Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung Amry's Blog Sekalian. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog yang usang ini.......
Maksud yang Tidak Kesampaian
Macam tajuk novel la plak...hahahaha
Maksud yang tidak kesampaian..... Sebelum entry ni ditulis, aku ada mengarang satu entry lain. Entry tu idea dia datang dengan tiba-tiba.... Tengah semangat mengarang, bila aku baca balik....."eh..apa yang aku tulis ni.....??" Aku sendiri tak paham apa yang aku tulis. Erk!!
Sewaktu aku mendapat idea tu untuk menulis, menarik dah idea tu. Tapi bila aku jelmakan ke dalam bentuk tulisan. Dirasakan macam apa yang aku nak sampaikan tu macam tak sampai.
Aku rasa bila orang baca pun akan pening-pening lalat yang boleh membawa kepada muntah hijau.......Argh!!
Pernah perkara macam tu jadi kat korang?
Kenapa ye?
Sebab aku dah lama tak tulis hasil dari idea aku sendiri ker?
Sebab aku paksa otak aku untuk menyusun ayat-ayat tu supaya menjadi seperti sebuah penyampaian yang kelihatan lebih matang sehingga apa yang ingin aku sampaikan tercicir ditengah jalan...ker?
Orang kata....Parang yang dulu tajam kalau dibiar akan tumpul. Kan? Ewah.... Macam dulu penulisan aku bagus jer. hahaha......
Aku rasa idea sahaja tak cukup untuk menghasilkan sebuat penulisan yang baik atau berkualiti kan. Teringat waktu belajar dulu. Mata pelajaran bahasa melayu. Nak buat karangan kena ada pendahuluan, isi 1, isi 2, isi 3 dan seterusnya. Lepas tu penutup. Barulah apa yang ingin disampaikan tu jelas dan sampai kepada si pembaca. Tapi kalau sekadar tulis blog tak perlu la kot rasanya kan, tapi aku percaya ada yang buat.
Macam aku, idea dah ada...tapi point-point yang perlu aku tekankan mungkin tak cukup untuk aku menjelaskan apa yang terbayang didalam fikiran aku tu.... Kesan lama tak mengarang ker? hahahahaha
Ops!! Idea baru muncul!! : Bagaimana untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik. Macam menarik jer. Haaa.... Sapa yang ada idea, yang ada point, boleh la mula mengarang... haha
Ops!! Idea baru muncul!! : Bagaimana untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik. Macam menarik jer. Haaa.... Sapa yang ada idea, yang ada point, boleh la mula mengarang... haha
p/s : Nak cuba tulis yang mana dalam penulisan tu kurang ayat mengarut-ngarut, ayat munge-munge dan segala bagai... Straight to the point... tapi jelas. Macam susah jer. hmmm
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
ye lah, susah jgk kan nak jadi blogger yg sebenar-benar bloger berjaya. Salam dari PCL.
ReplyDeletebergantung kpd isi yg nak disampaikan
ReplyDeletekadang2 nk ckp 2 perenggan je, dah jadi 5
kadang nak terangkan sepadatnya - ramai yg tak faham
yang penting kita tulis dengan jujur berdasarkan apa yang kita lihat, dengar dan rasakan....well done, bro...
ReplyDeleteTAK MENGAPA. USAHA LAGI. SAMPAI TAK SAMPAI LAIN KIRA. BELAJAR DARI KESILAPAN. ;)
ReplyDeletechaiyookkk amry!!! aku sokong dari belakang...
ReplyDelete