Pemborong, Peruncit Dibenar Simpan 30% Stok Banjir
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Pemborong dan peruncit di negeri-negeri yang dilanda banjir dibenarkan menyimpan stok bekalan makanan melebihi 30 peratus daripada biasa bagi menampung keperluan pengguna.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu juga bertujuan mengatasi masalah kenaikan harga barangan yang dilaporkan kerap berlaku ketika musim banjir akibat bekalan kurang di pasaran.
“Walaupun mereka tidak dibenar menyimpan stok terlalu banyak, tetapi untuk menghadapi musim banjir ini kita longgar peraturan tersebut dan mereka boleh menyimpan lebih 30 peratus.
“Saya yakin, kalau bekalan cukup, harga tidak akan naik,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas masalah kenaikan harga barangan keperluan pengguna di Kelantan ketika banjir baru-baru ini dan masalah itu dijangka berulang pada gelombang kedua tidak lama lagi.
Ismail Sabri menambah, pihaknya dimaklumkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga telah mengambil langkah perlu seperti mengimport sayur-sayuran dari Vietnam, China dan Indonesia bagi mengatasi kekurangan bekalan barangan di Kelantan yang banyak bergantung kepada produk Thailand.
Mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), beliau menjelaskan, penerimaan menggalakkan daripada rakyat menyebabkan ia menjadi sasaran parti pembangkang.
“Saya percaya tujuan mereka (pembangkang) hendak memastikan rakyat menolak KR1M.
“Bagaimanapun kementerian menerima macam-macam surat dan sebagainya meminta KR1M diperbanyakkan ke seluruh negara,’’ katanya.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua sebelum ini dilaporkan mendakwa, kononnya susu rumusan tumbesaran bayi yang dijual di KR1M telah melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 kerana mengandungi lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan Kementerian Kesihatan terhadap susu tersebut mendapati, kandungan produk itu tidak berbahaya kepada kesihatan dan kandungan vitamin A dalam produk susu itu adalah sebanyak 3240 I.U bagi setiap 100 gram. Ia tidak melebihi daripada had sebenar iaitu sebanyak 5,000 I.U bagi kuantiti yang sama.
Malah, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata, pihak kilang yang mengeluarkan produk itu juga didapati melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan dan mempunyai sijil ISO 9001:2008.
Sumber : Utusan Online 3 Disember 2011 | Pemborong Peruncit Dibenar Simpan 30% Stok Banjir
-------------------------------------------
Ok.....Harap betullah pemborong atau peruncit simpan stok untuk bekalan banjir.... Takutnya stok disimpan untuk kaut keuntungan lebih bila bekalan kurang, permintaan tinggi. Itu yang sering berlaku. Kan? Harap janganlah naikkan harga barangan runcit tu yer :)
Sekarang ni..... Kalau berbelanja... RM50 tu dah macam RM5 kan.....Pejam mata dah melayang RM50. Barangnya tak der la banyak sangat.... Hm.....
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
Betul tu. Sekarang RM 50.00 kecil sangat. Dapat beli beberapa barang saja. Isi minyak kereta tak menahan.
ReplyDeletefuh...aku pon duk kelantan.. alhamdulillah tempat aku x penah banjir..hehe tapi harga barang mahal juga...
ReplyDelete