Pages

Saturday, January 8, 2011

Home » , , , , » Adakah Niche Blog Masih Relevan?

Adakah Niche Blog Masih Relevan?


Kepada korang-korang yang baru kenal dunia blog ni, tau tak apa itu Niche Blog? Niche Blog ni lebih kurang macam tema blog. Niche atau tema ni tujuannya adalah untuk memudahkan seseorang blogger tu menulis sesuatu yang berkaitan dengan blog tersebut. Contoh niche macam Dunia Permotoran, Perniagaan, Kewangan, Fesyen dan lain-lain. Kebiasaannya Niche ni lebih kepada pengetahuan atau kepakaran seseorang tu. Sebab tu Niche ni dikatakan memudahkan blogger tu untuk mencari idea dan menulis.

Soalan aku....Apakah Niche blog korang? Sewaktu mula-mula aku buat blog ni, Niche aku Perniagaan Internet kot. hohoho. Tapi lama kelamaan, blog aku ni dah tak macam blog Perniagaan dah, dah macam rojak dan lebih kepada Dunia Blogging.

Soalan aku yang kedua.....Adakah Niche blog ni masih relevan dengan Dunia Blogging sekarang? Jom kita kongsi pendapat disini. Setelah agak lama aku didalam Dunia Blog ni, kebanyakan blog yang aku jumpa aku tengok kebanyakannya tidak mempunyai Niche yang tertentu, bercampur-campur. Kalau yang berniche pon, lebih kepada kehidupan seharian mereka. Itu pon aku tak pasti adakah mereka sedar atau tidak yang blog mereka bernichekan kehidupan diorang :P.

Niche atau idea? Yang mana lebih memudahkan didalam penulisan blog? Pada pendapat aku, blog yang mempunyai Niche tertentu ni, sememangnya blogger tu mempunyai pengetahuan yang mendalam didalam satu-satu Niche tersebut. Antara Niche yang memerlukan pengetahuan yang mendalam seperti, Perniagaan, Teknologi atau gadget, Komputer, Jana Wang Internet (bukan MLM yer) dan banyak lagi. Kebiasaannya mereka-mereka yang mempunyai Niche seperti itu selain sekadar berblogging, aku pasti mereka mempunyai satu lagi motif yang amat jelas, iaitu menjana pendapatan dari pengetahuan mereka itu. Dengan pengetahuan mereka itu mereka dapat membuat satu E-Book tentang Niche mereka dimana ianya pasti mendapat sambutan daripada mereka-mereka atau pembaca-pembaca yang sememangnya tercari-cari maklumat tentang perkara atau bidang atau Niche tersebut. Ataupon mereka yang mempunyai Niche sebegini mampu juga memperoleh pendapatan dengan menyediakan khidmat nasihat atau servis. Contoh Niche, pembinaan Laman Web dan teknik SEO. Dan blog-blog yang mempunyai Niche sebegini mempunyai pembacanya yang tersendiri.

Jadi kepada blogger-blogger yang macam aku ni yang tak tahu Niche apa untuk blog tu, may be idea lebih membantu didalam penulisan blog tu. Senang kata, apa yang terlintas kat dalam fikiran tu, agak-agak menarik publish jer laaa... Selalunya blog-blog yang macam blog aku ni sekadar suka suki jer menulis. Nak dapat income tu, letak iklan. Tu jerlah kot cara nak merasa duit dari internet. Tak da iklan tak da la income. Tu pon kalau ada income dari iklan tu. Hohoho. Lagi satu, kalau blog tu sekadar suka-suka menulis, eloklah rojakkan sikit blog tu. Kalau tak pembaca akan bosan. Kenapa? Asyik citer pasal koranggg jer. Kan. Sekali-sekala bagi maklumat sikit kepada pembaca tu, kalau tak pon, buat la lawak bodos sikit tuk pembaca korang tu. Terhibur la juga pembaca tu bila melawat blog korang. kan kan kan :P

Kesimpulan dari aku, kalau korang nak bina blog yang ada Niche, pastikan korang betul-betul tahu atau pakar dalam Niche tu, kalau tak, sekerat jalan dah jadi rojak macam blog aku, muehehehe.. Yang paling teruk, korang akan terjebak didalam masalah "Tiada Idea Untuk Menulis" :P

Ni hujah aku jer lah. Apa hujah korang?

Comments
34 Comments

34 comments:

Niche aku... personal.. hi hi hi

Mula2 blog dlu aku betul2 x tau ape tu niche... Org dok asyik sebut niche2.. Aku x m,ek port pun.. Skrg baru tau.. Errrr... Blog aku sekarang berniche rojak.. Boleh camtu? ngeeee...
p/s : Nanti aku nak buat blog bernichekan lawak bodoh..

erm,my blog is just a general blog, random entry,takde la focus on one thing,mostly from what cross in my mind or my personal life.hehe..blog ngko pun nice..ko pndai tak buat seo?ajar aku!hehe.

Kalau baca buku mengenai blog, Niche adalah antara paling asas menentukan hala tuju blog. Nasib baik tidak ada pengajian mengenai blog diperingkat Sarjana :-)

Bina blog ibarat dua penyanyi yang berbeza latarbelakang seorang memang belajar teknik-teknik menyanyi dan seorang lagi born to penyanyi. Unikkan

Fikir-fikirkan

kemahiran pasal.elok
dipertengahkan dalam
penulisan blog.

YUP tu asas dalam blog tapi terpulang kalu nak ikut ikut

Saya cuba " Niche " kan blog saya tetapi gagal...
Maka blog saya telah menjadi "Blog Rojak" akhirnya..
Cuma saya bersyukur kerana rakan blogger tetap melawat blog saya walaupun blog saya kategori "Blog Rojak"..

Mungkinkah mereka peminat "Rojak" di alam realiti...???


Siput mengeluarkan cahaya

@zoulPersonal ker bro...Tak kottt :) Blog bro boleh tahan gak. PR3 tuuuuu..lazatt :)

@deCrewzRojak pon rojak lahhh,.....asalkan blog tu menarik dan entry unik. kan kan kan...

p/s :ko nak buat niche lawak bodoh? Ish....tak sesuaiii gitu. hehe

@Shazmiey AbdurahmanBlog ko hensem macam ko gak. haha... sila muntah hijau.
saya bukan gay,sya ok..hohoho..entry ko ok gak sahzmiey..menarik tuk dibaca.

aku pandai SEO. ko ni buat kelako derrr. Mana la aku pandai SEO niii

@akubiomedapa kata bro wujudkan peringkat sarjana tu. hehe

paham bro apa yang bro cuba sampaikan...Unik komen :)

@Ali ridhakemahiran pasal?errr...aku tak paham ler Ali..ko ada tertinggal perkataan ker?

@Internet Marketingyup. terpulang kepada diri masing2.
blog bro bernichekan marketing...banyak juga blog2 bernichekan marketing diluar. Boleh djadikan rujukan untuk memantapkan blog dan menambah pengetahuan didalam marketing itu sendiri :)

@MiecyberBlog ni kalau pengunjung suka akan blog tu, pasti akan ada pembacanya yang tersendiri. Tidak membosankan.Rojak pon rojak lah...

Adakah mereka pemnat rajak dialam realiti? erk?? Saya tak suka rojak..hoho

Nak wat blog niche ni yang pening.. Idea tu kadang2 sebulan je bolh tahan.. Pastu bulan ke-2 dah rojak..wahahaa

@deCrewzitu la pasal....Yang ada Niche tertentu ni, dioarang tu sememangnya ada kepakaran tertentu. banyak diorang tahu yang boleh dijadikan cerita.macam aku ni....memang rojak ler...hoho

first aku buat blog dulo... pertama yg aku pk nak sampaikan sesuatu yg dapat bagi manfaat kat org len..:)

Btul la ckp ko bro, aku nya blog mula2 nak bt pasal personal, wanita & lelaki serta health teaching skit2, tp lame2 dh bertukar jd blog rojak lak. Tp, aku suka mcm tu. Mcm lg bg aku kebebasan tuk bersuara, same mcm tajuk blog aku, freedom of speech! yeah!

salam

huhu...sesungguhnya daku memang buta it...tapi kalau bab merosakkn blog memang laju je..hehhe

niche masih relevan tapi kena stand out compared dengan blogs lain tapi saya lebih prefer rojak

GUA TAK TAU TEMA BLOG GUA.. AYOO

niche kite - 1 gambar, 1 entry. dan gambar dgn cerita tak semestinya berkaitan.

jadi mmg tak sesuai utk masuk contest yg perlu letak header sebagai syarat. takpelah... :)

bagi aku la kan, antara niche blog yg paling menarik perhatian aku adalah abangensem.com. dia buat pasal hartanah. tapi dengan gaya sendiri. sangat best sebab dia arif dan berpengalaman pasal semua.

aku pun ada try nk buat satu niche, idea ada, tapi masa tak.haha

ko org mana? kata dekat2 dgn taiping?

@azanahm...aku rasa blog ko ada gak manfaatnya...ada nasihat2 disitu. :)

@Fir Ikhwanbanyak juga blog rojak termasuk aku, sebab senang nak tuliskan. agak-agak ada idea baru, sumbat jer dam blog. Blog ko entry menarik derr..ada gaya tersendiri

@sissyirasaya pon buta IT..hohoho...nak merosak senang jer. seit satu huruf. langsung blog rosak. muehehe

@Sharinginfozbetul tu, saya pon lebih prefer rojak..bukan apa, senang sumbat jer apa segala idea yang ada. hehe

@hamzah ianaku pon pening der niche blog ko hamzah...grrr..

@gadisBungaeeerrr....tak paham la GB...hehe.macam mana tu? gambar? entry? contest?

@Hasrol Nizamhartanah erk? aku memang ketandusan tanah..kekeke...ada juga beberapa blog yang aku jumpa ada niche diorang yang tertentu..menarik memang.

waktu mula2 nak buat blog yang ada satu-satu niche tu idea memang merimpah ruah, lama-lama boleh kering...aku maksudkan aku yer. hehe

nichie aku, sekadar menulis apa yg kurasa... maknanya aku tak kesahlah apa2 saje yang aku nak luahkan, semuanya idea dari dalam diri aku sendiri.. takde plagiat dari mana2 blog atau forum... tapi kalau mcm fakta tu, kenelah buat kajian juga kan supaya apa yg kite terangkan tu tak terkeluar dari fakta...

@intankuterpilihBanner Description tu mencerminkan blog kita. kan...

Post a Comment

Followers

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More