Home » , » Syurga Dibawah Telapak Kaki Ibu???

Syurga Dibawah Telapak Kaki Ibu???

Aku rasa sebagai orang islam, ungkapan "syurga dibawah telapak kaki ibu" sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Malah setiap kata-kata ibu itu adalah doa yang paling mujarab.


Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata : "wahai Rasulullah, saya ingin berjihad menegakkan agama Allah". Rasulullah bertanya :"Apakah ibumu masih hidup". Orang itu menjawab ya. Rasulullah SAW bersabda : "Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu. Disanalah syurga berada". (Riwayat At-Thabrani)


Disini aku bukanlah ingin membicarakan tentang soal agama kerana aku bukanlah arif dan mungkin aku sendiri jahil didalam ilmu agama. Namun, berita tentang "Hanyut Kerana Ibu" yang disiarkan didalam suratkhabar Metro 17 Jan 2011 mungkin membuat kita berfikir kembali hadis diatas. (Berfikir kembali tidak bermaksud menyangkal)






KUALA TERENGGANU: “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lili, 26. 

Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan.


“Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya,” katanya.


Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan.


“Saya sudah lahirkan tiga anak, tapi dua daripadanya yang kini berusia dua dan tujuh tahun saya serahkan kepada orang lain sebaik mereka lahir.


“Anak ketiga berusia setahun dan saya menjaganya kerana tidak sampai hati untuk menyerahkannya kepada orang lain.



“Tetapi, saya sekarang mengandung tiga bulan dan bercadang menyerahkan bayi ini kepada orang lain. Ini saya lakukan demi kebaikan anak saya juga dan berharap mendapat sedikit imbuhan selepas menyerahkan anak itu,” katanya.


Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin.


Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun.


Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.


cara gandakan simpanan wang

“Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya.


“Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis,” katanya.


Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.


“Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang,” katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.


Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Menurutnya, akibat perbuatan keji itu, ibu dan abangnya kini meringkuk di penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia.


“Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan,” katanya yang mengakui masa depan dia dan anaknya gelap dan hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya.

Makin lama,makin pelik aku ngan dunia sekarang.....Dah tak tau beza mana baik mana buruk dah sekarang ni. Ibu yang dianggap mulia dan disanjung tinggi sanggup merosakkan masa depan anak perempuannya sendiri. Dunia dah semakin tuaaaa.......

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

21 comments:

  1. haiwan pun tak buat macam ni.
    ni angkara perangai serupa setan!

    ReplyDelete
  2. MACAM2 PERKARA BERLAKU ZAMAN SEKARANG NI.. SEMOGA ALLAH MENUNJUKAN KEPADA KITA SEMUA JALAN LURUS DAN BENAR..

    ReplyDelete
  3. @areripeTul tu bro..kalau ada pon, dah nama pon haowan kan..tapi ni manusia.aduh...betul2 tak ada otak

    ReplyDelete
  4. @Fairus Bin MamatItulah. dah banyak benda2 pelik berlaku sekarang ni...

    ReplyDelete
  5. entah x tau nak cakap camne lagi la. betul2 da akhir zaman nie.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, kenapalah sekarang ini asyik dengar pasal ibu yang tidak sayangkan anak...

    Banyak2lah ingat hari pembalasan, dekat sini tidak nampak, yang dekat sana 'tu' yang menanti selama-lamanya.

    Tidak akan dapat lari punya....Apalah punya ibu...

    Benganglah pulak dengan orang-orang macam ini, 1 orang kutuk, 1 doa, kalau 10 kutuk???

    ReplyDelete
  7. ok, sekarang kalau nak bincang pasal akar masalah mau panjang jadinya komen ni.

    apa2 pun, basic agama yg kukuh tu sangatlah penting....insyaAllah kalau sentiasa ditanam kecintaan terhadap agama, perkara sebegini takkan berlaku...

    ReplyDelete
  8. @ShafiqIzwanAku pon tak tahulah nak cakap apa dah dengan perkara2 sekarang ni bro...Terlalu teruk sampai tak terucap lagi dah..

    ReplyDelete
  9. @Pemerhati DuniaItulah pasal bro..aku pon tak tahu nak cakap apa dah. geram sangat. banyak pulak kes2 sekarang ni.kes buang bayi jangan cakaplah. pelik aku...macam mana la diorang ni berfikir,

    ReplyDelete
  10. @gadisBungaTak per kalau panjang, sama2 kita kongsi.
    Rasanya kalau kurang pegangan agama sekalipon pon, masih boleh fikir lagi rasanya baik buruk satu2 perbuatan tu....Yang ni terang2 dah salah...

    ReplyDelete
  11. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana mudah sangat mengadaikan maruah anak begitu sahaja :-(

    ReplyDelete
  12. @misreramaSebagai seorang perempuan, tentu lebih memahami perasaan si gadis tu kan... Kesian dia...

    ReplyDelete
  13. @akubiomedIniah akibatnya bila otak tidak digunakan lagi,tetapi bertuankan nafsu.agama sudah tidak wujud dibuatnya....argh

    ReplyDelete
  14. salam

    dunia akhir zaman , mcm ni jadinya,,

    yang teruk bila agama sudah ditolak ketepi..

    ReplyDelete
  15. @sissyiraitulah syira kan. dunia dah akhir zaman. macam2 yang berlaku. Agama pula macam tak penting dah.

    ReplyDelete
  16. ciannya kt perempuan2 itu... tp berpunca dr perempuan juga, ibu itu... sampai hati...

    ReplyDelete
  17. @azanaTah lah zana...sampai hati mak dia kan :(

    ReplyDelete
  18. syurga dibawah tapak kaki ini adalah hadis palsu..nnt check semula ye. supaya kita sama2 menyebarkan ilmu yang sahih.

    buku : 40 hadis palsu yang popular

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment