Dalam perjalanan balik dari tempat kerja, saja la singgah di Econsave, nak cocok duit. Nak dijadikan cerita, hari ni aku tak beli paper yang kebiasaannya aku beli kalau aku balik kerja malam. Sambil-sambil pekena roti canai kat kedai mamak baca paper layan beb. Sambil jengjalan kat Econsave tu, aku saja la usha2 paper. Satu tajuk di muka hadapan paper yang tidak asing lagi iaitu Berita Harian telah menarik perhatian aku, 'Penulis Blog Kreatif Raih Pulangan Lumayan'. Aku pon terus sambar paper tu dan beli ler (Sempat gak belek tajuk tu seminit sebab terlalu teruja dengan tajuk dia. Sorry tuan kedaiiii... hehehe). Jom terjah!!
Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan
KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.
Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.
Aku tak boleh nak buat full entry tajuk muka depan paper ni sebab BH sendiri suruh dapatkan paper tu di pasaran. Kang kalau aku siar tak pasal-pasal kena saman. Hohoho. Tapi disini aku akan buat hujah aku sendiri. Aku nak jadi wartawan gak!! hahaha. Dari pembacaan aku disini aku highlightkan beberapa point yang menarik.
Petikan BH berkisar tentang kejayaan blogger Mira Abu Bakar, pemilik blog Redmummy.com
.............Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali blog mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.
Sejak mula digunakan secara aktif mulai 1998...................Mira, adalah antara blogger malaysia yang pernah meraih pendapatan sehingga RM12K sebulan. Perhatikan tahun beliau mula aktif dalam dunia blog. Nanti aku gtau kenapa aku suruh korang highlight tahun tu.
Pengendali blog yang konsisten termasuk menggunakan kisah peribadi sebagai tarikan utama, mampu memperoleh pendapatan purata RM500K sehingga RM700K dalam tempoh 7 bulan.
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media UM, Dr Abu Hassan Hasbulah berkata, blog yang mempunyai kreativiti, kualiti dan promosi yang menyeluruh mampu mendatangkan pulangan melebihi had itu.
Antara tajuk berkaitan.....
Ganda Hasil Guna Ruang Media Sosial
Sekarang ini pengendali Blog juga berpeluang menggandakan pendapatan Online mereka menerusi ruang media sosial yang lain, antaranya Facebook dan TwitterNicholas Chay, Pengurus (Malaysia) Nuffnang.
Nicholas juga menyatakan :
Walaupon faktor pendapatan menjadi tarikan utama perkembangan dunia blog, pengendali blog seharusnya mengutamakan minat mendalam dan menampilkan penulisan kreatif lagi menghiburkan, bukannya ala kadar dan mementingkan keuntunganYang ni aku sokong yang teramat sangat. Memang betul dalam dunia blog tak salah untuk menjadikan blog itu salah satu sumber pendapatan, tetapi sebelum fokus kepada menjana pendapatan tu, terlebih dahulu perlu menjadikan blog itu menarik dan mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Menjana pendapatan adalah matlamat, tetapi jangan jadikan ianya Priority. Korang paham maksud aku kan? Kepada yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog tu dan ada impian untuk menjana pendapatan dari dunia blog ni, nasihat aku. Buang dulu keinginan untuk menjana pendapatan dari dunia blog ni jauh-jauh. Sebab bukan mudah untuk merealisisasikan impian tu. Silap-silap belum tercapai impian tu korang akan putus asa. Serious!! Sekarang tengok balik tahun pemilik blog Redmummy mula aktif. Sekarang dah tahun 2011. Kira berapa lama masa yang diperlukan untuk berada pada kedudukan sekarang. 13 tahun Bai!!!
Tidak dapat dinafikan, ada juga rasa minat untuk menjana pendapatan dari internet kerana ramai yang berjaya membuktikan blog boleh menjana pendapatan yang tinggi, tetapi ianya memerlukan komitmen yang tinggi serta berterusan daripada penulis apatah lagi blogger yang masih baru seperti sayaHarmelia. Pemilik jejariruncing.blogspot.com
Antara lain kata-kata Aimie :
Biarlah pelawat blog jejariruncing mengenali penulisan saya terlebih dahulu sebelum saya mencuba sesuatu yang baru (menjana pendapatan internet)
So. Kepada yang terlalu taksub untuk menjana pendapatan dari internet ni khususnya blog.... Persiapkan diri korang terlebih dahulu!! Mungkin mudah memasang impian, tetapi belum tentu ianya mudah untuk direalisasikan.
Laporan,
Amry
Wartawan Amry's Blog :P
p/s : Mencanak2 lagilah blog mereka-mereka ni lepas ni....Yauuu!! Jeles aku wei. Nak kena hack nih!!
Jangan ada perasaan macam tu k. Tu cemburu negatif namanya. Wujudkanlah cemburu yang positif dan membina.
"Diorang boleh, aku pon boleh!! Aku akan buktikan!!!" Hoyeh!!!
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
xreti pon nak cr duet kat blog ni..yg tau tujuan utama dolu2 wat blog ni sbb nk mengarang bende karut2.hehehe
ReplyDeletewhow 12k! koje menulis aje! ish2.
ReplyDelete@misreramatujuan berblog bergantung pada blogger tu sendiri.ada yang suka2, ada yang nak kongsi cerita, ada yang nak buat duit.kalau yang buat duit tu memang kena ada komitmen la pada blog tu.
ReplyDelete@ShafiqIzwanyup. menulis jer.tapi disebalik menulis tu lah yang boleh menaikkan satu2 blog tu.
ReplyDeletep/s :sebenarnya bukan sekadar menulis jer :) kena cari idea menulis, kena cari idea macam mana nak bina kredeabiliti blog tu dan banyak lagi yang terlindung disebalik menulis tu :)
woww... besnya bleh buat duit...
ReplyDeletetp kena berusaha jgk kan...take time jgk...
tiada menda senang..
@azanayup. betul tu zana...disebalik perkataan senang tu. pasti ada susahnya
ReplyDeletememang jauh lagi nak sampai kat situ, apa-apa pun blogging for fun
ReplyDeleteaku rasa kalau aku jadi cenggitu, mau bos aku suruh aku resign huhuhuhuhuh....
ReplyDeleteMak aih! 12K! ZZzz..mmg syok ooo..goyang kaki je kat dpn comp 24 jam..smpai masa, duit dpt, byr bil letrik & sgla bnda bil through tenet je. Duk dpn comp 365 hari je memanjang. Haha..Aku pun dulu, mula2 tujuan berblog sbb nak duit, tp last2 tiba2 dah bertukar tjuan berblog aku scra x sedar. Amik peduli la jgk income yg dpt, tp xde la taksub sgt mcm dulu...skang ni, Alhamdulillah, dpt la slow2 income dari nuffnang walaupun baru 2 bulan duk berblog...
ReplyDeletetakpelah.. yang biasa2 macam kita nie... kayuh beskal slow2 jer.. huhu
ReplyDeleteKalau Redmummmy boleh, kita juga pasti boleh...
ReplyDeleteNegara tergemuk di dunia : Top 10
sape xnk duit oi..
ReplyDeletehuhu..
perlu ada kesabaran dan usaha yang gigih untuk sampai ke tahap macam tu :).
ReplyDelete@Sharinginfoztak yah fikir sangat pasal duit. just for fun. kaau kita fikir tu yang agak susah jadinya.
ReplyDelete@sahromnasrudintak yah tunggu bang din, resign jer terus. hehe..
ReplyDelete@Fir Ikhwanbukan semudah yang disangka bro tuk dapat income yang macam tu...banyak yang kena belajar..
ReplyDeletebetul bro, jangan terlalu taksub,nanti semangat mudah hilang sebab fikir duit jer...income aku pon baper sen la sangat dari nuffnang ni..huhu..pelan2 kayohhh
@zikhehe...betul bro..pelan2 sudah...tapi kalau boleh laju tak salah...niat tu kena betul
ReplyDelete@Miecyberya..betul tu bang mie..yang penting usaha :)
ReplyDelete@saya_ariefhehehe...saya nak :)
ReplyDelete@adminBetul tu Zul
ReplyDelete12K.. BANYAK TU..
ReplyDeletenak kene hack nih!ha3.xley blah.
ReplyDeletenak buktikan pada orang sekeliling, blog bukan takat menulis tapi boleh jadi salah satu kerja.
ReplyDelete:)
dasyat kan redmummy..
ReplyDelete@Fairus Bin Mamatmemang banyak bro...tak pernah lagi la dapat duit banyak tuuuu
ReplyDelete@aleen aidenHEHEHEHE.....
ReplyDelete@Lee ZhaBetul tu. kalau satu2 perkara tu dilakukan dengan bersungguh2, pasti akan membuahkan hasil
ReplyDeletesaya tak cukup komitmen utk buat income guna blog. cukuplah sekadar 8k je skrg ni.
ReplyDeletekata org, ikhlas tu tak perlu diucapkan. tapi nak ucap jugak ni. saya ikhlas berblog. huhu~
@Heidi Shafiqmemang dasat...aku pernah sekali la kot g kat blog redmummy ni...
ReplyDelete@gadisBunga8k??????!!!!wwaaaa....wartawan BH tertinggal seorang blogger yang berjaya...mak aiiii...8K tuuuu....mintak sikit boleh? nak beli domain. hahahaha
ReplyDelete@Khairul Amry Mohamad Puad
ReplyDeleteerr..amacam? ada rasa nak tampar pipi org tak sekarang? hahahaa!!!!!
byk betul pendapatan dia... kite nak sampai ke tahap tu memang lambat lagi laa... perlu kesabaran dan usaha yg gigih...
ReplyDelete@gadisBungahahahaha...tak rasa nak tampar. tapi rasa nak hentak2 jer...hohohoho...tak per2 asalkan ada perkataan 'K' kira ok la kan..hehe
ReplyDelete@intankuterpilihyup. betul tu...terkejut gak waktu baca paper hari tu, sebab pernah melawat blog redmummy ni, rupa2nya dia ni blogger yang berjaya.
ReplyDeleteLepas ni kene hati-hati kalau nak tunjuk jumlah income daripada internet.Karang kene sergah dengan LHDN, tak pasal-pasal jeee...hehehehe.....
ReplyDeletewah
ReplyDeleteRM12k tu
seronoknya
kalau den dah boleh buat bayar duit PTPTN lah kalau ca tu
hehehe
Korang Ada Petua Hilangkan Masalah Bibir Pucat?Kongsikan!
@Fety Ayupasal tax tu tengok income gak bro..kalau ciput tak der la LHDN kenakan tax. dari yang aku dapat tahu kalau income setahun 24K kot kalau tak silap aku, baru dikenakan tax tu
ReplyDelete@hans
ReplyDeletesama la aku pon hans. tapi aku rasa kalau aku dapat duit tu, takut habis ke tempat lain jer...hahaha
Lemah lutut tengok orang buat duit guna blog sampai beriban-riban. Bak kata zik, kayuh pelan-pelanlah blogger macam kita ni.
ReplyDelete@Pemerhati Duniaemah lutut? tak per... nanti kalau ada rezeki dapat income yang rancak sikit kuat la balik lutut tu. huhuhu
ReplyDelete