Home » » Selamat Kembali Ke Sekolah!!!

Selamat Kembali Ke Sekolah!!!


Eh eh eh...jangan silap. Bukan aku yang kembali ke sekolah...aku dah lama meninggalkan alam persekolahan ni...dah tua ponnnn....hak hak hak.....

Saje jer buat entry suka suki ni. Baru balik dari bawa adik-adik beli alat tulis diorang tu.. Tempat aku ni pekan kecik jer. Tak der Mega Mall yang besau-besau macam kat tempat korang. Kat negeri aku ni esok 3 Jan 2011 akan bermulalah sesi persekolahan setelah bercuti panjang bebudak ni. Walaupun pekan kocik, tapi boleh tahan gak meriahnya aku tengok mak-mak budak, bapak budak beri peralatan sekolah anak-anak diorang. Beli kasut....beli baju....beli alat tulis..... Aku rasa macam aku kembali ke zaman sekolah la plak...huhuhu... Meriah meriah meriah.... Baru supermarket, kalau Shopping Complex lagi lerrrr meriah. kan kan kan.

Rasa-rasanya dalam kesibukan menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Satu benda yang aku pasti bermain di kepala bapa-bapa dan mak mak budak ni. Tau apa dia? Fulusssss...... Biasalah kan. Buka sekolah ni banyak belanja juga. Kalau baru seorang anak yang bersekolah tu aku rasa may be boleh accept lagi. Tapi kalau dah bersusun macam keretapi, mau pening juga kepala dibuatnya. Huhuhu. So pandai-pandai la mengatur duit belanja.



Dalam pada yang sama jangan dilupa kepada mereka yang kurang bernasib baik tu.... Kesian aku tengok segelintir budak-budak yang kurang bernasib baik ni, memulakan sesi persekolahan hanya dengan memakai pakaian yang dah lusuh, pakaian yang dah berapa tahun dah. Pakaian dari generasi abang ke generasi adik. Budak-budak lain memulakan alam persekolahan dengan wajah gembira, tapi setengah daripada mereka sedih sebab tak dapat baju baru.... "Tak pa lah dik. Nanti belajar pandai2. Kerja bagus2". Huh. Jangan dipandang hina mereka ni, sebab ramai diantara mereka yang susah waktu kecil dahulu, tetapi menjadi orang berguna pabila dewasa. Ramai diantara mereka mak ayah buta huruf, hidup miskin, tetapi berjaya menjadi pelajar cemerlang!!!

Akhir kata Selamat Kembali Ke Sekolah abang ucapkan kepada adik-adik. Belajar rajin-rajin. Ewah.
Kepada cikgu-cikgu tu, tempoh "honey moon" korang sudah pon tamatttt.... ngeh negeh ngeh.

P/S :Buat entry macam la aku dah ada anak... wakakakaka

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

25 comments:

  1. ayuh kembali ke sekolah...ayuh! (teringat kat iklan ni..hehe)

    ReplyDelete
  2. @JungRaraOic....orang korean yang pandai berbhasa melayu...heheheh
    Iklan apa tu? hehehe

    ReplyDelete
  3. Seronoknya bila ingat zaman2 sekolah dulu. Macam2 ragam ada sampaikan yang nak lari balik umah pun ada...he3

    ReplyDelete
  4. @deCrewzaku ada cerita lucu yang aku tak kan citer kat saper2. malu derrr...hehehe....

    ReplyDelete
  5. @deCrewzyang nak balik lari umah tu ko la kan? hehehehe

    ReplyDelete
  6. hahaha! betul2~! kkdg budak miskin g rajin blajo dari dak kaye!

    ReplyDelete
  7. Dah beli semua kelengkapan....Jom pi sekolah!

    ReplyDelete
  8. semangat nak start skolah ni, nk dpt no satu! haha.

    ReplyDelete
  9. lagu sekolah dulu ingat lagi tak? :D

    ReplyDelete
  10. aku dulu darjah 1, tak suka kalau mak abah tunggu kat sekolah...mesti aku suruh diorg balik...hish, teruk betul aku..

    tak sabar rasanya nak tgk anak sekolah, padahal baru nak masuk setahun pon...jauh lagi tuuu..

    ReplyDelete
  11. Selamat bersekolah yer adik adik...
    Lagi ramai anak lagi pening kepala ibu bapa...

    Tips sebelum melancong

    ReplyDelete
  12. takper.. persediaan tu.. hehehe.. =]

    ReplyDelete
  13. Alahai, pe nak malu.. Kenangan manis beb.. Citer la..

    ReplyDelete
  14. @BurpBetul Burp. Sebab diorang ni dajh knal susah sejak dari kecil, so diorang ada azam yang kuat tuk berjaya dan tak mahu hidup susah bia dah besar nanti.aku respek budak2 macam ni

    ReplyDelete
  15. @zmahjom!!hehehe...awak-awak. "saya budak baru kat sekolah ni, saper nama awak? nak kawan boleh?" huhuhu

    ReplyDelete
  16. @Mohd Shafiq Izwan B Abdullahanda bukan seorang pelajar sekolah lagi yer. harap maklum. hehehehe. Bro, aku rasa aku ada komen kat blog ko tapi aku cek tak kuar lagi. tak approve lagi erk? ke aku yang tak komen? ish..

    ReplyDelete
  17. @gadisBungaIngat!!! Negaaaaraaaa Kuuuuuu....Tanahhhh Tumpahhhhnyaaaa ddaaaarrraaaahhhh kuuuu..... Erk?? napa tak der perkataan sekolah kat situ...hahahah dah lupaaa...hee

    ReplyDelete
  18. @intankuterpilihwwwaaaa... ni baik punya anak. tak menuysahkan mak bapak.hehehe...aku dulu kena kurung kat pondok mainan sebab kuat nangis..hahahah

    ada gak setahun. aku ni....? hehe

    ReplyDelete
  19. @Miecybermak ayah saya perlu menyekolahkan saya 7 beradik... memang perit memandangkan kami bukan dari keluarga senang.
    to my mom n my dad. Thnx you so much!!

    ReplyDelete
  20. @Faaein HimuraBila la ku nak kawin erk? ada anak? best wooo ada anak. kan kan kan??hehe

    ReplyDelete
  21. @deCrewzkalau aku citer. Blog ni akan ditutup. hahahahaha..serious malu kalau aku citer doooo....tak nak tak nak.ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  22. kak jie tak ada anak kecik - intan dah tahun 6
    persediaan biasa2 je..dah berbelas tahun - jadi persediaan awal dah disiapkan

    ReplyDelete
  23. @KujieAdik saya yang paling kecik dah 15 tahun. rasa beza sangat waktu mak siapkan dia waktu dia nak mulakan sekolah waktu dia masih keci dulu...

    "Ko dah besar ijahhh....pandai2 lah urus diri" kata mak. ngeh ngeh ngeh...

    Julung2 kali kak Jie beri komen ni. Arikato arikato!! hehe

    ReplyDelete
  24. bukan tak nak komen.... baca saja tatau nak komen apa

    isu diluar 'rakan sebaya'

    lagi satu..font berkilau2...kak jie yg rabun ni tak selesa

    ReplyDelete
  25. @Kujieisu diluar rakan sebaya?tak lahh....

    p/s : dah godek2 html ni, tak menjadi, nak kena tukar template la nampak gayanya :(

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment