Buat Duit Dengan Blog 2

Kisah Aku Buat Duit Dengan Blog



cara buat duit dari blog


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kembali bersawang blog ini kerana lama sudah tidak terusik..

Walau sudah lama tidak terusik.. Blog ini tetap menjadi blog kesayangan admin. Mengapa? Kerana dari blog ini lah admin berjaya menhasilkan ribuan ringgit melalui Internet. Segalanya bermula dari blog dan blog ini adalah saksi kepada jerih perih menghasilkan wang melalui internet atau blog ini.

Mengimbau sejarah, blog ini telah dihasilkan pada Ogos 2010 dengan entry pertama adalah berkaitan program buat duit HyprobulkSMS.. Sudah 6 tahun rupanya blog ini berbakti tanpa sedar..

Admin masih ingat pertama kali mengetahui bahawa boleh buat duit melalui blog dan admin mula belajar menulis blog sewaktu masih di bangku sekolah.. Waktu tu belum ada komputer di rumah.. Pergi ke CC bawa buku mastika.. Cari cerita yang menarik sikit yang ada dalam buku mastika tu, salin balik bulat bulat kandungan buku tu dalam blog... Hahaha.. Cukup manis kenangan tu.. Tak mungkin dilupakan. Waktu tu orang lain seronok main game, admin sibuk menaip. Kikiki...

Dari situlah perlahan lahan admin belajar cara bagaimana menghasilkan wang dari blog sehinggalah wujudnya blog ini walaupun sekadar menggunakan platform percuma blogger atau blogspot. Orang lain dah guna domain sendiri...

Admin masih ingat juga satu pelajaran iaitu cara meningkatkan pelawat blog iaitu kaedah BlogWalking. BlogWalking bermaksud melawat blog blog rakan rakan yang lain.. Dari kaedah Blogwalking ini lah, admin kenal beberapa rakan rakan blogger blogger yang lain. Sekarang ada blog rakan yang masih diupdate saban hari, ada yang jarang jarang, ada juga yang dah lama bersawang seperti blog admin ni.. hehe

Bagaimana Menghasilkan Wang Dari Blog

Kepada yang baru berjinak dan baru nak belajar cara buat duit melalui blog, sebenarnya blog ini hanya lah medium untuk menghasilkan wang di internet. Terdapat banyak cara untuk menghasilkan wang di blog. Antaranya melalui iklan CPC (Cost Per Click) seperti Adsense dan Nuffnang. Servis tapak iklan di blog sendiri dimana anda menyediakan tapak iklan untuk mereka yang ingin beriklan di blog sendiri. Ini adalah dua cara yang paling ramai orang guna. Tapi cara ini pelawat blog kena lah kencang, baru masyuk.

Selain daripada itu, blog juga dijadikan platform penghubung di antara program atau perniagaan yang anda sertai. Contoh anda sertai program Affiliate. Masukkan banner affiliate ke dalam blog anda. Dari situ jika ada pelawat yang datang ke blog anda, mereka melihat banner affiliate anda tadi dan mereka berminat untuk mendapatkan produk affiliate tersebut, maka dari situ anda akan mendapat komisyen atau bonus.. (Admin banyak menghasilkan wang dari kaedah ini)

Walaubagaimanapun... Untuk menghasilkan wang atau pendapatan dari internet atau blog, bukan lah mudah seperti yang disangka.. Memerlukan ilmu dan sanggup berkorban masa.. Bukan kata hari ini buat blog esok dah dapat duit. Ianya akan melalui satu tempoh yang panjang. Anda perlu melalui proses proses pembelajaran.

Kepada yang baru nak belajar buat duit dengan blog atau dari blog... Jangan cepat putus asa... ;)


0 comments:

Post a Comment

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks