Selamat Tahun Baru 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung Amry's Blog. Terima kasih kerana masih sudi meninggalkan jejak di blog yang usang ini.
1 Januari 2012.... Alhamdulillah. Aku masih dipanjangkan umur untuk bertemu dengan 1 lagi tahun baru didalam hidup aku iaitu tahun 2012. Kegembiraan menyambut tahun baru tahun ni kurang dirasai sebab malam tadi aku terpaksa melupakan kegembiraan tu untuk mencari sedikit fulus. :) Kegembiraan tu juga kurang aku rasai dan aku sebenarnya tak nak rasakan sangat kegembiraan tu. Kenapa? Bertambah satu-satu tahun bermakna, semakin meningkatlah usia seseorang itu, menandakan semakin tualah usia dia. Tidak ada apa-apa yang dapat dibanggakan dengan kedatangan tahun baru jika kita masih berada di takuk yang lama. Tahun akan tetap silih berganti meninggalkan kenangan-kenangan pahit manis tahun lalu. Apa yang penting, kita perlu menjadi lebih baik dari diri kita yang sekarang. Tidak perlu menjadi terbaik, cukuplah sekadar menjadi lebih baik. Saban hari...... tidak perlu menunggu saban tahun, baru nak berubah.
Bercakap mengenai azam tahun baru. Aku percaya, semua orang akan menanam azam baru setiap kali datangnya tahun baru. Azam itu, azam ini, nak jadi itu nak jadi ini.. Tak salah pun berazam malah ianya bagus untuk menguji kemampuan dan boleh dijadikan kayu penyukat akan kemampuan diri masing-masing. Adakah kita mampu mencapai azam yang telah kita setkan didalam diri kita masing-masing? Jangan hanya sekadar berazam tetapi tidak cuba mencapai apa yang diazamkan.
Pada aku, aku tak meletakkan apa-apa azam pun dalam diri aku. Bukan aku seorang yang tidak bermatlamat. Tetapi aku tidak mahu kecewa dek kerana azam aku sendiri. Aku tak mahu merasa tertekan kerana terlalu mengejar apa yang diazamkan. Cukup sekadar melakukan sesuatu dengan kesungguhan, ianya pasti akan membuahkan hasil.
Mungkin ada yang kurang setuju dengan kata-kata aku, tetapi inilah diri aku. Aku sememangnya tak suka berharap. Jelas sewaktu aku menduduki peperiksaan SPM dulu, aku tidak meletakkan sasaran yang tinggi untuk aku mencapai keputusan cemerlang didalam peperiksaan. Apa yang aku tahu, buat sehabis baik untuk mencapai keputusan yang terbaik semampu aku. Buktinya walaupun keputusan aku kurang baik, tetapi aku tetap mendapat panggilan untuk melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. Aku tak suka terlalu memaksa diri untuk mencapai sesuatu, tetapi aku lebih suka memujuk diri untuk cuba mencapai apa yang termampu yang terbaik dapat aku lakukan.
Apa yang penting adalah cuba lakukan sesuatu dengan kesungguhan dan cuba untuk mencapai yang terbaik didalam apa yang dilakukan. Azam hanyalah satu kayu ukur untuk menguji kemampuan diri samada mampu atau tidak untuk mengecapi apa yang dihajatkan. Tidak kira apa yang dilakukan, senantiasa lakukannya dengan terbaik.
Aku harap aku senantiasa menjadi lebih baik dari diri aku yang sebelum-sebelum ni tidak kira dari aspek apa sekalipun, terutama dari aspek kehidupan. Aku ingin menjadi lebih baik dari diri aku yang sekarang.
Akhir kata. Selamat menyambut tahun baru 2012 kepada semua pengnjung-pengunjung Amry's Blog. Moga kita berjumpa lagi di tahun 2013 dan menjadi lebih baik dari tahun ini. InsyaAllah
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
SELAMAT TAHUN BARU BRO.. :)
ReplyDeletesalam Amry, selamat tahun baru 2012 dan semoga berjumpa lagi di tahun 2013 dan seterusnya. Moga dipanjangkan usia.
ReplyDeleteAku pun lebih kurang macam tu jugak, tak suka terlalu memaksa diri hhe