Home » » Pelakon Faizal Yusuf Meninggal Dunia

Pelakon Faizal Yusuf Meninggal Dunia

Faizal Yusuf
Sewaktu aku melihat tajuk entry ni di blog DnoBiz, aku tidak terkejut. Tidak terkejut dan tidak teruja kerana aku bukanlah seorang yang terlalu ghairah dengan dunia selebriti ni. Tidak terkejut kerana aku menganggap pelakon itu mungkin pelakon veteran yang sakit tua. Tetapi apabila aku melihat gambar pelakon yang dimaksudkan, amat-amat aku terkejut. Kerana pelakon yang dimaksudkan masih terlalu muda. Baru berusia 32 tahun.

Allahyarham meninggal dunia pada jam 1.45 tengah hari di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), di Jaan Tu Razak akibat serangan jantung. Allahyarham dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul pada jam 9 pagi sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27 tahun yang sedang mengandung 5 bulan. Tiramisu dan Manjalara adalah antara lakonan Allahyarham.

Sememangnya ajal tidak mengenal usia. Takziah aku ucapkan kepada keluarga Allahyarham. Al Fatihah.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

12 comments:

  1. aku terkejut bila baca berita ni pagi tadi.nak buat entry, server hosting boleh down pulak...
    al-fatihah utk arwah...

    ReplyDelete
  2. Heidi Shafiq :Moga Rohnya dicucuri rahmat

    intankuterpilih :Leceh kan kalau server down...haha...komen macam la aku pakai hosting sendiri. huhu....
    moga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  3. sakit ni datang tanpa kita minta.
    harus berhati-hati.muda lagi dah kena
    sakit jantung.

    Al-fatihah............

    ReplyDelete
  4. Manjalara lakonan Faizal yusuf menjadi.......nampak seperti seorang polis........

    ReplyDelete
  5. al fatihah... sama2 la mengingat mati..

    ReplyDelete
  6. @Ali ridhaitu la bro. so kepada yang fikir nanti bila dah tua baru nak bertaubat. SILA FIKIR BALIK..
    Aku jarang tengok tv bro. tak der masa.tapi aku pernah gak la tertengok citer ni.

    ReplyDelete
  7. @azanaAl Fatihah untuk arwah. Ajal datang pada bila-bila masa

    ReplyDelete
  8. Muda lagi dah meninggal... Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  9. @fairusmamat@yahoo.co.ukItulah bro. Sememangnya ajal maut, jodoh pertemuan tu di tangan Allah. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  10. Kejutan untuk tahun baru. Moga-moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  11. @akubiomedterkejut dengan kematian pelakon muda faizal yusuf ni.moga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment