Home » » Blogger Juga Pemancing

Blogger Juga Pemancing

Blogger Juga Seorang Pemancing


Siapa sini kaki pancing? Yang aku tahu blogger yang satu ni boleh dikatakan kaki pancing juga la kot. So sesaper yang kaki pancing tu, boleh ler berkenalan ngan dia. Mana la nak tahu leh pancing ikan sesamer kan. Hehehe....

Apa kaitan blogger ngan pemancing atau kaki pancing lak ni?? Aku sebenarnya nak gtau yang blogger ni punyai sifat yang sama seperti seorang blogger. Sifat yang macam mana tu? Jom kita tengok satu persatu.. :p

Pemancing : Memancing untuk mendapatkan hasil tangkapan yang diingini.. Ikan, udang, sotong, ketam, buaya. 
Untuk mendapatkan hasil tangkapan yang diinginkan, pemancing ni akan menggunakan umpan yang telah dikenalpasti. Aku bukan kaki pancing, tapi setahu aku, lain ikan, lain pula umpannya. Tengok tempat pula, nak mancing di sungai ker, parit ker, tepi pantai ker, tengah laut ker. Longkang boleh? Lagi-lagi kalau tempat tu lubuk ikan... Lagi la ramai kaki pancing "berkampung" kat situ kan.

Blogger : Menghasilkan sebuah blog agar ada pelawat yang datang ke blog. Pelawat tu tak lain tak bukan orang la kan, tak kan ikan pula :p Kalau pemancing menggunakan umpan untuk mendapatkan hasil tangkapan yang dihajati, blogger pula akan menggunakan entry-entry atau keyword untuk menarik pelawat masuk ke blog tersebut. Kalau pemancing mencari lubuk-lubuk ikan untuk 'park' umpan diorang, blogger pula akan 'park' entry-entry diorang di laman web laman web tertentu seperti 'Ping Site' atau laman-laman sosial.

So, nampak tak persamaan diantara blogger dan pemancing? Melakukan sesuatu agar apa yang dilakukan memberikan 'hasil kuantiti' yang maksimum. Kalau pemancing, dia akan tunggu sehingga umpannya disambar ikan, kalau blogger, dia akan menunggu entry yang diterbitkan dikunjungi oleh pelawat.

So.... Blogger juga seorang pemancing.

p.s : Entry suka-suka. Lama tak buat entry dari idea sendiri :p 
Idea merapu meraban.. heee

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. jadi blogger pun perlukan kesabaran yang tinggi macam yang dimiliki oleh seorang pemancing..

    By the way amry, try baca balik perenggan nombor 2, tak rasa macam ada typo error ke?

    ReplyDelete
  2. AMRY, TERIMA KASIHLAH KERANA BERI "BACKLINK" KAT AKU..

    ERM.. PASAL ENTRI KAU NI, ADA LOGIKNYA JUGA.. DARI SEGI FALSAFAHNYA MEMANGLAH YA, TETAPI AMALINYA SAJA YANG BERLINAN.. BAGUS ENTRI NI. KADANGKALA KITA PERLU BERFIKIR DARI LUAR KOTAK BAGI MENGHASILKAN SESUATU ENTRI.. SYABAS BRO..

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment