Kad Pengenalan Baru Tahun 2012
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohamad Said menunjukkan kad pengenalan baru yang akan diperkenalkan 3 Januari 2012
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan kad pengenalan atau MyKad baru secara berperingkat mulai 3 Januari 2012 di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam Selangor sebelum dilaksanakan di seluruh negara selepas 15 Februari ini.
Orang ramai digalakkan untuk menukar kad pengenalan yang lama kepada yang baru tetapi ianya tidak wajib.
Perbezaan diantara kad pengenalan baru dengan kad pengenalan yang lama jelas dapat dilihat dengan menggunakan pengimbas kad pengenalan.
Kad pengenalan baru ini ditambah baik dari segi ciri keselamatannya yang mana ianya diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih tahan lama berbanding bahan yang diperbuat untuk kad pengenalan yang lama. Selain itu, kad pengenalan yang baru ini juga menggunakan cip baru yang lebih tahan lama manakala tulisan pada permukaan kad pengenalan ini menggunakan teknologi laser untuk mengelakkan sebarang pemalsuan kad pengenalan.
Perbezaan imej UV pada kad pengenalan baru dan kad pengenalan lama menggunakan pengimbas kad pengenalan
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
fuyooooo
ReplyDelete@hasrulApa yang fuyyooo nyer tu bro....??
ReplyDeletewah pandai nya otak manusia , memcm ada , siapa la pereka dia
ReplyDeleteyang lama cepat rosak simpan dalam cover pelastik pun rosak juga!!
ReplyDeleteYe lah...
ReplyDelete