kena Denda Di Sekolah
Azmanisma,contengconteng.com,lelakiacai.com,ohbuku
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
ok. aku dah update. Terima kasih sebab berminat sertai pertandingan ini.
ReplyDeletehehe..rajin ko ponteng kelas ye.. :)
Teringat semasa macam-macam gelaran untuk guru-guru yang tidak diminati. Ketika sekolah dahulu Pengetua kami panggil Man Bai dan guru disiplin kita orang panggil Tonel antara kod rahsia kala mereka ini berdekatan. :-)
ReplyDelete@titanSekali seumur hidop kot...haha
ReplyDelete@akubiomedBiasalah bro...waktu dulu akal tak panjang lagi..suka-suka jer letak nama orang sesuka hati..tak bermoral langsung..haha
ReplyDeleteBRO.. AKU MASA SEKOLAH DULU MEMANG TERUK JUGAK LA.. PONTENG, HISAP ROKOK, BERGADUH, POMPUAN.. PERGHH.. MACAM2.. ALHAMDULILLAH, NASIB BAIK AKU SEDAR.. TAK TERLAMBAT UNTUK BERUBAH.. KALAU TAK, HANYUT...
ReplyDelete@fairusjahat rupanya ko ni dulu bro....hehehe....tak apa lah bro.tu semua perkara yang dah lepas. yang penting siapa kita sekarang....berguna atau tidak kepada masyarakat...
ReplyDeletepengalaman yg xbley aq lupekn . Mse aq digantung sekola slame 2 mnggu . Sebb brcium disekola , cikgu yg lebih2 mse tu mahanom . Mmg kimak cikgu tu .
ReplyDelete