Pandalela DiKecam Kerana Simbol Duit

Kisah Disebalik Kejayaan Pandalela Renong Yang Ramai Orang Tak Tahu


Siapa yang minat dan mengikuti berita berita sukan terutama acara terjun pasti kenal nama Pandalela Renong yang baru baru ini berjaya meraih pingat Perak dalam acara terjun berirama 10 meter yang turut bergandingan dengan pasangannya Cheong Jun Hong sekali gus menyu7mbang pingat pertama untuk  Malaysia dalam Sukan Olimpik Rio 2016.

Atas kejayaan tersebut, mereka berdua menerima insentif RM30,000 setiap seorang dan pencen RM3,000 setiap bulan seumur hidup daripada Majlis Sukan Negara.

Kerana gembira atas kejayaan tersebut Pandalela menunjukkan simbol duit menggunakan jari telunjuk dan ibu jari kedua dua tangannya yang mendapat kecaman daripada Nitizen kerana beranggapan Pandalela Renong riak dan menunjuk nujuk

Pandalela dikecam kerana tunjuk simbol duit

Sebenarnya rakyat Malaysia ni terlalu ramai yang suka mengecam orang...
Neelofa tunjuk rumah baru pun nak kecam, kata penunggang agama, Che Ta kereta hilang pun nak kecam, kata itu ini.. Pandalela Renong tunjuk simbol duit pun nak kecam...
Terlalu ramai yang rakyat Malaysia yang berkelulusan PHD... Tak boleh tengok orang senang mungkin...

Tapi tahukah anda, kejayaannya itu bukanlah kejayaan sekelip mata....???
Ikuti kisah Pandalela Renong sebelum beliau berjaya sehingga ke tahap ini

Dalam cerita yang saya baca, ayah kepada Pandalela mula menghantar Pandalela dan abangnya belajar terjun seawal usia beliau 8 tahun lagi..

Adakah keluarga Pandalela banyak duit? Nak bayar jurulatih pun memakan kos RM 100 ke RM 200 SEJAM!! Nak sewa kolam renang khas untuk latihan terjun, duit tol dan minyak untuk hantar ke pertandingan, dan macam-macam lagi. Sedangkan ayah dia hanya bergaji RM45 sehari saja! Kalau sebulan macam ofis saya kerja sekitar 22 hari selepas ditolak hujung minggu..
Maksudnya gaji dia sekitar RM 990 sebulan 
Itu belum tolak EPF, SOCSO semua lagi..

Pada peringkat awal, Pandalela tidak dapat sebarang tajaan.
Maklumlah, siapa je yang kenal Pandalela kan?

Tapi kini, bukan sahaja nama Pandalela disebut oleh satu dunia kerana memenangi pingat Gangsa dan Perak Olimpik, malah beliau kini berjaya meningkatkan taraf ekonomi keluarga..

Baru-baru ni saja Pandalela menghadiahkan ayah dia sebuah Proton Exora..

***********************************************

Ramai yang mengutuk mengecam Pandalela kerana simbol wang yang ditunjuknya.....
Ramai yang merasa tidak senang dengan kejayaannya...

Tetapi selepas mengetahui cerita Pandalela sebelum mencapai kejayaannya pada hari ini adakah anda rasa Pandalela Berhak merasa bangga akan kejayaannya itu selepas pengorbanan keluarga dan dirinya sendiri????

Buanglah PHD anda jauh jauh kerana PHD tidak akan pernah menguntungkan sesiapa!

Tahniah kepada Pandalela Renong dan Cheong Jun Hong atas kejayaan mereka.

0 comments:

Post a Comment

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks