Home » » Jenis-Jenis Pengguna Facebook

Jenis-Jenis Pengguna Facebook

FACEBOOK MANIA
JENIS-JENIS PENGGUNA FACEBOOK

facebook mania

Siapa tak kenal Facebook kan? Budak-budak berumur 3 tahun pun rasanya dah ada facebook (Mak diorang yang buatkan laaaaa)

Berapa ramai kenalan, rakan, kawan, girlfriend, boyfriend, skandal korang di Facebook? :P 10 orang, 100 orang, 1000, 2000, atau sampai kena buka lagi satu akaun Facebook yang lain sebab orang tak leh add korang lagi sebab dah terlalu ramai rakan di Facebook korang tu.

Walaupun korang hanya mempunyai 100 orang, aku rasa tentu korang perasan dan sedar yang rakan-rakan korang ni ada gaya-gaya diorang waktu diorang update status kat Facebook diorang yang boleh dikategorikan kepada beberapa jenis. Jom kita tengok korang jenis yang mana. Heheheheehe......

1. Kaki Update
Dikatakan hampir 24 jam kerjanya nak mengupdate facebookkkkkk jer.... Sampai dalam toilet pun dia update facebook. "Fuh...Leganyaaa" Euwww Jenis ni....update diorang pendek-pendek jer... Sebab diorang kata asal update sudah.....Pada aku mungkin pada sesetengah dari korang juga....sangat merimaskan okeyyy... Ayoooo... Asyik-asyik dia ni jerrrr yang terpacak kat wall aku. Grrrr......

2. Melankolik
Jenis ni jenis yang suka meluahkan perasaan. "Kenapa U buat I macam ni?? I sayangkan U" (Rasa nak termuntah dowh!! Jenis orang macam ni jenis suka mendapat perhatian. Mungkin dia nak bagitahu yang dia sedang sedih, gembira atau apa sahaja berkenaan perasaan dia walaupun perasaan tu hanya cukup sekadar orang yang berkenaan jer tahu. Tapi dia kalau boleh nak 1 planet tahu!!. Tak per... Jangan kacau aku sudah

3. Tukang Mengeluh
Yang ni kerjanya nak mengeluh jer, walhal benda tu remeh jer pun.... Sorry to say aaaa to all ladies :) hehehe.... "Mak aku ni.....aku nak berehat kejap pun tak boleh. Nyampah!!" Ish ish ish..... Kan dah tertonjol keperibadian tuuuuu...huhuhuhu.....

4. Suka menunjuk-nunjuk
Yang ni aku jarang jumpa.....kalau ada pun masih boleh accept la kot..... "Thanx You babyyyy coz belikan I kalung ni......" Yer la... mentang-mentang la buah hati ko tu kaya..... Tak yah la over kan.... huhu. Sekali sekala ok... Tapi kalau dah selalu sangat.... Kang ada yang kena rompak kang. Beware..... Penjenayah ada di mana-mana..hehehe

5. Puitis
Sekali dia update.... Mak aihhh.... ayat meleleh.... mengalahkan Usman Awang...... Ok la kan..dah dia pandai bermain dengan kata-kata. Antara tarikan juga kot... Tapi kalau ayat tu dah terbelit sampai orang yang baca tu pun tak paham dan terus koma, masalah juga kan....huhuhuhu

6. In English
Hm.... Kalau yang memang dari dulu bahasa enggeris dia Skor A manjang, tak hairan la. Ini yang kureng pun tergagah-gagah nak spekiang....ish...rasa macam nak menunjuk la plak yang dia tu pandai bahasa inggeris.... kalau bahasa dia betul tak per la, ini tunggang langgang, Ayak! Mungkin pada dia bila dia guna bahasa inggeris tu..... nampak standard kottt... Ada gaya kan.... Tertempias kat aku juga rasanya ni... Hahahahaha

7. Perkataan/Ayat Gedik
Errr.....cam ner na terangkan...... ayat atau perkataan gedik la..... perkataan tu elok-elok orang paham "lah tu" dia tulis "lettew". Konon nak kasi nampak comel la kaot. Tak ker gedik.... Pastu perkataan atau huruf dia tu kejap kecil kejap besar.... dengan tujuan mengoverkan lagi kegedikan dirinya..miahahahaha..... Ayat berbunga...... Berbunga sungguh la.... :P

8. Obsesi
Jenis yang suka berangan dan hidup dalam imaginasi sendiri. Status yang merapu meraban...... "Tengah dating dengan Lisa Surihani - At, Kebun Getah Abang Raju" :P

9. Serba tahu
YAng ni dia nak gtahu yang dia serba tahu...habis semua status orang dia join kononnya dia tahu apa sahaja yang diutarakan...... Padahal tahunya ciput jer..... Habis yang betul jadi tak betul gara-gara ditokok tambah..... Serba tahu ni...... Adehhh

10. Kaki Wayang
Ni jenis kaki wayang la kan..... Kalau sehari tu dia tengok 10 wayang, habis 10 cerita dia nak cerita.... komen itu komen ini...... bab ni tak ok bab tu tak ok..... nyampah kat pelakon tu nyampah kat pelakon ni.... Ending dia tak best lah...apa segala lah.... Kalau dah dia cerita tu, sampai orang tak yah tengok dah..dah tahu jalan cerita dia..... ish ish ish....

11. Kaki Tag/Kaki Business
Yang ni aku rasa ramai juga yang menyampah... Terutama yang tag jenis buat-buat duit.... kah kah kah......Sampai penuh gambar-gambar dengan gambar-gambar tag tu jer lah....Update diorang tak habis-habis pasal business diorang...."Orang lain dah jauh ke depan, korang masih di takuk lama" yer la tu.... Rimas derrr......

12. Adik Beradik Alien :P
Adik beradik alien??? Pernah jumpa tulisan macam ni?
@laħ@i.... p€n!nƍ   §!ØƗ   @kū   ɓ@c@   Ɨū£!§@n   @£!€n   n!
Adik beradik mengada-ngada@gedik.....

13. Misteri
Status yang membuatkan orang lain tertanya-tanya......
"Geramnya...!!" Apa yang digeramkan?
"Jangan kacau aku!!" Siapa yang kacau??
"Menyesal aku!!" Menyesal kenapa pulak dah...???

Penat dah menulis ni..hehe.. So korang dalam kategori mana.... Jawab dalam hati... Nak jawapan yang lebih tepat... Tanya kat kawan korang korang kategori jenis apa merujuk pada ketegori diatas... Huhuhu.....

Aku jenis apa???? Siapa tahu?

Kalau terkasar bahasa jangan marah yer..... Tak tuding jari kat sapa-sapa... Entry suka suki jer...hee

Sumber asal : ar-rifke.com

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

2 comments:

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment