Home » , , , » Dr Maza Menjawab Isu Pokemon Go

Dr Maza Menjawab Isu Pokemon Go

Ulasan Dr Maza Berkenaan Pokemon Go Buat Ramai Tersentap

 
Dr Maza Mengulas isu Game Pokemon Go... Mantap

Sudah beberapa hari wartawan tidak henti henti cuba menghubungi saya kerana mahu bertanya pasal pokemon.

Saya cuba mengelakkan diri dari memberikan komen sebab ramai sangat dah bercakap pasal pokemon ni.
Hebat benar nampaknya game tu sehinggakan pelbagai pihak khususnya golongan agama banyak berbicara tentangnya.

Disebabkan ramai sangat yang email dan tanya saya pasal hal ini, maka disini saya ingin menyebut  secara ringkas dan harap dapat difahami dengan lebih luas.

Saya ingin menegaskan bahawa apa sahaja perbuatan yang memperbodohkan ataupun memudaratkan diri sendiri atau pun orang lain maka ia  dilarang oleh agama Islam yang mulia dan bermaruah ini. Apa sahaja yang boleh mengundang ke arah kebodohan dan kemudaratan hendaklah di halang.

Cumanya, dalam negara ini bukan sahaja pokemonyang membawa kepada kebodohan dan kemerbahayaan, tapi banyak lagi yang lain yang kadangkala lebih bodohdan lebih mudarat kepada diri, orang ramai, negara dan rakyat. Bahkan sebahagian kemerbahayaan itu bukan sekadar sebahaya pokemon sahaja malah tapi boleh memusnahkan masa depan generasi dan negara.

Pokemon yangmungkin membawa kebodohan dan bahaya itukadang kala masih boleh di kawal, sementara sebahagian kebodohan dan kemerbahayaan yang lain sukar untuk dikawal.

Saya pelikj apabila terlihat seseorang yang merokok di tempat awam bercakap tentang bahaya pokemon untuk diri dan orang lain. Padahal rokoknya itu sejak sekian lama telah memusnahkan diri dan orang ramai.

Hal yang sama jika seseorang yang menyalahgunakan harta awam sibuk tentang game pokemon go, padahal negara sedang musnah disebabkan salah guna dan salah tadbir yang dia terlupa untuk di fikirkan.

Saya ingin tegaskan, jangan main atau lakukan apa sahaja termasuk permainan pokemon ini yangboleh memperbodoh dan membahayakan diri dan masyarakat.

Satu lagi yang penting, jangan kita lalai kerana asyik main pokemon sehingga melupai apa yang ada di sekitar kita. Juga jangan kita lalai asyik bincang pasal pokemon sehingga lupa tentang bahaya bahaya lain yang lebih besar dan lebih memmodohkan kita yang sedang dan telah ada.

Dr Maza.

**********************************************************

Menusuk Dr Maza punya ulasan mengenai Game Pokemon Go.. Semua kena. Kih kIh kih

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment