Home » , , » Semakin Ramai, Semakin Perlu Lebih Berhati-Hati

Semakin Ramai, Semakin Perlu Lebih Berhati-Hati

Tak nampak lagi kan maksud sebenar entry ni? Maksud aku.... Semakin blog dikenali, semakin ramai yang berkunjung, semakin perlu lebih berhati-hati.... Berhati-hati untuk apa? Supaya setiap penulisan atau entry yang dihasilkan tidak akan menyinggung perasaan sesiapa.

Kadang kita tidak sedar penulisan yang dihasilkan itu telah menyinggung perasaan sesetengah pihak. Kebiasaannya entry berbentuk teguran itu adalah yang mudah membuatkan seseorang itu terasa walaupun penyampaian mesej telah disusun selembut mungkin dan ianya adalah teguran membina dan ianya tidak terniat langsung untuk menyakitkan hati sesiapa. Tetapi hati manusia ni susah diramal kan dan sukar untuk menyenangkan hati semua orang. Walau hanya sekadar blog, hubungan di alam maya, selagi bernama manusia, ianya tetap perlu hormat menghormati antara satu sama lain.

Bak kata seorang Blogger terkenal ni, "Sebab tu saya kalau boleh, membuat entry, tak mau sentuh langsung bab yang melibatkan orang lain, biarlah sekadar cerita keluarga kami"

Sebagai seorang yang baru serious dalam dunia blog ni, pada aku, entry yang aku buat ni adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri agar lebih berhati-hati didalam membuat satu-satu entry yang melibatkan orang ketiga.

Di kesempatan entry ni, kepada pembaca-pembaca Amry's Blog, sekiranya ada entry aku yang membuatkan korang terasa, khususnya entry "Widget Yang Telah Disalah Guna", aku mohon maaf. Tak ada niat langsung untuk buat korang kecik hati, cuma sekadar teguran dari blogger kepada blogger yang lain.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

26 comments:

  1. salam..
    aduhai..
    susah juga jadi blogger ni
    ye..banyak hati nak jaga..
    tetapi saya selalunya adalah
    saya...suarakan apa sebenarnya
    saya..kalau ada tersinggung,maaf
    jua ku pohon...(raya nanti erkkk?)
    he he.......

    ReplyDelete
  2. @Adukathanx aduka...blog ko mantap ar...kemas. pandai ko erk.

    ReplyDelete
  3. @zulkbosalam bang Zulkbo. itulah,susah juga, makin lama dalam dunia blog,makin banyak benda kita tahu dan perlu ambil tahu.nak sampaikan sesuatu dari hati dan dalam masa yang sama perlu jaga hati pembaca...takut pula nak buat entry pas ni.huhu

    ReplyDelete
  4. bersederhana.... kadang2 kita ni punyalah seronok org dok puji dok puja dok cakap blog best, blog hebat....manusia kita ni...selalu juga tergelincir

    nak control hati sendiri tu bukan senang ...

    kalau kak jie pun over2, tegur ye

    ReplyDelete
  5. peringatan untuk aku jugak....huhu

    p/s:lama seyhh x berblog...rindu plak aku rs...

    ReplyDelete
  6. Betul tu amry, kadang-kadang perkara yang kita utarakan dalam blog itu sekadar perkongsian, mencari kebenaran, memperbetulkan kesilapan hatta untuk diri sendiri tapi ada sesetengah pihak yang salah tafsir maksud kita.

    Apa salahnya jika mengambil iktibar ke, jadikan diri lebih baik ke, ini tak, dihentam pula.

    biasalah tu, hati lain-lain.

    Tapi yang bagusnya,kalau berblog ni, jangan menipu, cakap benda yang betul walaupun pahit orang nak terima sebab sebenarnya, pahit itulah ubatnya...

    ReplyDelete
  7. biasalah... ada org suka, ada org tak suka..itulah lumrah manusia... terima segala teguran dengan positif utk kite perbaiki lagi... dan kalau terima pujian, jgn mudah lupa diri... itu yg selalu aku sematkan dlm diri...

    ReplyDelete
  8. Saya pu nka minta maap kalau ada komen komen saya menyinggung kawan kawan blogger...

    Pencuri kabel di belasah

    ReplyDelete
  9. yups
    bila dah ramai baca blog kita memang kena lebih berhati2 dalam penulisan
    nice entry

    P/S : Hidup Nih Tak Habis - Habis Dengan Macam - Macam Isu

    ReplyDelete
  10. salam

    dalam semua benda memang kena berhati hati :D

    ReplyDelete
  11. @Mohd Shafiq Izwan B Abdullahaku rasa perkataan betol betol betol ni dah dua kali ko bagi dalam komen kan, kalau tak salah la...ko ni peminat setia upin ipin ka?hehe aku pon suke,comel jer diorang tu.muehehe...

    p/s :Ko tag aku bro? Aduyaiiii...aku rajin aku buat erk.hehe..panjang dowh dia nyer entry. mengah aku

    ReplyDelete
  12. @KujieBetul tu Kak Jie, manusia ni mudah lupa..so, kalau dah ada kat atas, jagan lupa waktu mula2 kita berada dibawah. jangan rasa kita dah bagus boleh condemn orang lain suka hati

    Nak tegur kak jie...?segan betul rasanya. hehe :)

    ReplyDelete
  13. @azanauntuk aku juga...

    Ko study g kan zana..?biasalah, awal2 tahun memang sibuk...aku pon kalau keje tak banyak masa untuk blog. tapi aku curi masa gak.hehe

    ReplyDelete
  14. @Pemerhati DuniaYup. Betul tu. Aku setuju. Tapi tulah macam aku cakap kan. Hati masing2 dan susah nak jaga hati semua orang.
    Inisiatif sendiri lah cara penerimaan teguran tu. Kalau rasa untuk kebaikan, dia akan ambil teguran tu, kaau hati tu ada ego, tu yang lain jadinya :)
    just my 20 cent

    ReplyDelete
  15. @Miecyberkadang kita tak sedar kita dah menyinggung perasaan orang lain. kaau tersedar, mintak maaf adalah jalan terbaik :)

    ReplyDelete
  16. @intankuterpilihBetul tu. aku setuju.
    tapi hati manusia susah diramal kan. yang penting, teguran kita tu ikhlas. Bukan nak tunjuk pandai atau bukan nak menjatuhkan sesaper

    ReplyDelete
  17. @hansThanx Hans....mangkin mantap entry2 ko Hans. suka aku baca..entry ko memang tak der mentinggung perasaan sesaper.

    ReplyDelete
  18. @sissyirasalam syira. betul tu. berfikir dulu sebelum bertindak. kan kan kan.hehe

    ReplyDelete
  19. @hansKo menyinggung perasaan aku Hnas..ko tau tak? aku nak nangis ni..hehehehe. Joke

    ReplyDelete
  20. Kadang-kadang perlu mengunakan medium blog ini untuk menegur. Cara hendak menegur bermacam bentuk ada yang menulis secara kiasan dan ada yang menulis bentuk lawak tapi sampai apa yang hendak ditegur. Cuma jangan terlalu emosi melepaskan kata nista dan hambur yang melampau

    ReplyDelete
  21. @akubiomedBetul tu. cara penyampaian tu penting. kalau boleh janganlah terlalu direct....

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment