PELANCARAN PROTON EXORA BOLD PREMIUM DAN PROTON EXORA PRIME
Semakin meriah perkembangan dunia permotoran dinegara kita sekarang dengan pelancaran baru Proton Exora Bold Premium dan Proton Exora Prime. Proton Exora Bold Premium yang didatangkan dalam 3 versi iaitu Executive MT (Manual Transmisi), Executive AT (Auto Transmisi 4AT) dan Proton Exora Bold Premium CVT yang menggunakan CVT transmisi yang dijana oleh enjin CFE (CamPro Charge Fuel Effiency) dibantu dengan kuasa turbo yang mampu memberikan 138hp/5000rpm dan Tork maksimum 205Nm@2000-4000rpm 1.6 liter. Dipadankan dengan penggunaan CVT Gearbox, ia mampu menjana kelajuan sehingga 185km/h dan dari 0km/h-100km/h dalam masa 13.3 saat. Penggunaan minyak dianggarkan 7.8 Liter per 100km.
Sumber Gambar : anekakereta.com
Enjin CFE ini bukan hanya dibantu dengan kuasa turbo, malah telah melalui pengubahsuaian pada bahagian lejang enjin dimana lejangnya telah dipendekkan dari 88mm kepada 86mm yang akan memberikan sesaran yang lebih kecil iaitu 1561cc berbanding 1597cc pada CamPro CPS.
Dengan pengubahsuaian yang telah dilakukan Proton terhadap Proton Exora Bold Premium dan Proton Exora Prime ini, pihak Proton yakin ianya akan setanding dengan kenderaan yang menggunakan enjin 2.0 Liter tetapi dalam pada masa yang sama dapat menjimatkan penggunaan minyak.
Dilihat pada bahagian aksesori dalaman Proton Exora Bold Premium pula, ia dilengkapi dengan kerusi kulit (Leather Seat), Steering disaluti kulit (a leather-wrapped steering), Spot Light (Fog lamps), spoiler belakang, cermin sisi berkawalan elektrik, kawalan pemanduan, dan reverse kamera dengan monitor kamera pada cermin pandang belakang.
Kelebihan pada Proton Exora Prime pula adalah pada bahagian tempat duduk, kemasan pada papan panel (walnut finishing), tombol gear dan penyejuk udara, metalllic beige door switch dan inner door handles. Juga dilengkapi dengan head rest monitor dan capaian navigasi satelit.
Sumber Gambar : anekakereta.com
Senarai Harga (OTR) Proton Exora Bold Premium Dan Proton Exora Prime
Proton Exora 1.6 Standard MT - RM59,998,00 (CPS Manual)
Proton Exora Bold Premium 1.6 Executive MT - RM70,998,00 (CPS Manual)
Proton Exora Bold Premium 1.6 Executive AT - RM74,998,00 (CPS Automatik 4AT)
Proton Exora Bold Premium 1.6 Premium CVT - RM79,998,00 (CFE + CVT)
Proton Exora Prime - RM88,998,00 (CFE + CVT)
Hari pelancaran Proton Exora Premium dan Proton Exora Prime ini akan diadakan pada 16-18 Disember 2011 di semua pusat jualan Proton seluruh negara. Cenderamata akan diberikan kepada sesiapa yang ingin mencuba pandu uji Proton Exora Bold Premium. Proton Exora Prime masih tidak dibuka untuk pandu uji dan hanya dilancarkan di pusat pameran terpilih di Juru (Penang), Plentong (Johor), Damansara (PJ)
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
0 comments:
Post a Comment